Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, October 17, 2012

Kerja oh kerja...bertambah!

Rabu 17 Okt.2012

Salam Rabu...moga dirahmati...kembali berentry lagi..walau pun banyak kontrovesi yang bertimpa2..dalam masa yang sama jadi bahan lawak pada kita pasal stage master....pergilah kat mana2 pun tulah perkataan yang diucapkan....huhuhuhu...nilah padahnya bila perkara-perkara yang dok pernah dibuat...kita nak buat...

So...posting ketika ini...setelah dibebani kerja assigment yang gila2...kerja sekolah yang tidak pernah habis lebih2 lagi hujung tahun begini...boleh naik darah kita bila disenaraihitamkan....semua nak cepat...petang tadi tambah satu kerja kem membaca 1 malaysia pada 22 hingga 25 oktober ini...minta GPM siapkan program dan pelancarannya...dokumentasi mesti dihantar sebagai avident kerja itu kita buat di sekolah...kene tempah banting....buatkan kertas kerja.. lantik AJK..pasal nak lantik AJK nilah masalah skit...sbb dlm takwim kurang AJK...kene cari yang sekaki punya n senang buat kerja.. .program mesti berjalan seperti yang diarahkan....so..kepala pun naik pusing...kertas pekse belum habis lagi disemak...sijik nilam,sijil pengawas pustaka,belun diprint lagi....penyelesaian terbaik pencen awal....

Monday, October 15, 2012

Ingatan pada diri sendiri....

Isnin 15 Okt.2012

Salam Isnin untuk semua pengunjung....moga paparan dan sektsa dari taburan kata-kata sebagai luahan dari hati nurani yang merasakan bahawa segala apa yang tersurat dan tersirat mesti diluahkan agar segala bebanan dan tekanan itu menjadi semakin menips dan kita kembali dalam suasana yang tenang....ibarat kata tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesainya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah itu...

Terkadang...dalam perjalanan merentasi  yang satu, berbagai dugaan yang menimpa...meratah keimanan kita satu persatu...kekadang rasanya tak mampu....kadang-kadang mahu mengalah...tetapi bila difikirkan di sana ada kebahagiaan hakiki kita teruskan... dan kesabaran itu menguji ketabahan seseorang...setiap kesabaran yang disusuli dengan keiklasan dan menjanjikan ganajran yang lumyan di akirat kelak.Justeru Allah tidak  memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas,sedangkan ikhlas itu rahsia Allah..

So...dalam konteks kehidupan kita...berlapang dada adalah sebaik-baik amalan dan setidak-tidaknya perilaku,kata-kata, mencerminkan diri kita berada di mana...matang atau tidak...cerdik ke bermasalah..setiap persepsi tentang kita dihalusi untuk mencari titiktolak bahawa kita senang dibawa bicara atau seorang hipokrit dalam setiap perbualan dan pergaulan....

Sunday, October 14, 2012

Terusik..seketika!

Ahad 14 Okt.2012

Salam Sejahtera. Moga dirahmati....sekadar luahan  dan  cerminan tafsiran dari sudut hati kecil ini...,rasanya bila hati kita berdetik sememangnya ianya ditujukan kepada kita....berdendam...ingin menguji atau sengaja sakitkan hati...atau sememangnya kita suka pekenakan  orang atas alasan saje untuk menduga hatinya...atau melihat tahap kesabaran kita dan menguji kita setakat mana kebolehan kita atau sengaja mencari pasal.... tidak pun memang dia tu busuk hati ....ni persoalan yang timbul sejak habis mesyaurat tadi...tapi kenapa n mengapa?

Justeru, setiap manusia dilahirkan ada kekuatan dan kelemahannya....so jangan membanggakan dirinya dan dalam masa yang sama kita ugut dia....jika perjalanan majlis itu tidak perfect...... jangan bermain dengan api..nanti diri kita yang akan terbakar...kerana sape kita di kalangan kita2 yang ada... jawatan itu bukan penentu segala2 kehendak kita tercapai...dan semua kata kita mesti diikut...


Friday, October 12, 2012

Aku...hanya wanita biasa..

Jumaat 12 Okt.2012

Salam Jumaat untuk semua...moga dirahmati....terkadang terucap juga kata-kata...aku seorang wanita biasa yang tiada apa-apa..sekadar setinta minda...sekeping hati dan sedikit luahan...maka di helaian ini bertaburlah setiap kata dari hati  nurani...cuma sepatah tetapi cukup mematahkan hati di luar sana...tertarik bila terbaca ungkapan di bawah....blogwalking terjumpa sisipan ini yang cukup bermakna untuk dikongsi bersama-sama...

Aku Yang  Kau Kahwini Adalah Wanita Biasa
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku hingga akhir hayat...
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.
Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..
Kepadamu yang  memilihku...
Aku tak sebijak bunda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Tuesday, October 09, 2012

Proses Pengajaran dan Pembelajaran berkesan...

Selasa 9 Okt.2012

Salam Selasa untuk semua....moga dirahmati.. tetiba aje rasa nak lari topik skit kali ni. Tajuk yang akan dibincangkan ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah.

Definisi : pengajaran  yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan sesuai untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Berikut adalah antara yang boleh difikirkan sesuai yang boleh digunakan oleh guru:
  • Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Fikirkan pelbagai strategi P@P.
  • Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.
  • Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.
  • Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
  • Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.
  • Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid.
  • Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas dan teratur.
  • Gunakan BBM yang menarik perhatian murid.
  • Laksanakan aktiviti yang mampu merangsang miant murid.
  • variasikan aktiviti bagi mengekalkan mood murid untuk belajar.
  • kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuklah pujian.
  • Beri peluang kepada murid untuk mengemukan pendapat dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.
Selamat mencuba tips di atas sebagai panduan untuk guru dalam mengendalikan P@P cikgu supaya nampak hidup dan memberi kepuasan kepada murid dan guru sendiri.

Monday, October 08, 2012

Cikgu oh cikgu....

Isnin 8 Okt.2012

Salam untuk semua...moga dirahamti..sejak dua menjak ni malas betul nak berentry..gara2 assigment yang menimbun ni...2 markah je..tajuk berjela-jela..rasanya semester ni betul2 mencabar minda n semangat....apa tidaknya dengan forum yg banyak..kerja sekolah lagi..yang duk pening ganti kelas org yag paling byk...setiap hari hampir 10 orang tidak ada di sekolah campur yang beranak tiada pengganti yang ambik cuti awal lagi...belum lagi yang kursus KSSR.... yg dipanggil adhoc pun ada....baik tutup je sekolah tu...

Minggu depan start pekse akhir tahun...pendek kata sebelum cuti..cikgu-cikgi ni macam kucing hilang anak...semua kerja dia nak buat...patutlah ramai sangat yang pencen awal.....belum lagi key in data secara online...dengan tenetnya dok rok...byk sgt sekarang ni cikgu terpaksa online....kalau kurang mahir komputer memang bermaslah...asyik2 hilang password...

Masa rasanya makin cepat...sedar2 dah abis seminggu....datang minggu baru...kita duk takuk tu lagi..harap2 minggu depan segala perancangan dapat dibuat....

Tuesday, October 02, 2012

Scout Inn Resort Negeri Terengganu....

Selasa 2 Okt.2012

Salam untuk semua.Semoga dirahmati. Lama tidak berentry di sini sehinggakan dashboard siupdatekan dengan yang baru. ...lebih-lebih lagi dengan tekanan kerja.....banyak sangat perkara yang bertentangan dengan pendapat n cara sejak berlaku pertukaran di bahagian pengurusan sekolah.....

So...posting malam ni...saje nak promte Kem pengakap or in english Scout Inn Resort Negeri Terengganu.... yang terletak di Seberang Takir...yang julung2 kali berkesempatan berkunjung ke sana...tu pun kerana sekolah my hubby yang berkhemah di situ...maka kita tumpang sekaki...rasanya ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kem pengakap ni....yang terletak berhampiran dengan pantai dan dekat dengan lapangan terbang Telaga Batin....

Pertama kali menjejakkan kaki di situ....terpegun sekejap...kata seseorang... sebenarnya kem ni telah banyak mengalami perubahan sejak perhimpunan pengakap sedunia....kawasan yang luas mata memandang....semua dalam proses menaiktaraf...yang paling best tempat penginapannya dibangunkan ala-ala hotel gitu...bilik yang disewa lengkapi segala kemudahan...dengan harga sewanya serendah RM80 untuk bilik superior dan bilik deluxe RM120 semalaman....jika sesiapa yang memiliki kad ahli pengakap rasanya ada diskaun untuk bilik2 tersebut.

Penginapan ini dibuka kepada semua pengunjung yang rasa ingin menginap di sini...sebab deretan biliknya cukup banyak....dorm juga disediakan untuk rombongan dan para peserta khusus...dewan serba guna yang luas serta kantin juga disediakan...jangan bimbang di luar kawasan kem banyak terdapat deretan kedai makan menyajikan pelbagai makanan mengikut selera Terengganu.... kalau nak tahu kedudukan kem dengan lebih jelas....goggle map akan memberi jawapannya....