Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, March 23, 2010

Aktiviti-aktiviti masa cuti.....

Selasa 23 Mac 2010

Salam.....bertamu kembali setelah seminggu cuti sekolah.....rasanya cepat masa berlalu.....udah buka kembali...apa yang dirancang banyak yang terleka...lain yg dirancang lain jadinya.....kita merancang Allah yang menentukan......Yalah dengan kenduri kahwinnya yang bertimpa-timpa dan tidak kurang berita kematian yang bertalu2 yalah sapelah kita untuk menangguhkan kematian kerana kematian itu pasti terjadi selagi kita bernyawa hanya masa dan keadaannya saja yang menentukan ajal kita.....oleh itu bertaubatlah kita banyakkan amal soleh dan memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh kita samada disedari atau tidak...janji Allah Sentiasa betul tanpa perlu diragui.....

Seminggu menghabiskan masa cuti yang berkualiti dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan baik yang peribadi atau memenuhi jemputan undangan dari rakan mahupun sedara mara semuanya menjadi tuntutan yang perlu dilaksanakan....hari pertama cuti mengikuti rombongan akad nikah roslan dan ain di Kampung Durian Guling dekat sempadan Kuala Berang.....jauhnya jodoh diorg.....bila ditanya kat mane jumpanya...katanya jumpa di tepi jalan aje....byk kelentong pulak dia majlis yg meriah dengan tema warna merah hati.....satu keluarga pakai baju merah hati memenuhi hasrat pengantin......

Hari Ahad diadakan jamuan menyambut menantu bagi pihak lelaki di Dungun....Dua hari berulang alik menolong apa yang patut anak sedara bongsulah katakan...mesti ok punya dengan tema biru lembut....semua memenuhi agenda pengantin ...yalah sekali dalam seumur hidup melaram sakan....masa nilah nak tunjuk segala-galanya....mesti yang terbaik punya .....majlis berlangsung dalam suasana mesra alam...majlis dalam taman......

Si Azyan sibuk dengan praktikalnya.....yalah ingin mobile baru katanya untuk berulang alik dari sekolah ke rumah sewanya......anak-anak sekarang nak ke sekolah naik kereta sendiri.....kita dulu jalan kaki...last sekali tumpang orang....byk pahit dari manisnya...tapi itu semua kenangan dan mendewasakan kita.....dan baru kita kenal siapa kawan kita yang sebenarnya.....anak2 zaman sekarang beruntung semua yang dikehendaknya dituruti yalah.....pasal ibu bapa kita mampu...kita dulu berangan-angan untuk mendapatkan sesuatu nasib tak baik mmg tak dapat pun...itupun kalau ada duit sendiri.....apa yg si azyan hendak dapat........honda city lagi dah mmg rezeki dia.....bila udah dapat kerja nanti bayar balik pinjaman tu.....

Balik ke Dungun hari sabtu.....alahai kertas soalan tidak bertanda lagi hari Ahad semua hendak markah...kelam kabut dibuatnya...si azeem demam dua hari tidak hadir ke sekolah....kesian sampai kurus kering budak tu terlibat dengan aktivti org dewasa...anyway semuanya selesai.....menjalani semua rutin yg sentiasa sama dari hari ke hari......















Kereta baru Sha....cantik n bergaya

2 comments:

amalhaj said...

assalamualaikum cikgu!
intai2 ajer xpakai tropong pun. lain kali leh bertandang ngan minum kopi.

fatmasha said...

boleh jugok..boleh bersembang skali