Isnin 30 Nov.2015
Salam Isnin untuk semua moga dikurniakan kesihatan yang baik dalam redha Allah juga...Posting pagi Isnin ni ...saje jenguk2 sekolah walaupun bukan masa kita bertugas...tetapi bila Guru Besar whasaap tadi beritahu borang permohonan ke luar negara tu silap borang ...maka kene isi semula huhu....aduhai semoga pemudahkan urusan umrah kali ini...menjadi tetamu Allah sudah beberapa kali tertangguh....
Posting pagi ini..konvo UPSI sejarah yang paling berharga pada semua yang merasainya...mana tidaknya belajar selama 4 tahun PJJ tanpa cuti bekerja..maknanya semuanya dilalui dalam 4 aktiviti kerja sekali gus...sebagai wanita berkerjaya...ibu..isteri dan last sekali pelajar...hampir setiap minggu hadiri kelas UPSI..toturial dengan pensyarah...buat assigment..online kuiz...macam2lah..pendek kata mana yang tidak mahir ICT balik awal jawapnya...semua meruntun kecekalan dan ketabahan yang cukup hebat pada seorang wanita...sokongan penting...tolak ansur dari suami..anak2 ..rakan2 tidak lupa juga dari majikan kita sendiri... belum lagi wang ringgit dan banyak hati yang perlu dijaga...sampai hati sendiri pun terguris dengan sikap dari mereka yang paling rapat dengan kita...huhu semuanya dilalui dengan semangat kalu tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..Tahniah dan syabas untuk diri sendiri hihi..
Hasilnya alhamdulliah berjaya juga mengenggam segulung ijazah yang merupakan pangkat tertinggi dalam mencari ilmu...kepuasan,pengorbanan,penat lelah mampu menjadi asam garam dalam menuntut ilmu...justeru,abaikan perkara negatif yang sentiasa ada disekeliling kita...yang pasti kita mampu buat yang terbaik untuk diri sendiri di samping menjadi perangsang kepada anak-anak...So sekarang semua yang diidam2kan selama ni menjadi kenyataan ...
Terima kasih pada semua terutama pada anak2..yang cukup mengerti susah payah ibunya...kepada mereka yang terlibat secara langsung dan di belakang tabir...rakan2 dalam facebook yang bertalu-talu mengucapkan tahniah diucapkan terima kasih banyak2 jasa dan kecaknaan anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...
Monday, November 30, 2015
Monday, November 23, 2015
Ke UPSI lagi kita...!
23 Nov.2015
Salam Isnin untuk semua.moga kerja buat kita dirahmati seadanya...bersiaran lagi...kali ni episod berkunjung ke UPSI sekali lagi semata-mata untuk mengambil jubah sempena konvoksyen ke 17..kelakor kan..sebab bersungguhnya kami sampai sewa bas untuk ke sana...group kami seramai 25 orang je yang sempat n selamat menghabiskan pengajian selama 4 tahun menjadi lulusan UPSI...bangga pun ada..kurang percaya pun ada...yalah cepatnya masa pengajian kami tup2 dah abih...tahniah pada diri sendiri dalam kalutnya aktiviti sekolah,isteri..ibu...dan segala-galanyalah...abis juga ya...
Thursday, November 12, 2015
Jamuan Akhir Tahun..Meriah!
Khamis 12 Nov.2015
Salam Sejahtera....berentry lagi pada pagi ini...minggu2 terakhir di akhir persekolahan....walaupun banyak perkara yang perlu dibuat untuk melangsaikan segala kerja yang terah tertangguh...yang pasti mengupdate blog dulu untuk mengembalikan mood akhir tahun ni...tajuk entry pun cukup menarik yalah semua sekolah berlumba-lumba meraikan majlis jamuan akhir tahun yang menjadi tradisi kepada kaum guru ni...rasa tidak lengkap setahun jika majlis ni ditiadakan...huhu
Bertempat di Grandcon Hotel Kuala Terengganu dianjurkan Majlis Jamuan Akhir tahun .... majlis yang cukup gemilang dan terbilang ni...dengan pelbagai gimik rahsia yang cuba di rahsiakan oleh Mr. President Azri...banyak sangat rahsianya...Anyway kehadiran Faizal AF menjadikan majlis pada petang itu cukup happening dan berjaya...pendek kata semua tetamu yang hadir terhibur dengan nyanyiannya...ditambah dengan makanan yang dihidangkan cukup meriah dan tidak menghampakan selera diaorang....kejutan demi kejutan dibuat oleh pengacara majlis Sir Farihan yang sememang seorang pengacara yang mampu mengendalikan keseluruhan majlis dengan hebatnya...set karoke yang ditempah khas..belum lagi bayaran yang diberikan kepada Faizal...semua daya usaha ini dicetuskan oleh presiden kelab...Thank you very much...muah...muah...muah..akan menjadi kenangan sepanjang hayat pada kami semua.
Pada Puan Guru Besar yang sporting kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana memahami kehendak majlis kami walaupun ada yang bersungut pemilhan tempat yang jauh...huhu..setidak mungkin suasana santai dan meriah menjadi agenda utama kami....so...lihatlah gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua...Love You All...
![]() |
| Bersama dgn Gb dan Pengurusan baru |
![]() |
| Bersama GB dan Pengurusan lama...aku masih stay sini huhu |
![]() |
| Background yang dihias cantik.. |
![]() |
| Bersama Faizal AF... |
|
| Beberapa persembahan yang diadakan... |
Thursday, October 22, 2015
Temuduga NPQEL..Pengalaman yang sukar dilupakan...
Khamis 22 Okt. 2015
Salam Khamis n salam Maghrib untuk semua...bersiaran lagi...ginilah kalu dah mula berblog banyak pulok idea n cite yang nak diceritakan....Terkedu bila buka laman IAB bahagian semakan untuk temuduga kursus persediaan sebagai pemimpin sekolah...senang cite sebagai guru besar...nama terpapar macam dok percaya kita salah seorang peserta yang mewakili Daerah Dungun...yang diwar2 oleh PPD Dungun hanya kami berempat dan seorang pegawai PPD berjaya dalam pemilihan tersebut...tetapi apa yang berlaku rupa2nya bukan kami berempat sahaja....dont worry rezeki masing2 ...
Anyway awal pagi dalam pukul 6 pagi bersama dengan Hajah Norlizai PK 1 di sekolah yang sama kami meredah kabus pagi bercampur dengan jerebu agaknya...merangkak kereta kami semata2 utk menghadiri sesi temuduga tersebut....persediaan???memang kami bersedia dr segi mental n fizikal..sempat menelaah beberapa topik ttg isu semasa serta cuba mengingati Visi KPM sebagai indikator persediaan yang mantap...pendek kata pergi dengan berilmu sebab kami antara intan terpilih di antara pilihan yang begitu ramai ...dulu NPQEL bukan sesuatu yang menarik untuk menjadi pemimpin sekolah...mungkin kerana semuanya oneline jadi proses mengisi maklumat menjadi senang n cepat...agak2nyalah...
so...sampai di sana daftarkan diri dengan perasaan berdebar...takut ..macam2lah..susah nak digambarkan...semua peserta yang datang hebat2 dgn pelbagai fail sebagai evident...kami diterima taklimat ringkas oleh ketua sektor...tatacara temuduga ini dijalankan...kami difahamkan dua sesi terpaksa kami lalui...sessi pertama berkumpulan...dalam kumpulan kami berempat sahaja...saluran ke 2..hanya 8 peserta sekolah rendah dan 24 peserta sek menengah...
sesi 1 kami diberi contoh lembaran markah pencerapan seorang guru untuk dianalisi dan dibahaskan kekuataan dan kelemahan cikgu ni dan cadangan penambahbaikan yang patut dilaksanakan..soalan yang senang dan memang pdp menjadi indikator kami sebagai pendidik...yang kurang bestnya salah seorg peserta dr kumpulan kami terlebih dominan konon2 tunjuk kehebatan bahawa dia seorang sahaja yang mampu berhujah dan memberi pendapat...kalut dibuatnya..penemuduga seramai 3 orang hanya tersenyum melihat gelagatnya...apatah lagi kami yang cukup meluat dgn sikap selfishnya...adusss cubaan yang pertama...kali ini kami hanya diperhati sahaja dan diberi masa selama setengah jam untuk membahas isu tersebut...5 minit lagi untuk kami menulis isi yang kami bahaskan...
Bayangkan dengan perut yang semakin berkeroncong...sakit hatinya.....membuatkan mood kami berdua down 50% ...sesi kedua bermula tepat jam 11 pagi ...face to face ...nilah proses yang orang kata kalu ke tandas berulang kali ini mmg yer...betul menguji ketahanan mental...setiap seorang dinilai selama 40 minit seorang...adusss...bayangkan aku peserta ke 4...dengan berdebarnya...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu...tiba giliran amber tepat jam 1 tengah hari...pelbagai soalan yang ditanya dari 3 orang penemuduga yang kesemuanya Guru besar sekolah Kluster...selagi boleh jawab...soalan KBAT...pembelajaran abad 21 VISI KPM ...6 Aspirasi murid...PPM 2013-2025...wah hebat soalan...berpeluh menjawab dalam pelbagai sudut...soalan terakhir..sekiranya dilantik sebagai guru besar apa tugas utama yang akan dibuat...dan apakah ciri-ciri yang ada pada seseorang yang ingin menjadi pentadbir sekolah....hebatkan soalan.....semuanya dilalui dengan rahmat Allah atas segala kekuatan dan mampu menjawab tanpa berdebar dan tersekat...Alhamdulliah tepat jam 1.45 berakhir debaran yang selama seminggu menghantui tidur lenaku...
Harapan...semoga ada sinar disebalik itu kerana kita hanya merancang yang terbaik dari Allah Taala jua..berlapang dada jika rezekiku tidak di sini..itulah yang terbaik untukku...tanpa menyalahkan tadir...
![]() |
| Bersama dengan Hajah Norlizai.... |
![]() |
| sempat bergambar bersama panel penemuduga dan pengarah JPNT |
Monday, October 19, 2015
Kuih Belimbing...
Isnin 19 Okt.2015
Assalamulaikum...salam sejahtera...agak lama menyepi dalam dunia blogger...rase hampir 4 bulan tidak update blog sibuknya kita dalam urusan duniawi...kerja sekolah yang tidak pernah putus..dengan pelbagai e..n laporan yang terpaksa disiapkan...dunia pendidian sekarang semakin mencabar minda n fizikal sekali...adussss dalam usia senja gini... terkadang rasa rugi jugok tidak asah bakat dlm bidang penulisan ini sebaik mungkin..mediumnya sudah ada tinggal lagi rajin dengan malas aje....so entry tengah hari sambil relief kelas ...saje nak kongsi resepi kuih belimbing resepi pantai timur ni...lama jugok tidak membuatnya...tetiba rasa mengindam maka jadilah kuih ni...adunan ini cukup utk 3 orang makan je..kalu rase nak buat dalam kadar yang banyak..gandakan sukatan tu..
okeyyy...kita check resepi di bawah ini cubalah insyaallah menjadi n sedap....

Kuih Belimbing
1 cawan gandum
1 sb marjerin
1 cawan air
11/2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur(yang dipukul sedikit)
Minyak untuk menggoreng.
gula halus untuk menggaul kuih bintang(bila siap masaklah yer)
Cara buatnya.
1. Didihkan air hingga mengelegak
2. Masukkan marjerin.
3. Bila marjerin cair...masukkan gandum kacau sekejap hingga sebati..angkat dr dapur dan kacau lagi.
4. Agak-agak adunan dah sejuk sedikit...masukkan telur sedikit demi sedikit hingga habis.kacau hingga sebati .
5.Panaskan minyak. paipkan adunan menggunakan nozel bentuk bintang. sambil tu..gunting kuih belimbing kita ..panjang mana yang kita mahu...
6.Taraaaa siap untuk dihidangkan.
![]() |
| ni lah kuihnya..hihi |
Saturday, June 20, 2015
Salam Ramadhan AlMubarak...
Sabtu 20 Jun 2015
Salam Ramadhan AlMubarak kepada semua umat Islam ...walaupun hari ini dah masuk hari ke tiga kita berpuasa rasenya tidaklah lambat untuk mengucapkannya...lebih2 lagi dalam bulan yang di dalamnya banyak kelebihan yang tiada tolok bandingnya...
"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa" (Al-Baqarah 183)
a) Ramadhan adalah penghapus dosa
Sabda
Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;
الصَّلَوَاتُ
الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ،
مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)
b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan
Sabda
Rasulullah s.a.w;
إِذَا
كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ
وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ
فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ
الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
Monday, June 08, 2015
Family Day....Cameron Highland Part 1
Isnin 8 Jun 2015
Assalamulaikum kepada semua...berentry lagi setelah rase badan ok skit...kepala pun tidaklah berat sangat...tekanan darah kembali ok...syukur padaMU yang Allah...setelah pelbagai ramuan dan ubat yang dimakan ditambah dengan bermunajat kepadaMU maka kesihatanku bertambah baik...alhamduliah...
Sebenarnya permulaan cuti,kami badan kebajikan guru dan kakitangan sekolah mengadakan family day 3 hari dua malam ke destinasi Cameron dan Tambun Lost World hasil dari kerja kuat guru dan kakitangan dalam kanival mega serta hari kokurikulum di sekolah...maka presiden KGSS telah berbesar hati memsponsor kami ke destinasi yang dipilih...Rombongan kami seramai 148 orang termasuk kanak-kanak dengan menaiki sebuah bas dan 15 buah kereta...Perjalanan yang memenatkan memakan masa yang lama kerana perjalanan kami bertolak pada waktu pagi...memandangkan ramai di kalangan kami drebar kereta ni...tak mampu memandu pada waktu malam....
Melalui jalan felda aring ...terus ke Gua Musang iaitu jalan altenatif ke cameron highland....jalan raya yang sempit..masih dalam pembinaan serta kiri kanan masih ada lagi kesan tanah runtuh akibat banjir pada bulan disember lepas....pada aku memang tidak akan lalu ikut jalan shortcut ni...pasal jalan ni memang bahaya kepada mereka yang baru melaluinya....dengan jalan raya yang bengkang bengkok...memang seram sejuk kami dibuatnya...sapelah yang pandai2 syorkan jalan ni...aku pun tak tahu hingga sekarang....bukannya cepat sampai...rasenya sama aje jarak perjalanan dengan jalan highway ke Kuala Lumpur yang lebih selamat....adusss...
Sampai di Cameron jam 4 petang...cukup memenatkan kerana sepanjang jalan mendaki bukit cameron hujan turun tanpa henti...dalam hati sudah berdetik suasana yang tidak memberangsangkan ini tentu tidak menyeronokkan...pertama kali dalam hidup sampai ke cameron...hihi lucu kan..apa tidaknya ada je halangan sebelum ini yang memaksa destinasi itu tidak sempat dijejaki...so...kawasan yang damai nyaman ...segar dan menyegarkan...hilang rasa penat...pemandangan yang cantik dengan dilitupi kabus yang tebal...tetapi boleh dilihat banyak kawasan bukit yang digondolkan...nampak sangat tidak tersusunnya kawasan penanaman yang diterokai...patutlah berlaku tanah runtuh dan banjir kilat bila hujan...
Sempat ke pasar Berincang....agak lewat sampai ke sana kerana banyak kedai yang sudah ditutup...perkara pertama yang kami beli...tentulah strawberry...nyum..nyum masam manis gitu...tidak lupa juga jagung manis yang cukup rapuh di makan...ubi keledak biru yang dikukus juga menjadi santapan kami semua...hihi macam tak pernah jumpa makanan..semuanya dibedal....
Menginap di Apatment di tanah rata...apa namanya yer..lupa pulak...tapi kami menyewa 9 apatment yang disewa dari cikgu miji...seorang guru yang asal dari Kelantan...katanya apatment ni dari rakan-rakan guru yang telah balik kampung tetapi dijadikan homestay...guru2 yang berwawasan...tabik spring aku...sambil menyelam minum air....malam tu diadakan BBQ... begitu meriah sekali..aku memang jenis tidak tahan sejuk..menggigil ditiup bayu bukit...memang sejuk...tapi bagi mereka yang berdarah panas...hihi... katanya tak lah sejuk mane...adusss...entah pukul berapa di orang tidur aku pun tak tahu kerana kami tidur cukup nyenyak pada malam itu...
Sebenarnya banyak tempat2 yang menarik tidak sempat kami redah...kesuntukan masa dan ramai di kalangan kami telah acap kali datang ke sini...jadi aku n my family aje yang pertama kali sampai...huhu..rasenya kami perlu berkunjung ke sini lagi dengan berkereta...
OK...kita sambung family day part 2 ke Tambun Lost World...nanti kita cite pengalaman yang menarik di sana....

| sikecik masam mencuka...apa pun tergaman ros merah berkembang seadanya.. |
![]() |
| Apatment yang kami sewa...nama lupalah...adusss |
![]() |
| pasangan bahagia.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)