Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, February 03, 2013

Kongsi info...makanan ibu mengandung...

Ahad 3 Jan. 2013

Salam Ahad untuk semua...terbaca satu artikal yang menarik untuk dikongsi bersama oleh bakal-bakal ibu, , yang bercita-cita menjadi ibu atau yang baru masuk alam  manopouse..hehehe maaf ya gurau je..tentang pemakanan ibu semasa hamil....rasanya info kesihatan dan amalan pemakanan kita seharian menjadi titik tolak dalam menentukan zuriat kita berada di landasan yang mendapat berkat dan rahmat dari Allah...Justeru pada mereka yang tidak mengandung pun boleh mendapatkan produk ini untuk menjamin kita sihat sepanjang hayat...ajal maut di tangan Allah...

Makanan janin dihasilkan dari darah ibu. Sehingga, apapun yang dimakan dan diminum ibu akan sampai ke janin. Diriwayakan dari Syaidina Ali kw, "Allah SWT telah memerangkap darah di perut ibu, sehingga menjadi makanan bagi anak."

Juga diriwayatkan dari Imam As-Shadiq, "Apapun yang dimakan, diminum dan dihirup ibu selama masa kehamilan, Allah SWT juga memberikannya kepada anak."

Oleh sebab itu, sebagaimana di saat mengandung, sangatlah penting bagi ibu untuk memperhatikan makanan yang dimakannya. ada kaitan ke tidak dengan makanan haram, diriwayatkan, "Pengaruh dari penghasilan haram akan tampak pada keturunan seseorang."

Juga ada diriwayatkan bahawa, "Semua dosa itu berbahaya, dan yang paling berbahaya adalah darah dan daging yang tumbuh dari makanan haram."

Kerana itu, dianjurkan untuk memakan makanan yang halal serta berkhasiat, antaranya ialah mimyak zaitun.


1. Minyak zaitun

Ibu hamil sebaiknya digalakan meminum  minyak zaitun, kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan livernya. Manfaat ini juga akan dinikmati anak di dalam kandungan.

[Pemilihan minyak zaitun amat penting, hendaknya ianya dihasilkan oleh orang Islam sendiri dan sebaik-baiknya hendaklah datangnya dari bumi yang diberkati iaitu bumi Palestine di sekitar Ramallah].

2. Delima

a. Sangat dianjurkan untuk dimakan sebelum sarapan pada hari Jumaat.

b. Menjadikan anak baik (berbudi luhur).

c. Sangat baik untuk mengatasi mual, anemia, sakit kuning, sakit persendian, tekanan darah tidak normal, dan wasir.

d. Siapa saja yang mengonsumsi satu biji buah delima, maka hatinya akan dipenuhi cahaya dan syaitan tidak akan membisikinya selama 40 hari.


3. Kurma

a. Berdasarkan riwayat, makanan dan ubat terbaik bagi ibu hamil adalah buah kurma.

b. Diriwayatkan oleh Saidina Ali kw, "Tidak ada makanan bagi ibu hamil yang lebih baik dari kurma segar."

c. Diriwayatkan dari Rasulullah saw, "Bagi ibu hamil, terutama saat melahirkan, makanan terbaik adalah kurma. Kerana, Allah SWT telah bersumpah dengan keagungan dan kemuliaannya (kurma). Jika seorang wanita memakan rotub (salah satu jenis kurma segar) pada masa itu, maka anaknya - samada lelaki ataupun perempuan - akan menjadi seorang yang penyabar."

Tiramisu kek...paling diminati!

Ahad 3 Jan. 2013

Salam untuk semua....seperti biasa bila baca tajuk entry di atas...tak abis-abis dengan tiramisu ni...punyalah kek yang mendapat tempat di hati peminatnya...kita yang tukang buatnya tiada masalah pun...buat je seperti biasa...dah orang tempah kek ni...malas nak cerita panjang2 sekadar nak simpan pic ini sebagai koleksi kek saje...Terima kasih pada yang mengorder cikgu Nora n Cikgu Rohimah...lain kali buleh repeat order...
 


Friday, February 01, 2013

Naik gred tanpa temuduga...dialu-alukan!

Jumaat 1 Feb 2013

Guru cemerlang berijazah dilantik terus DG41 mulai tahun 2013 

Seremban: Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temuduga mulai tahun 2013
Kumpulan itu yang memperoleh ijazah melalui pengajian separuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ) boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP untuk dikecualikan daripada ditemuduga. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan SPP itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan kumpulan pendidik di negara ini.

Cepat proses kenaikan pangkat

“Langkah ini dibuat bagi mempercepatkan proses kenaikan gred kerana mereka terbukti cemerlang,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi SPP, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SPP turut mengecualikan temu duga bagi pelantikan guru baru yang cemerlang dalam akademik dan ikhtisas dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi (IPT).
Katanya, SPP mula mengenal pasti calon terbabit ketika pemilihan awal bakal guru.
Sehubungan itu, katanya semakan semula sistem pelajaran dan organisasi IPGM dan IPT perlu dibuat bagi melahirkan warga pendidik berkualiti dan cemerlang.

 Catatan : setuju sangat cadangan di atas, sebagai penambaikan kepada memartabatkan profession keguruan sejajar dengan hasrat kerajaan memperluaskan guru2 yang tidak berijazah memperolehi ijazah seramai mungkin. Justeru,sampai masanya kementerian melihat situasi ini sebagai plafform baru kepada guru untuk menambahkan ilmu serta meningkatkan keupyaan mereka belajar sepanjang hayat dan tiada halangan untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi atas profesion yang sama.

Renungan Jumaat...mutiara kata!

Jumaat1 Feb.2013

Salam Jumaat...moga dirahmati dan diberkati dalam apa jua bidang yang diceburi...rahmat Allah ni cukup banyak diberikan kepada kita tanpa kita sedari...tapi kita mudah lupa sering bersangka buruk kepadaNYA jika sesuatu yang kita hajati tidak kesampaian...mulalah menyalahkan takdir...begitu begini...mempersoalkan ketidakadilan itu...kenapa orang lain dapat aku tak dapat...bermonolog sendiri...jauhilah sifat-sifat yang melemahkan hati...was-was semua tu alunan syaitan yang tidak pernah sunyi berdampingan dengan kita...so  terbaca kata-kata indah dari FB seorang sahabat...caring is sharing....

Yang mmbuat kita kuat adalah doa,
buat kita dewasa adalah masalah,
buat kita maju adalah usaha keras,
buat kita hancur adalah mudah putus asa.
buat kita bersemangat adalah impian
yang membuat kita jadi lebih baik adalah 'Sahabat'
 

Tuesday, January 29, 2013

Tiramisu lagi...!

Selasa 29 Jan.2013

Salam Selasa untuk semua....seperti biasa bila baca tajuk entry di atas...tiramisu masih mendapat tempat sebagai kek yang paling digemari oleh peminatnya.....so saje nak selitkan pic sebagai koleksi kek yang sempat disnap sebelum diambik oleh empunya diri...Terima kasih banyak2 pada yang sudi  mengorder....kalu ada sedikit kekurangan tu maaf ya...



Monday, January 28, 2013

Empat Tanda hidup Tak Berkat...

Isnin 28 Jan 2013

Salam Isnin untuk semua....baru aje pasang stremmix balik...sebelum ni try pakai maxis boardband...rupa-rupanya dia ada limit masa kita pakai bila cukup mb dia dengan sendiri intenet jadi slow macam kura-kura...hishishis...tulah yang blog dok update sebab masalah tadilah...kita tidak persoal bayaran yang dikenekan mahal atau tidak... padan patutlah dengan perkhidmatan yang diberi..kalau takad 1mb dengan 4 PC yang guna memang bangatlah...so tukar pada 4mb tengok macam mana kelajuan intenet kita...masalah Telekom pun ada dauble standard dalam hal ni...malas nak cite panjang2..sape yang alami sendiri dengan telekom bila berurusan dengannya tahu lah....

So entry awal maghrib...terbaca satu artikal...rasanya cukup terkesan dalam FB seorang kawan...rasanya kita boleh check list diri kita lepas baca artikal ni...

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT
Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

Wednesday, January 23, 2013

Dialog dua hantu..!

Khamis 23 Jan.2013.

Salam khamis untuk semua....saje nak selitkan cerita hantu humor sebab nak kurangkan stress n tension..tiada kene mengena samada yang masih hidup atau yang telah pergi...so bacalah ya...

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.