Selasa 28 Jun 2011
Salam untuk semua pembaca entri ni...moga paparan n coretan di sini sekadar hiburan,ingatan,panduan, tunjuk ajar serba sedikit yang termampu mengikut dangkal akal yang tidak selautan ilmu ini....apa2 pun cetusan dan garapan ni semata-mata menajamkan minda....
Ok posting kali ni...Daftar Azri di IKM TASYA pekan pada Isnin.....ya lah si azrie ni lebih berminat pada kemahiran kurang menyerlah pada akademik....di sinilah institusi yang mampu menjana kemahiran dan kepakaran di samping mendapat pengalaman secara teratur....permohonan ke sana lebih pada kehendak dia sendiri......yang tidak sedap di hatinya kursus yang dipohon tidak dapat...just dalam sedetik ni terpaksa buat rayuan pada IKM.....
Masa taklimat dengan Timbalan Pengarah...banyak input2 yang berguna diberikan tentang TASYA ni...rupa2 timbalan pengarah ni baru 6 bulan berkhidmat di sini.dan yang paling seronoknya bila para ibu bapa berebut untuk kemukakan soalan..rasanya sudah tiba masanya para ibu bapa ingin tahu segala-galanya dari mulut timbalan sendiri serta misi dan visi TASYA ni dalam melahirkan graduan yang mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan jika tamat latihan....
Yang kurang seronoknya bila terpaksa membayar yuran pengajian yang terlalu banyak dan menyusahkan para ibu bapa...pendek kata 3 buah bank terpaksa diredah untuk selesai masalah bayaran ni....rasanya perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap dapat mengurangkan masa pendaftaran dan karenah jabatan....
Pun begitu saat yang paling melenting....semualah ibu bapa buat rungutan...sampai ke peringkat mendail sendiri pada pengarah pasal tiada persediaan pun yang dilakukan oleh pihak IKM semasa pelatih2 baru ni masuk ke asrama....dengan keadaannya yang kotor...perabot yang tidak terurus....mane warden2 yang diberi elaun untuk menjaga kawasan ini...Bahagian HEP juga patut memainkan peranan agar hari pertama masuk hostel tidak menjadi fobia pada pelatih dan juga ibu bapa mereka...yalah dengan kadar bayaran yang mencecah ribuan ringgit sepatutnya tidak berbangkit perkara begini....
Mengapa tidak buat sesuatu untuk melengkapkan kemudahan yang patut disediakan....kalau ibu bapa sendiri yang terpakasa menyusun, menyapu, mengelap,menyimpan...ini sudah keterlaluan....kata orang gah pada pandangan utama aje...tapi bila masuk ke dalam baru kita tahu cantik pada kulit tidak pada isinya.....rasanya jika pihak pengurusan yang cekap,berintegriti, tahu apa peranan sebagai pentadbir....masalah ini tidak berbangkit dan tidak menjadi buah mulut ibu bapa yang datang mendaftar....
Apa2 pun pihak pengurusan perlu membuat sesuatu agar segala2nya nampak ok...kasihan pada anak2 melayu dan para ibu bapa yang datang dengan satu semangat supaya anak2 mereka belajar dengan selesa di samping kemudahan asrama yang baik.....hingga bertemu lagi di lain catatan..
6 comments:
salam,akk i need your help.sy terbaca akk punya entry pasal buat rayuan untuk pertukaran kampus uitm.akk tolong saya.saya betul2 perlukan maklumat macam mana nak bertukar kampus..saya dapat kampus sungai petani dan nak bertukar ke shah alam.akk saya mohon jasa baik akk.saya tunggu respon akak.terima kasih.
salam...anis..buat surat rayuan pada HEP beritahu tahu sbb apa kita nak bertukar...tu ajeyg akak buat...pahtu akak call balik dia tanya pasal ni...
salam..
Terima kasih atas komen yg agak menyakitkan hati tu.. kenapa perlu di ibarat sampai ke kandang ******.. Ni satu penghinaan.. rasanya perkara macam ni bleh menjatuhkan maruah suatu institusi.. kalau tidak pasti sila rujuk SKMM...
kepada anom 3.13..berkatalah benar walaupun pahit....itulah hakikatnya...pergilah ke sana lihat sendiri....sbb anda tiada dalam situasi itu maka anda tidak mengalaminya...
salam...akak...saya ada tbaca at ur entry.xdinafikan mmg agak keras bunyi jer...saya percya,as a org tpelajar,sure akak tau menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah ini kn? umpama menarik rambut dalam tepung..rambut xputus,tepung pn xbeselerak...smetimes kita xprasan sentence y kita guna boleh mengguris perasaan orang lain...ada benarnyer juga kata2 anom 3.13 tu, term 'kandang ******'agak keterlaluan lah digunakn...benar ia boleh mjatuhkan imej n maruah sesebuah institusi...msti nti anak akak y study kt c2 pun akan malu kan...
utk pengetahuan anom 3.13 n anom 2.55 pm...cite sebenarnya...masa taklimat dgn tim. pengarah kita para ibu bapa minta untuk melawat asrama pelatih sbb masa pendaftaran ibu bapa tidak dibenarkan melawat asrama..hanya bas disediakan utk anggkut student...
Bila bertegang leher dgn pihak pentadbiran...br ibu bapa dibenarkan...rupa2nya bertahun2 ibu bapa tidak dibenarkan mendekati asrama pelatih kerana perkara di ataslah...
sbb tu kalu kita tidak alami sendiri kita tahu perkara sebenar...ni saya yang cakap macam tu ada juga yg cuba defend...ibu bapa lain siap menyumpah2...perkataan yg teruk dikeluarkan...kalu saya tulis di sini semua org akan marah...ni sekadar sisipan aje....sudah sampai masa kita tidak boleh berlembut dalam menegakkan perkara yang benar...wassalm...
Post a Comment