Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, June 10, 2009

Alkisahnya.....

Teruja bila aku baca kisah kerabat Sultan Brunei ni....duit melimpah-limpah disalahgunakan.....Kita di Malaysia ni yang dikatakan bumi mewah(golongan tertentu aje) ni ramai lagi yang duk kais pagi makan pagi...kais petang makan petang.....nok dapat sesuap nasi....inilah tanda-tanda kejatuhan kerajaan Brunei...


Ini pula cerita pakcik dia atau adik Bongsu Sultan Brunei—->
Alkisah…bolkiah….

Jefribolkiah_1
1. Sebelum disaman oleh Kerajaan Negeri Brunei, Putera Jefri Bolkiah (adik bongsu Sultan Brunei ) berbelanja purata RM1.7 juta sehari.

2. Putera Jefri kini menghadapi saman dari pelbagai pihak termasuk bekas Ratu Cantik California kerana mendakwa diperlakukan seperti hamba seks.

3. Turut menyaman beliau ialah bekas bodyguard isterinya & syarikat minyak wangi.

4. Dalam tempoh 10 tahun, Jefri telah membelanjakan B$2.7 bilion (RM6.2 bilion) utk kemewahan beliau.

5. Jefri memiliki kapal layar, kapal mewah, jet peribadi (termasuk Airbus A300 bernilai RM300 juta).

6. Jefri meminati kereta, beliau mempunyai 2,000 kereta, mostly kereta mewah dan kereta lumba.

7. Kapal layarnya, Bolkiah I dan Tits yang di dalamnya terdapat dua bot kecil, Nipple I dan Nipple II berharga RM138 juta.

8. Jefri memiliki koleksi lukisan mewah termasuk lukisan Renoir berjudul Jeunes Filles Au Piano (Perawan Di Sisi Piano) yg dibeli dengan harga 50 juta pound sterling (RM314 juta).

9. Perangai boros Jefri menjadi ikutan anaknya, Putera Hakeem. Hakeem membeli enam buah kereta Formula 1 milik pasukan terkenal McLaren yg berharga 650,000 pound sterling (RM4 juta) sebuah.

10. Selama enam hari sebanyak 10,000 barangan daripada pemegang mangkuk tandas bersalut emas, perkakas dapur,meja, peralatan gymnasium, helikopter dan simulator pesawat jet dilelong.

11. Jalan Pantai di Jerudong, Brunei di mana tempat lelongan diadakan penuh sesak dgn ribuan kenderaan orang ramai yang ingin menyertai lelongan tersebut.

12. Semasa lelongan seorang ahli perniagaan dari Indonesia berjaya membeli marmar berkualiti tinggi milik Jefri pd harga B$4 juta (RM9.12 juta).

13. Kira-kira 7,000 tan marmar yang cukup untuk membina sebuah lagi Taj Mahal dan masih ada lebihan untuk sebuah istana, dilelong pada hari terakhir.

14. Beberapa barangan lain terpaksa dijual dlm tender berasingan kerana harganya yg terlalu mahal. Antaranya ialah simulator kereta lumba Formula1, simulator Airbus A340 dan helikopter penggempur Commanche.

15. Walau apapun yang menimpa dirinya dan syarikat milik beliau, Jefri sebenarnya akan terus berada dalam golongan mewah.

16. Ketua Hakim Brunei telah membenarkan beliau menerima wang saraan sebanyak B$500,000 ( RM1.14 juta) setiap bulan.

17. Bagi orang yang telah sebati dengan kemewahan, jumlah tersebut tidak mencukupi untuk Jefri menyara empat orang isteri dan 17 anak beliau.




No comments: