Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, June 21, 2009

Luahan rasa seorang bergelar BAPA...

Anak-anak pengikat kasih sayang pasangan ibu bapa. Ibu bapa tidak pernah mengeluh dan mengadu pada anak-anak tentang saki baki usia yang terpaksa dilalui untuk membesarkan mereka sehingga mampu menantang bulan dan mentari semata-mata memberi kesenangan kepada anak-anak.


Selama 50 tahun perkahwinan, kami dikurniakan 7 orang anak. 4 lelaki dan 3 orang perempuan semuanya diberi didikan yang cukup sempurna samada untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. segala jerih payah,penat lelah tidak terhitung dek terlalu gembira kerana semua anak-anak dapat membina kehidupan yang sempurna disamping keluarga masing-masing membawa haluan dan mengejar impian mungkin tidak kesampaian pada mereka. Kami terpisah atas landasan kesibukan masing-masing dan tidak ada secalit rasa mesra sama sekali pada aku kerana aku seperti seorang ayah yang inginkan anak-anak sentiasa berdampingan dengan aku.


Sudah 3 tahun aku keseorangan. Selama aku ditimba musibah tidak dapat menguruskan diri sendiri,anak-anak mengambil tugas menyediakan segala keperluan. aku ibarat patung bernyawa hanya mampu tersenyum dan ingatanku sekali sekala tersasar dari alam nyata. Maka bermula episod baru dalam kamus hidupku. Dengan jadual yang ditetapkan setiap minggu terpaksalah aku diusung dari rumah ke rumah untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang berbaki ini. Rupa-rupanya berbagai perangai dan kelakuan yang dapat aku saksikan setiap kali pertukaran jadual itu berlaku. Mengalir air mata ini takkala anak-anak meninggikan suara, mengasari aku seolah-olah kehadiran aku di rumah mereka hanya bebanan. Mungkin di hati mereka sentiasa mendoakan semoga nyawaku diambil cepat-cepat.


Oh tuhan...sungguh besar kekuasaanmu....air mata ini tumpah lagi tatkala anak-anak membahagikan harta benda aku tanpa persetujuan aku.Aku masih hidup lagi tetapi mereka berebut-rebut hartaku atas alasan kerana teruk menjaga aku. Aku dipaksa dan terpaksa kerana kudratku semakin lemah.Fikiranku bercelaru. Betulkan tindakan mereka begitu. Anak-anak tidak bertegur sapa kerana ada di kalangan mereka yang tidak amanah, membolotnya untuk diri sendiri dan tidak membahagikan sama rata kepada adik beradik yang lain. Aku seperti kain buruk tidak punya apa-apa untuk meneruskan kehidupan.


Kepada anak-anak ingatlah hidup ini hanya pinjaman.Tidak terlintaskah di benak mereka betapa bersusah payah aku bekerja mengumpul harta dan membesarkan mereka dengan tulang empat kerat ini,Tidak pernah tergerak dan terlintas di hati bahawa begini kesudahan hidup aku dibuang anak demi harta. Ingatlah wahai anak-anakku setiap perbuatan dan perlakuan yang telah engkau buat padaku akan berulang pada anak-anakmu jua…kerna doa orang ditimpa musibah makbul di sisiNYA.

No comments: