Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, July 23, 2013

Bingkisan Ramadhan...

Selasa 23 Julai 2013

Salam Ramadhan untuk semua....hari ini dah 14 hari kita menjalani ibadat puasa dengan berkat dan rahmah dari Allah jua...dalam suasana yang cukup selesa dan aman...Alhamdulliah,bersyukurlah kerana kita dipanjangkan usia untuk berada di bulan yang mulia ini dari awal hingga akhirnya...inilah anugerah istimewa dari Allah yang tiada tolok bandingnya kepada umat Nabi  Muhamad SAW..

Sambutlah dengan gembira dan lapang dada...bayangkan nikmat dan rahmat yang dicurahkan pada bulan ini cukup banyak...Nabi bersabda "awal rahmat,pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari azab neraka."...Semua orang yang beriman kepada Allah tertunggu -tunggu rahmat dan kasih sayang dari Allah....justeru dapatkannye dengan menyempurnakan ibadat puasa ke tahap yang paling cemerlang dan memperlbagaikan ibadat yang lain....Siangnya berpuasa,malamnya berterawih. Sabda Nabi lagi,"Sesiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharapkan keredaan Allah,Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu."...

"Sesiapa yang mendampingi diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan perkara-perkara kebajikan samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain.

Bacalah Al-Quran  hingga khatam kerana bulan ini adalah bulan Al-Quran
diturunkan.Pahalanya berganda-ganda...membaca satu ayat seperti mengkhatamkan sebuah Al-Quran dalam bulan yang lain. ..Besarnya nilaian Allah kepada pembacanya apatah lagi kalau difahami,diamalkan dan berjaya dihayati...caring is sharing....InsyaAllah untuk hari-hari yang mendatang akan dipostkan tazkirah yang lain pula sebagai peringatan dan renungan bersama...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Fatma,

Besarnya ganjaran yang Allah akan berikan kepada orang yang betul2 mengambil kesempatan melakukan sebanyak mungkin ibadat dalam bulan yang mulia ini.

Kalau ada masa singgah blog baru maklong yer, http://pantunbunga.blogspot.com/

fatmasha said...

tq..mak long kerana singgah sini...akan bertandang ke sana..