Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, July 30, 2013

Raya Punya Pasal...!

Selasa 30 Julai 2013

Salam Ramadhan untuk semua...."sesiapa yang mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan-samalah seperti ia mengerjakan satu perintah  Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain"...

Suasana raya menguasai segala-galanya...lenyap seketika fadilat 10 malam terakhir yang Allah kurniakan ganjaran berlipat kali ganda dengan kehadiran malam Lailatul Qadar yang pahala beribadatnya menyamai 1000 bulan atau lebih 83 tahun...dengan dendangan lagu raya yang saban hari berkumandang....suasana di Bazar Ramadhan yang hitam dengan lautan manusianya...serta meriahnya shopping complek dengan kehadiran pengunjungnya....banyaknya duit rakyat Malaysia dalam soal berbelanja....budaya orang kita yang tidak pernah surut sejak dulu,kini n selama-lamanya...terlalu ghairah bila sambut raya...kata orang raya sakan...biar papa asal bergaya...

Begitu juga di sekolah...hingga sekarang masih tercari-cari cuti peristiwa yang boleh dipohon untuk Ahad ni 4 Ogos setelah mendapat green light dari PPD...sekolah yang mohon saje yang diluluskan...rasanya dari minggu lepas ambe cuba perjuangkan nasib cikgu2 ni agar dapat bercuti ari Ahad rase macam janggal pulok sekolah sehari aje sedangkan sekolah2 yang berhampiran semua bercuti...macam2 alasan diberikan pada gb agar keluhan dan rungutan dari cikgu2 didengari...apa yang penting guru besar...cuti dulu...baru kita fikir soal ganti ke tidak hehehehe...agar semua puas hati...so permohonan sudah dipanjangkan...mana2 program yang berlangsung pada 4 Ogos dikedepankan pada hari Khamis...siap ugut lagi cikgu2 ni...kalau nak cuti Ahad ni pastikan majlis khatam Al-Quran berjalan dengan sempurna dan meriah.....

Terkadang kita ni macam budak-budak juga bab2 cuti lebih2 lagi pasal nak sambut hari raya...excited  nok pulang ke kampung tu lebih2nya...walaupun tiap2 minggu balik kampung halaman....yang hangat n mendebarkan aura lagu raya tu sebenarnya yang mengubah suasana...kalau lagu raya tidak diputarkan,maka dia orang cool je...ni lagu raya mendayu-dayu melodinya.....ok entry sebelum raya pasal kuih raya pulak...tungguuuuuu!



Tuesday, July 23, 2013

Bingkisan Ramadhan...

Selasa 23 Julai 2013

Salam Ramadhan untuk semua....hari ini dah 14 hari kita menjalani ibadat puasa dengan berkat dan rahmah dari Allah jua...dalam suasana yang cukup selesa dan aman...Alhamdulliah,bersyukurlah kerana kita dipanjangkan usia untuk berada di bulan yang mulia ini dari awal hingga akhirnya...inilah anugerah istimewa dari Allah yang tiada tolok bandingnya kepada umat Nabi  Muhamad SAW..

Sambutlah dengan gembira dan lapang dada...bayangkan nikmat dan rahmat yang dicurahkan pada bulan ini cukup banyak...Nabi bersabda "awal rahmat,pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari azab neraka."...Semua orang yang beriman kepada Allah tertunggu -tunggu rahmat dan kasih sayang dari Allah....justeru dapatkannye dengan menyempurnakan ibadat puasa ke tahap yang paling cemerlang dan memperlbagaikan ibadat yang lain....Siangnya berpuasa,malamnya berterawih. Sabda Nabi lagi,"Sesiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharapkan keredaan Allah,Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu."...

"Sesiapa yang mendampingi diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan perkara-perkara kebajikan samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain.

Bacalah Al-Quran  hingga khatam kerana bulan ini adalah bulan Al-Quran
diturunkan.Pahalanya berganda-ganda...membaca satu ayat seperti mengkhatamkan sebuah Al-Quran dalam bulan yang lain. ..Besarnya nilaian Allah kepada pembacanya apatah lagi kalau difahami,diamalkan dan berjaya dihayati...caring is sharing....InsyaAllah untuk hari-hari yang mendatang akan dipostkan tazkirah yang lain pula sebagai peringatan dan renungan bersama...

Sunday, July 21, 2013

Tazkirah Ramadhan....

Ahad 21 Julai 2013


Salam Ramadhan untuk semua...moga puasa kita mendapat keberkatan dan rahmat Allah. Bulan Ramadhan bulan yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Dalam bulan Ramadhan juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam iaitu Malam Lailatul Qadar. Pada bulan Ramadhan ini umat Islam diwajibkan berpuasa dan disunatkan mengerjakan solat Terawih pada malamnya. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan di mana Al-Quran diturunkan.

Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan ialah:
1) Membaca dan bertadarus Al-Quran.
2) Menunaikan solat Tarawih.
3) Memberi sedekah.
4) Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
5) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.
 
Banyakkanlah melakukan amalan yang baik kerana pada bulan Ramadhan ini amalan kita akan dilipat gandakan. Di samping itu, bulan Ramadhan ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya....InsyaAllah
 

Sunday, July 14, 2013

Jaudah berbuka...siri 1

Ahad 14 Julai 2013

 Salam Ramadhan untuk semua...moga ibadah puasa kita serta amalan sunat yang lain sepanjang puasa ni mendapat keberkatan yang berpanjangan..Insyaallah...Hari ni udah 5 hari kita berpuasa dalam duk kelam kabut urusan dunia....kita yang ibu bekerja ni problemnya nak siapkan jaudah berbuka puasa dan memenuhi selera semua orang...tentu byk masalahnya...lebih2 lagi ada yang terlampau demand pasal makan....kalau yang jenis apa yang dimasak semuanya disapu senang cite skit....kata hubby nasib ada bulan puasa bolehlah jugok merasa ikan bakar...kalau tidak jangan haraplah...hehehee...terkedu juga bila orang kata gitu...

So..kelmarin sempat siapkan onde-onde....yang pada Khamis lepas beli lah jugok bila ada orang jualkan....9 biji RM2...punyalah mahalnya....siap berebut2 lagi anak-anak....tak cukup...last sekali bila kita buat...ambik kau sebungkus tepung...makan sampai kenyang2...barulah dia orang puas hati....dengan ikan pari bakar , gulai ketam,kerabu telur dan masak sambal terung....jaudah berbuka puasa untuk hari ke lima....pagi tadi sahur...mee goreng mamak... mana mata yang mengantuk...terbeliak mata bila lihat mee mamak ni....saje pembuka selera dia orang je..terutama sekecik Azim...yang komited kali ni berpuase....harap2 dapat bertahan hingga 30 hari....cerita tentang makan ni akan menyusul sepanjang bulan Ramadhan ni....Insyaallah...
nilah hasilnya...kurang2 boleh jimat duit bila buat sendiri...



Tuesday, July 09, 2013

Salam Ramadhan untuk semua!

Selasa 9 Julai 2013

Salam Ramadhan untuk semua...moga dirahmati...malam ni gagahkan jari jemari untuk mencoretkan sesuatu di laman blog....setelah sekian lamanya terbiar je...sibuk memanjang semenjak bertukar sekolah...letih memandu pun ya...letih duk mikir hal orang pun ya....dulu kita fikir masalah kita aje selesaikan ikut kadar...sekarang baru tahu langit tu tinggi ke rendah....bertapa banyaknya tugasan yang terpaksa dibuat...banyak hati yang perlu dijaga...dalam masa yang sama menyesuaikan diri dalam suasana yang cukup berbeza...agar tutur kata, butir bicara tidak disalah mengertikan....so...hati boss juga kene jaga...kut terlepas cakap...cuba memahami prinsip dan misi yang ingin di bawa...

OK...kita lalui semula Ramadhan dengan penuh keazaman bahawa ...Ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna...bait2 lagu Man Bai (betul ke dia yang dendangkan?) confuse pulak dah...So pada sahabat,kekawan samada kita pernah bersama melalui liku2 kehidupan sehingga terseret semula pada Ramadhan kali ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dalam perbualan,seloroh yang kadangkala pada kita ok je...tapi yang terkena lain maknanya....pada hubby n anak2 jadilah Ramadhan pada tahun ni penuh dengan keberkatan,barokah serta segala puji bagi Allah sentiasa dibibir....dan ambillah manfaat sepenuhnya pahala yang dianugerahkan....Amin...


Friday, June 28, 2013

Samsung Galaxy S3 paling diminati....

Jumaat 28 Jun 2013

Salam Jumaat untuk semua....berentry lagi di penghujung malam...entry kali ni lain sikit pasal semenjak dua menjak ni kegilaan gajet baru semakin menjadi-jadi...nak kata ada duit lebih tidak juga...nak kata dapat bonus jauh sekali...tetapi nafsu untuk dapatkan gajet baru membuak-buak...bila melihat si azmir dah dapatkan Samsung Galaxy S4 yang diidamkan selama ni....dia seorang ni memang suka pada teknologi terkini...perabih duit dok apa asal apa yang dihajati tercapai....apa yang penting tidak mendesak ibu n ayahnya untuk dapatkanya....anak-anak ni kalau dia nak sesuatu dia kene usaha sendiri...kita mak bapak memang tak akan layan permintaan yang pelik-pelik....

Sepetang duk round semua kedai....melihat model Samsung yang berkenan di hati dan bajet sekali...dengan rebet si Azyan dapatlah Samsung Galaxy S3 yang difikirkan sesuai dan tidak nebeng sangat...pada note 2 yang besar n canggih serta reganya yang kurang menawan....bila ditukarkan dengan rebet harganya dah jadi RM1100...bolehlah.....suaipadan dengan kemampuan dan kapasiti penggunaannya yang tidak melampau......didatangkan dengan warna putih yang kurang digemari tetapi itulah harga yang ditawarkan....agaknya ramai yang tidak menyukai warnanya kut sebab tu tuan punya kedai itu boleh beri harga sedemikian.....bawah ni sedikit ulasan pasal Samsung Galaxy S3..Samsung, pengeluar dengan banyak idea, telah menggabungkan telefon pintar dengan pelbagai assesori yang menjadi kegilaan pada semua generasinya....

Samsung Galaxy S3 merupakan generasi ketiga untuk legasi peranti Samsung Galaxy S itu disempurnakan bersama kelebihan teknologi natural berinspirasikan manusia dan alam.
Samsung Galaxy S3 dipacu oleh sistem operasi Android 4.0 teruja melaksanakan operasi telefon berkenaan menerusi skrin paparan Super Amoled definisi tinggi (HD) bersIce Cream Sandwich di samping terbina bersama teknologi mobiliti intuitif tanpa kompromi. Anda pasti akan aiz 4.8 inci.
Gambar rekabentuk Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S3 mempunyai kamera belakang pintar 8 megapiksel dan kamera hadapan pula beresolusi 1.9 megapiksel. Untuk rekaan pula, model itu mempunyai bentuk ergonomik berkonsepkan alam selain lengkungan kemas yang bakal memberi keselesaan sentuhan dan genggaman di tapak tangan.
Sesuatu yang baru, melalui aplikasi S Voice, peranti berkenaan dapat mengesan maksud sesuatu arahan suara dan seterusnya memberi respons bersesuaian seperti fungsi pencarian maklumat, kawalan muzik, penghantaran mesej atau emel dan rakaman foto.
Bukan setakat itu, kehadiran aplikasi AllShare Cast dan AllShare Play turut membolehkan telefon itu diintegrasi secara Wi-Fi bersama televisyen, komputer peribadi atau tablet bagi tujuan penghantaran fail. 

Wednesday, June 26, 2013

Sedetik ini...!

Rabu 26 Jun 2013

Salam Rabu untuk semua..moga kita dipanjangkan usia dan dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah atas segala usaha ikhlas kita....meski tidak nampak dipandang orang tetapi hakikatnya segala kerja buat yang ikhlas akan mendapat redhanya....berlapang dadalah....

Ok posting lewat tengah hari...setelah hampir lima hari ke SK Bukit Besi...meredah jerebu bersama  Azim ...6.45 pagi berangkat dari rumah dalam dingin serta berkabus...perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit dengan kapasiti pemanduan melangkaui 110km sejam...kira tu kurang laju berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain hehehehe....terasa asing dan mencabar tetapi demi tugas, semangat serta peluang yang diberikan...destinasi tu kujengah jua....detik usia senja gini...thank you Allah di kesempatan begini masih diberi tenaga dan keupayaan untuk menghirup segarnya udaraMU dan panorama alam yang sangat cantik tika berulangalik....

Berkenalan dengan cikgu-cikgu di sana...cuba memahami dan menyesuaikan diri pada persekitaran yang baru....cuba berbaik sangka dan anggap semua guru di sini mempunyai kesungguhan dan komited pada tugas...sebabnya 7.15 pagi,sudah ramai cikgu yang menghadirkan diri bermakna semangat untuk ke sekolah lebih awal menjadi budaya yang kurang dilihat pada sesetengah sekolah....walaupun sudah kedengaran cakap-cakap  di belakang tabir yang meletakkan diri kita begini dan begitu....tetapi anggaplah segalanya bagai angin lalu....tak kenal maka tak cinta.....dalam detik-detik ini cuba memberikan yang terbaik dan dengan segala idea dan kepakaran yang ada ..berharap sangat kerjasama dari guru-guru memantapkan  pengurusan kokurikulum...InsyaAllah...

Takut dikritik dan akan melenting bila dikritik....anggapan yang kurang cerdik...dan sengaja cuba mencetuskan provokasi....kritik membina mampu membetulkan keadaan...dan menjadikan diri kita bertambah kuat...membaiki kelemahan yang ada....berilah pendapat yang boleh dikongsi bersama dan jauhkanlah sikap fitnah dan melihat keburukan sesorang dan menyebarnya seluas-luasnya....atas alasan menguatkan hujah dan pendapat kita....orang akan menilai kita bila bertemu,berbual memahami isi hati dan melihat sejauhmana keupayaan kita dalam mengendalikan segala urusan yang melibatkan cikgu-cikgu.....so di kesempatan ini berharap sangat cuba hindari cakap-cakap negatif anggaplah kedatangan kita di sini sebagai seorang sahabat,rakan dan pemudahcara dalam segala hal...amin...