Rabu 22 Jun 2011
Salam Rabu pada semua pembaca entryku...salam penuh kerinduan pada teman-teman sekolah yang semasa di sekolah menengah dan tidak lupa juga pada teman-teman yang sama-sama menuntut di maktab pergurusan pasir panjang yang sekarang ini hanya tinggal pada nama kerana kerana maktab tersebut sudah diganti dengan Sekolah menengah Sains Terengganu......
Panjang lebar cite pasal tempat2 yang menjana ilmu kepada diri ini...selama mana hayat dikandung badan...kerana institusi tulah maka aku menjadi seorang yang berkejaya dan sama-sama menyumbang kepada ekonomi rumah tangga......
Ok posting kali......Bersenam.tajuk yang santai dan penting tapi payah untuk melakukan dalam waktu sedetik ni....pasal... kita dilahirkan di kalangan yang pejam celik semua menjurus kepada readymade....yang susah2 tolak tepi untuk dilakukan.....
Memang rakyat Malaysia memang malas bersenam dan tidak memperdulikan kesihatan mereka. Justeru pada mereka kalu ditakdirkan Allah.... jatuh sakit...maka itu sudah ketentuan dariNYA...maka terhasil pemikiran yang jumud pada aktiviti bersenam. Tabiat ni harus diubah. Walaupun kita sememangnya telah melangkah ke fasa menopose,tetapi kita harus kekal aktif dan cara terbaik ialah bersenam secara konsisten.
Kata orang bersenamlah sekerap mana tetapi dengan kaedah yang betul dan selamat.Jika anda berisiko atau sudah pun mengidap osteoporosis,dapatkan nasihat dari mereka yang pakar dalam perubatan tentang jenis senaman yang sesuai untuk anda dan jangan bersenam senmbarangan kerana ini boleh memudaratkan tulang anda.
Selain itu, cuba dapatkan vitamin D sebanyak mungkin kerana ia membantu penyerapan kalsium. badan kita akan menghasilkan sendiri selepas terdedah kepada cahaya matahari. Jadi luangkan masa selama 15 hingga 20 minit di bawah cahaya matahari setiap hari untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi....
Tips2 ni sebenarnya amat berguna untuk diri sendiri dan mereka yang merasakan berada dalam kelompok yang sama....apa2 pun semua terletak pada kesedaran dan kesihatan diri kita...kerana kita lebih mengetahui tahap kesihatan dan kemampuan kita sendiri daripada orang lain yang menggesa kita buat sesuatu yang memang kita tidak suka buat.....wassalam hingga jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment