Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, November 12, 2015

Jamuan Akhir Tahun..Meriah!

Khamis 12 Nov.2015

Salam Sejahtera....berentry lagi pada pagi ini...minggu2 terakhir di akhir persekolahan....walaupun banyak perkara yang perlu dibuat untuk  melangsaikan segala kerja yang terah tertangguh...yang pasti mengupdate blog dulu untuk mengembalikan mood akhir tahun ni...tajuk entry pun cukup menarik yalah semua sekolah berlumba-lumba meraikan majlis jamuan akhir tahun yang menjadi tradisi kepada kaum guru ni...rasa tidak lengkap setahun jika majlis ni ditiadakan...huhu

Bertempat di Grandcon Hotel Kuala Terengganu dianjurkan Majlis Jamuan Akhir tahun .... majlis yang cukup gemilang dan terbilang ni...dengan pelbagai gimik rahsia yang cuba di rahsiakan oleh Mr. President Azri...banyak sangat rahsianya...Anyway kehadiran Faizal AF menjadikan majlis pada petang itu cukup happening dan berjaya...pendek kata semua tetamu yang hadir terhibur dengan nyanyiannya...ditambah dengan makanan yang dihidangkan cukup meriah dan tidak menghampakan selera diaorang....kejutan demi kejutan dibuat oleh pengacara majlis Sir Farihan  yang sememang seorang pengacara yang mampu mengendalikan keseluruhan majlis dengan hebatnya...set karoke yang ditempah khas..belum lagi bayaran yang diberikan kepada Faizal...semua daya usaha ini dicetuskan oleh presiden kelab...Thank you very much...muah...muah...muah..akan menjadi kenangan sepanjang hayat pada kami semua.

Pada Puan Guru Besar yang sporting kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana memahami kehendak majlis kami walaupun ada yang bersungut pemilhan tempat yang jauh...huhu..setidak mungkin suasana santai dan meriah menjadi agenda utama kami....so...lihatlah gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua...Love You All...
Bersama dgn Gb dan Pengurusan baru

Bersama GB dan Pengurusan lama...aku masih stay sini huhu



Background yang dihias cantik..

Bersama Faizal AF...

 
Beberapa persembahan yang diadakan...
 

Thursday, October 22, 2015

Temuduga NPQEL..Pengalaman yang sukar dilupakan...

Khamis 22 Okt. 2015

Salam Khamis n salam Maghrib untuk semua...bersiaran lagi...ginilah kalu dah mula berblog banyak pulok idea n cite yang nak diceritakan....Terkedu bila buka laman IAB bahagian semakan untuk temuduga kursus persediaan sebagai pemimpin sekolah...senang cite sebagai guru besar...nama terpapar macam dok percaya kita salah seorang peserta yang mewakili Daerah Dungun...yang diwar2 oleh PPD Dungun hanya kami berempat dan seorang pegawai PPD  berjaya dalam pemilihan tersebut...tetapi apa yang berlaku rupa2nya bukan kami berempat sahaja....dont worry rezeki masing2 ...

Anyway awal pagi dalam pukul 6 pagi bersama dengan Hajah Norlizai PK 1 di sekolah yang sama kami meredah kabus pagi bercampur dengan jerebu agaknya...merangkak kereta kami semata2 utk menghadiri sesi temuduga tersebut....persediaan???memang kami bersedia dr segi mental n fizikal..sempat menelaah beberapa topik ttg isu semasa serta cuba mengingati Visi KPM sebagai indikator persediaan yang mantap...pendek kata pergi dengan berilmu sebab kami antara intan terpilih di antara pilihan yang begitu ramai ...dulu NPQEL bukan sesuatu yang menarik untuk menjadi pemimpin sekolah...mungkin kerana semuanya oneline jadi proses mengisi maklumat menjadi senang n cepat...agak2nyalah...

so...sampai di sana daftarkan diri dengan perasaan berdebar...takut ..macam2lah..susah nak digambarkan...semua peserta yang datang hebat2 dgn pelbagai fail sebagai evident...kami diterima taklimat ringkas oleh ketua sektor...tatacara temuduga ini dijalankan...kami difahamkan dua sesi terpaksa kami lalui...sessi pertama berkumpulan...dalam kumpulan kami berempat sahaja...saluran ke 2..hanya 8 peserta sekolah rendah dan 24 peserta sek menengah...

sesi 1 kami diberi contoh lembaran markah pencerapan seorang guru untuk dianalisi dan dibahaskan kekuataan dan kelemahan cikgu ni dan cadangan penambahbaikan yang patut dilaksanakan..soalan yang senang dan memang pdp menjadi indikator kami sebagai pendidik...yang kurang bestnya salah seorg peserta dr kumpulan kami terlebih dominan konon2 tunjuk kehebatan bahawa dia seorang sahaja yang mampu berhujah dan memberi pendapat...kalut dibuatnya..penemuduga seramai 3 orang hanya tersenyum melihat gelagatnya...apatah lagi kami yang cukup meluat dgn sikap selfishnya...adusss cubaan yang pertama...kali ini kami hanya diperhati sahaja dan diberi masa selama setengah jam untuk membahas isu tersebut...5 minit lagi untuk kami menulis isi yang kami bahaskan...

Bayangkan dengan perut yang semakin berkeroncong...sakit hatinya.....membuatkan mood kami berdua down 50% ...sesi kedua bermula tepat jam 11 pagi ...face to face ...nilah proses yang orang kata kalu ke tandas berulang kali ini mmg yer...betul menguji ketahanan mental...setiap seorang dinilai selama 40 minit seorang...adusss...bayangkan aku peserta ke 4...dengan berdebarnya...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu...tiba giliran amber tepat jam 1 tengah hari...pelbagai soalan yang ditanya dari 3 orang penemuduga yang kesemuanya Guru besar sekolah Kluster...selagi boleh jawab...soalan KBAT...pembelajaran abad 21 VISI KPM ...6 Aspirasi murid...PPM 2013-2025...wah hebat soalan...berpeluh menjawab dalam pelbagai sudut...soalan terakhir..sekiranya dilantik sebagai guru besar apa tugas utama yang akan dibuat...dan apakah ciri-ciri yang ada pada seseorang yang ingin menjadi pentadbir sekolah....hebatkan soalan.....semuanya dilalui dengan rahmat Allah atas segala kekuatan dan mampu menjawab tanpa berdebar dan tersekat...Alhamdulliah tepat jam 1.45 berakhir debaran yang selama seminggu menghantui tidur lenaku...

Harapan...semoga ada sinar disebalik itu kerana kita hanya merancang yang terbaik dari Allah Taala jua..berlapang dada jika rezekiku tidak di sini..itulah yang terbaik untukku...tanpa menyalahkan tadir...
Bersama dengan Hajah Norlizai....


sempat bergambar bersama panel penemuduga dan pengarah JPNT



Monday, October 19, 2015

Kuih Belimbing...

Isnin 19 Okt.2015

Assalamulaikum...salam sejahtera...agak lama menyepi dalam dunia blogger...rase hampir 4 bulan tidak update blog sibuknya kita dalam urusan duniawi...kerja sekolah yang tidak pernah putus..dengan pelbagai e..n laporan yang terpaksa disiapkan...dunia pendidian sekarang semakin mencabar minda n fizikal sekali...adussss dalam usia senja gini... terkadang rasa rugi jugok tidak asah bakat dlm bidang penulisan ini sebaik mungkin..mediumnya sudah ada tinggal lagi rajin dengan malas aje....so entry tengah hari sambil relief kelas ...saje nak kongsi resepi kuih belimbing resepi pantai timur ni...lama jugok tidak membuatnya...tetiba rasa mengindam maka jadilah kuih ni...adunan ini cukup utk 3 orang makan je..kalu rase nak buat dalam kadar yang banyak..gandakan sukatan tu..

okeyyy...kita check resepi di bawah ini cubalah insyaallah menjadi n sedap....

Kuih Belimbing

1 cawan gandum
1 sb marjerin
1 cawan air
11/2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur(yang dipukul sedikit)
Minyak untuk menggoreng.
gula halus untuk menggaul kuih bintang(bila siap masaklah yer)
Cara buatnya.

1. Didihkan air hingga mengelegak
2. Masukkan marjerin.
3. Bila marjerin cair...masukkan gandum kacau sekejap hingga sebati..angkat dr dapur dan kacau lagi.
4. Agak-agak adunan dah sejuk sedikit...masukkan telur sedikit demi sedikit hingga habis.kacau hingga sebati .
5.Panaskan minyak. paipkan adunan menggunakan nozel bentuk bintang. sambil tu..gunting kuih belimbing kita ..panjang mana yang kita mahu...
6.Taraaaa siap untuk dihidangkan.



ni lah kuihnya..hihi


Saturday, June 20, 2015

Salam Ramadhan AlMubarak...

Sabtu 20 Jun 2015

Salam Ramadhan AlMubarak kepada semua umat Islam ...walaupun hari ini dah masuk hari ke tiga kita berpuasa rasenya tidaklah lambat untuk mengucapkannya...lebih2 lagi dalam bulan yang di dalamnya banyak kelebihan yang tiada tolok bandingnya...

"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu,agar kamu bertaqwa" (Al-Baqarah 183)

a) Ramadhan adalah penghapus dosa


Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)

b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan


Sabda Rasulullah s.a.w;
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ

“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
 


Monday, June 08, 2015

Family Day....Cameron Highland Part 1

Isnin 8 Jun 2015

Assalamulaikum kepada semua...berentry lagi setelah rase badan ok skit...kepala pun tidaklah berat sangat...tekanan darah kembali ok...syukur padaMU yang Allah...setelah pelbagai ramuan dan ubat yang dimakan ditambah dengan bermunajat kepadaMU maka kesihatanku bertambah baik...alhamduliah...

Sebenarnya permulaan cuti,kami badan kebajikan guru dan kakitangan sekolah mengadakan family day 3 hari dua malam ke destinasi Cameron dan Tambun Lost World hasil dari kerja kuat guru dan kakitangan dalam kanival mega serta hari kokurikulum di sekolah...maka presiden KGSS telah berbesar hati memsponsor kami ke destinasi yang dipilih...Rombongan kami seramai 148 orang termasuk kanak-kanak dengan menaiki sebuah bas dan 15 buah kereta...Perjalanan yang memenatkan memakan masa yang lama kerana perjalanan kami bertolak pada waktu pagi...memandangkan ramai di kalangan kami drebar kereta ni...tak mampu memandu pada waktu malam....

Melalui jalan felda aring ...terus ke Gua Musang iaitu jalan altenatif ke cameron highland....jalan raya yang sempit..masih dalam pembinaan serta kiri kanan masih ada lagi kesan tanah runtuh akibat banjir pada bulan disember lepas....pada aku memang tidak akan lalu ikut jalan shortcut ni...pasal jalan ni memang bahaya kepada mereka yang baru melaluinya....dengan jalan raya yang bengkang bengkok...memang seram sejuk kami dibuatnya...sapelah yang pandai2 syorkan jalan ni...aku pun tak tahu hingga sekarang....bukannya cepat sampai...rasenya sama aje  jarak perjalanan dengan jalan highway ke Kuala Lumpur yang lebih selamat....adusss...

Sampai di Cameron jam 4 petang...cukup memenatkan kerana sepanjang jalan mendaki bukit cameron hujan turun tanpa henti...dalam hati sudah berdetik suasana yang tidak memberangsangkan ini tentu tidak menyeronokkan...pertama kali dalam hidup sampai ke cameron...hihi lucu kan..apa tidaknya ada je halangan sebelum ini yang memaksa destinasi itu tidak sempat dijejaki...so...kawasan yang damai nyaman ...segar dan menyegarkan...hilang rasa penat...pemandangan yang cantik dengan dilitupi kabus yang tebal...tetapi boleh dilihat banyak kawasan bukit yang digondolkan...nampak sangat tidak tersusunnya kawasan penanaman yang diterokai...patutlah berlaku tanah runtuh dan banjir kilat bila hujan...

Sempat ke pasar Berincang....agak lewat sampai ke sana kerana banyak kedai yang sudah ditutup...perkara pertama yang kami beli...tentulah strawberry...nyum..nyum masam manis gitu...tidak lupa juga jagung manis yang cukup rapuh di makan...ubi keledak biru yang dikukus juga menjadi santapan kami semua...hihi macam tak pernah jumpa makanan..semuanya dibedal....

Menginap di Apatment di tanah rata...apa namanya yer..lupa pulak...tapi kami menyewa 9 apatment yang disewa dari cikgu miji...seorang guru yang asal dari Kelantan...katanya apatment ni dari rakan-rakan guru yang telah balik kampung tetapi dijadikan homestay...guru2 yang berwawasan...tabik spring aku...sambil menyelam minum air....malam tu diadakan BBQ... begitu meriah sekali..aku memang jenis tidak tahan sejuk..menggigil ditiup bayu bukit...memang sejuk...tapi bagi mereka yang berdarah panas...hihi... katanya tak lah sejuk mane...adusss...entah pukul berapa di orang tidur aku pun tak tahu kerana kami tidur cukup nyenyak pada malam itu...

Sebenarnya banyak tempat2 yang menarik tidak sempat kami redah...kesuntukan masa dan ramai di kalangan kami telah acap kali datang ke sini...jadi aku n my family aje yang pertama kali sampai...huhu..rasenya kami perlu berkunjung ke sini lagi dengan berkereta...

OK...kita sambung family day part 2 ke  Tambun Lost World...nanti kita cite pengalaman yang menarik di sana....
sikecik masam mencuka...apa pun tergaman ros merah berkembang seadanya..

Apatment yang kami sewa...nama lupalah...adusss



pasangan bahagia....

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru!

Sabtu 16 Mei 2015

Salam Sejahtera.Moga Dirahmati. Berentry lagi sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini. Walaupun Cuti Hujung minggu,tetapi tarikh keramat itu tetap datang dan kita kaum guru ini tidak lepas dari mengucapkannya sama ada secara langsung dan tidak langsung...

Tidak lupa juga kepada semua guru yang telah mengajarku dari sekolah rendah Sultan Omar...terus ke Sekolah Menengah Sultan Omar sehingga ke tingkatan 5 seterusnya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Tengku Intan Zaharah....terus ke Maktab Perguruan Pasir Panjang yang sekarang telah dijadikan Sekolah Sains...dan yang paling kemuncak kepada pensyarah UPSI..jasa kalian dan tunjuk ajar yang diberikan akan dikenang sehingga akhir hayat...Terharu bila kenangkan ramai di kalangan cikgu2 ini telah kembali menemui penciptaNYA...tetapi title guru tetap unggul dan masih dalam ingatan...jasa dan pengorbanan cikgu2 cukup besar dalam mendidik dan menunjuk ajar kami sehingga berjaya dalam hidup....Terima Kasih Cikgu!

Biar penat berdiri...jangan penat memberi
Biar lelah terduduk...jangan lelah membentuk
Biar penat bercakap...jangan penat berharap
Jangan bergerak seperti gunting melangkah namun memutuskan....
Bergeraklah seperti jarum...menusuk namun menyatukan..
Buat semua insan yang bergelar guru...sekali bergelar guru...sepanjang hayatmu menjadi guru...Terima Kasih Cikgu!!!

Tema hari guru tahun ini.Guru :Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.Huraian yang cukup menyentuh perasaan dan merangkumi segala intipati yang terkandung dalam tema yang diketengahkan.


GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).
1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

Tuesday, May 05, 2015

Bila jiwa tenang....

Selasa 5 Mei 2015

Asalamulaikum kepada semua pengunjung blog ni...tetiba aje rasa nak bercerita di sini setelah sekian lama menyepi...salah satu sebab semua assigment telah disubmit dan sem ni sem terakhir admin...jadi rasenya nak hidupkan semula blog ni dan nak asah minda semula...moga tuhan permudahkan segala usaha murni ni....ye lah bila jiwa kita tenang dan yakin pada kemampuan kita sendiri kita rasa dunia ni kita yang punya...Menghabiskan sisa-sisa hidup ni...kita perlu tenang...berfikiran positif...memaafkan segala kesalahan orang lain pada kita...tentu jiwa yang sebelum ini tegang akan tenang kembali...

Aktiviti sekolah cukup padat semenjak dua menjak ni...paling hampir kanival rakyat bersama YB Bukit Besi...idea gila-gila dari presiden kelab guru dan kakitangan selama 3 hari 3 malam...bukan kerja yang senang tetapi semangat,komitment yang tinggi...kerjasama dari rakan sejawat adalah kunci yang paling penting...walaupun tidak sunyi dari sok sek dari  mereka yang tidak senang dengan program yang dirancang setidak mungkin usaha ke arah kebaikan di persetujui ramai dan mendapat mandat dari Guru Besar...rasanya tidak sabar untuk menempuh suasana yang gemilang itu...

Nantilah akan diupload gambar yang berkaitan sebagai evident kepada suasana tersebut.... 

kata-kata yang cukup meruntun hati...