Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah...1434H

Rabu 14 Nov. 2012

Salam Maal Hijrah...moga dirahmati...Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1]


Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Sunday, November 11, 2012

Tiramisu...sedap!

Sabtu 10 Nov.2012

Salam Sabtu untuk semua moga dilimpahi dengan keberkatan dan dikurnikan kesihatan yang baik...posting lewat malam....setelah duk godek assigment semantik...punyalah payah nak buat analisi komponen makna...bila siap baru rasa dunia ni ana yang punya...cara relise tension..semestinya membuat kek dan sewaktu dengannya...terapi paling berkesan...tengah marah sekali pun...sejuk hati bila sebut pasal kek hehehehe...

Setelah sekian lama cuba dapatkan biskut tiramisu atau lady finger ni...br sekarang berkesempatan melihat secara dekat dan merasanya...kalau kita biskut ni tawar aje...macam biskut balak..tapi siaz dia macam jari lady gitu...cantik..abstrak je tu...omputih ni kalau cop dia mmg lebih2 skit...mana dapat? beli kat KL..suruh si Azyan carikan....nak harapkan di sini mmg tak dapat punya...biskut ni khas untuk buat tiramisu je...godek dalam peti ais...masih ada lagi whipping cream n chesse tatura...yang kebetulan beli untuk buat chesse cake ari raya puasa...sampai skrg tak jadi-jadi....so bagai orang mengantuk disorongkan bantal....semua brg yang dikehendaki ada...


Kata si Azeem...aiskrim ni lain dari yang lain...aiskrim pulok dilabelnya...sbb rasanya mmg sedap macam makan ais krim ditambah dengan biskut oreo yang dipatah-patahkan sebagai deko dia atas...sekali rasa pasti hendak lg...biarkan dalam peti ais seketika sbb dia beku skit dan rasa sejuk2 gitu...anyway berbaloi menikmatinya....

Thursday, November 08, 2012

Yahoo...Selamat Bercuti!


Khamis 8 Nov.2012

Salam Khamis untuk semua...moga dirahmati....Hari terakhir di sekolah....pejam celik sampai juga penghujung persekolahan...rutin yang sama setiap tahun...siap apa yang perlu terutama buku rekod mengajar....passpot cikgu katakan...nilaian prestasi terletak di situ...kemas library...masuk stok buku...cuti panjang lah katakan....kata GB masa taklimat akhir...cuti cikgu tahun ni 52 hari...dan pihak sekolah berhak memanggil cikgu dalam cuti...so jangan off h/set masing2..kahakahkah....

Maka jadual kehadiran ke sekolah diedarkan  dgn tarikh skli start 23 Dis..hingga 31 Dis...aktiviti panitia,in house tranning  dan pelbagai lagi....bila tilik... fening....cikgu yg bertukar mesti datang lagi masa mesy.guru sbb tarikh pertukaran anda 1 jan.2013...bukan aku kata...GB kata..hehehe...so tahniah ustazah Haslina n Ust. Zaharawadi....kerna anda dapat bertukar dari 12 orang yang memohon hanya anda berdua bernasib baik...oppp...pertukaran masih ada lagi sehingga 31/12...jadi peluang tu masih terbuka...

Bila sebut pasal cuti ni....ramai yg cemburu kepada golongan cikgu sbb? cuti bergaji...tenang fikiran,rilek minda....yang penting boleh mengemas apa yg patut di rumah....ttp yang belajar tu..exam menanti di penghujung Disember ni....jadi dok bercuti manelah jawabnya....tanya pd hubby destinasi percutian kali ni...katanya ikut mood n kewangan....bila anak2 besor2 ni...kita tidak merancang mane...sebab masing2 ada tanggungjawab sendiri....apa2 pun rehatkan minda...tenangkan fikiran...tarik nafas panjang....hilangkan serabut n stress...Selamat Bercuti!!!!...

Tuesday, November 06, 2012

Suara hati...

Selasa 6 Dis.2012

Salam untuk semua moga dirahmati. Malas betulah nak update blog...terbiar begini sampai naik lalang...jenguk tu jenguk...tapi taida kuasa n upaya untuk mencatat sesuatu di sini...biasalah ujung tahun....rasanya cukup banyak tempahan kek n puding yang dibuat...tapi satu keping foto dok sempat nok snap....tadi buatkan puding karemal,puding jagung n puding mamble untuk jamuan tahun 6...bila teringat nak ambik gambar....semua puding tu dah licin micing.huhuhuhu...terkilan sungguh!

Hari anugerah cemerlang selesai dengan jayanya....stage masterlah katakan ...kene buat laporan ni...sbb ada org nak tengok kerja buat kita menjadi ke tidak...huhuhuhu..sampai begitu sekali kecaknaan dio org pasal kita....ni bukan kerja seorg  tetapi team worklah...semua guru profesional...dia org tahu tugas n bidang masing2...sampai masa ok je... Thanks a lot pada saing2 yg banyak membantu.....dia org ni bukan br posting...don't judge the book by it cover...

Rasa terkilan lagi...pasal dok leh tuko...sedih yang amat sgt...sebab? kepuasaan bekerja di sini sudah abis gas....suara pok pet....tiada kebebasan meluahkan pendapat n so on.....so jalan terbaik bertukar sekolah cuba di tempat baru...suasana baru....segala-galanya baru....tapi masa masih ada....Insyaallah jika kesungguhan itu ada....kita mampu mengubahnya.....

Menunggu sesuatu yang tidak pasti...terasa menunggu buah yg mmg tak akan gugur jika tidak dijolok kuat-kuat....membahagiakan hati dengan kata-kata positif sesuatu yg luarbiasa......pujuk hati....akan tiba saat tu...tapi bila?



Wednesday, October 31, 2012

Laptop...ada yang terkilan!

Salam Selasa untuk semua...moga dirahmati....terkadang kita ni terlalu mengharapkan sesuatu yang bukan rezeki kita dan menyalahkan kepada orang lain disebabkan kita tidak dapat sesuatu...penyakit zaman moden dan kita hilang pertimbangan sehinggakan butir bicara kita menyinggung perasaan orang lain...di masa yang sama kita lupa ramai yang mendengar cakap sombong kita...cakap siang pandang-pandang....

Entry awal malam selepas sehari suntuk menghadirkan diri di stadium sempena majlis penyerahan laptop percuma kepada semua guru tahun 5. dianggarkan seramai 2 ribu menerima pemberiaan laptop tersebut daripada MB Terengganu .Thank you MB sebab anda prihatin dan faham sebenarnya laptop merupakan kemudahan memudahkan P@P dijalankan yg amat....walaupun sebahagian dari guru2 tersebut sudah memiliki laptop tersebut dengan dana yang dikeluarkan sendiri...ni namanya rezeki yang tidak disangka2....rezeki dari Allah yang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kita adalah salah seorang yang menerima...Thank u Allah...


Berbalik pada topik yang ingin dicanangkan...ada yang terkilan pasal mereka yang mengajar tahun 5 tidak dapat tetapi orang yang mengajar tahun1 yang dapat....siapa yang patut dipesalahkan? pengurus sekolahlah yang bertanggungjawab....sebab dia org tidak check pun dalam data emis maklumat guru yang mengajar tahun 5 tu betul ke salah.....harapkan pada guru data 100%....guru data pula main tangkap maut aje...ada dia kisah cikgu tu ngajar tahnu 5 ke tidak...main letaknya untuk penuhkan ruang...inilah bahananya ....bila pegawai di JPN ingin senarai guru mestilah merujuk kepada data emis...dah kalau maklumat di situ salah...maka jangan salahkan guru tahun 1 jika mereka dapat laptop tersebut....

So...pengurusan sekolah mesti peka masalah ini dan cubalah sekali sekala..check data tersebut kerana itulah adalah tanggungjawab anda memastikan kesahihan data tersebut supaya masalah tidak puas hati guru-guru tidak berbangkit dan pemberiaan tersebut sampai ke sasaran yang dikehendaki....skrg dunia ICT...maklumat guru2 dihujung jari aje...tidak timbul soal sekolah yang mencalonkan nama guru2 tersebut...sebenarnya kepincangan itu sendiri berlaku di sekolah....



Monday, October 29, 2012

Qurban Sana Sini...

Assalamualaikum  n   Salam sejahtera....moga kita dilimpahi dengan rezeki yang tidak disangka2...berkat doa harian kita...yang penting ikhlas dalam pergaulan dan pertuturan kita...dok usah putar belit fakta n sengaja mereka cerita...

Ok entry hari ini...selepas sibuk memanjang dengan tugasan sekolah dicampur lagi dengan assigment yang dok pernah surut...tambah lagi sambut Hari Raya Qurban...banyak perkara yang terpaksa disettle dengan cepat...sebenarnya nak cakap pasal hari Raya Qurban...banyok bebenor makan daging percuma....ada yang hantar daging mentah...tak kurang yang dimasak lauk...pendek cite seminggu ni asik makan daging lembu je...kata seorang teman...daging qurban ni berkat... Insyaallah dok naik darah pun janji kita makan mengikut sunnah tidak berlebih2 tetapi acap kali....

So....mewahnya kita..semacam berlumba-lumba pulok dia org buat qurban ni...ya lah masjid ni 30 ekor..surau tu 15 ekor lembu ditumbangkan... meriahnya suasana...kata orang sepakat membawa berkat...apa yang pasti...agihan tu sepatutnya sampai kepada golongan sasar...jangan pulak yang kaya raya dan berkemapuan memiliki agihan tersebut paling banyak....fadilat qurban itu seharusnya dihayati....hinggakan lembu2 yang tumbang tu sebesar anak kuda pun ada....

Saturday, October 20, 2012

Lucu..mungkin juga!


Sabtu 20 okt.2012

Salam Sabtu untuk semua...moga dirahamti...blogwalking di blog saing2 terjumpa enty ini,,,lucu n ada kebenarannya...sebab kita juga ke arah situ juga..jika umur panjang...

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil,sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.

Si isteri bersuara, “Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.” Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu….abang selalu cium saya.” Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pastu sambung tidur balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….” Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, “Abang nak gi maner tu?” Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi …!” Oleh itu..hendaklah kita menjaga kesihatan gigi dan jangan asyik cabut gigi…nanti tak leh gigit…hihi haha..Jangan Marah...