Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, October 09, 2012

Proses Pengajaran dan Pembelajaran berkesan...

Selasa 9 Okt.2012

Salam Selasa untuk semua....moga dirahmati.. tetiba aje rasa nak lari topik skit kali ni. Tajuk yang akan dibincangkan ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah.

Definisi : pengajaran  yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan sesuai untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Berikut adalah antara yang boleh difikirkan sesuai yang boleh digunakan oleh guru:
  • Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Fikirkan pelbagai strategi P@P.
  • Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid.
  • Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid.
  • Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
  • Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif.
  • Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid.
  • Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas dan teratur.
  • Gunakan BBM yang menarik perhatian murid.
  • Laksanakan aktiviti yang mampu merangsang miant murid.
  • variasikan aktiviti bagi mengekalkan mood murid untuk belajar.
  • kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuklah pujian.
  • Beri peluang kepada murid untuk mengemukan pendapat dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.
Selamat mencuba tips di atas sebagai panduan untuk guru dalam mengendalikan P@P cikgu supaya nampak hidup dan memberi kepuasan kepada murid dan guru sendiri.

Monday, October 08, 2012

Cikgu oh cikgu....

Isnin 8 Okt.2012

Salam untuk semua...moga dirahamti..sejak dua menjak ni malas betul nak berentry..gara2 assigment yang menimbun ni...2 markah je..tajuk berjela-jela..rasanya semester ni betul2 mencabar minda n semangat....apa tidaknya dengan forum yg banyak..kerja sekolah lagi..yang duk pening ganti kelas org yag paling byk...setiap hari hampir 10 orang tidak ada di sekolah campur yang beranak tiada pengganti yang ambik cuti awal lagi...belum lagi yang kursus KSSR.... yg dipanggil adhoc pun ada....baik tutup je sekolah tu...

Minggu depan start pekse akhir tahun...pendek kata sebelum cuti..cikgu-cikgi ni macam kucing hilang anak...semua kerja dia nak buat...patutlah ramai sangat yang pencen awal.....belum lagi key in data secara online...dengan tenetnya dok rok...byk sgt sekarang ni cikgu terpaksa online....kalau kurang mahir komputer memang bermaslah...asyik2 hilang password...

Masa rasanya makin cepat...sedar2 dah abis seminggu....datang minggu baru...kita duk takuk tu lagi..harap2 minggu depan segala perancangan dapat dibuat....

Tuesday, October 02, 2012

Scout Inn Resort Negeri Terengganu....

Selasa 2 Okt.2012

Salam untuk semua.Semoga dirahmati. Lama tidak berentry di sini sehinggakan dashboard siupdatekan dengan yang baru. ...lebih-lebih lagi dengan tekanan kerja.....banyak sangat perkara yang bertentangan dengan pendapat n cara sejak berlaku pertukaran di bahagian pengurusan sekolah.....

So...posting malam ni...saje nak promte Kem pengakap or in english Scout Inn Resort Negeri Terengganu.... yang terletak di Seberang Takir...yang julung2 kali berkesempatan berkunjung ke sana...tu pun kerana sekolah my hubby yang berkhemah di situ...maka kita tumpang sekaki...rasanya ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kem pengakap ni....yang terletak berhampiran dengan pantai dan dekat dengan lapangan terbang Telaga Batin....

Pertama kali menjejakkan kaki di situ....terpegun sekejap...kata seseorang... sebenarnya kem ni telah banyak mengalami perubahan sejak perhimpunan pengakap sedunia....kawasan yang luas mata memandang....semua dalam proses menaiktaraf...yang paling best tempat penginapannya dibangunkan ala-ala hotel gitu...bilik yang disewa lengkapi segala kemudahan...dengan harga sewanya serendah RM80 untuk bilik superior dan bilik deluxe RM120 semalaman....jika sesiapa yang memiliki kad ahli pengakap rasanya ada diskaun untuk bilik2 tersebut.

Penginapan ini dibuka kepada semua pengunjung yang rasa ingin menginap di sini...sebab deretan biliknya cukup banyak....dorm juga disediakan untuk rombongan dan para peserta khusus...dewan serba guna yang luas serta kantin juga disediakan...jangan bimbang di luar kawasan kem banyak terdapat deretan kedai makan menyajikan pelbagai makanan mengikut selera Terengganu.... kalau nak tahu kedudukan kem dengan lebih jelas....goggle map akan memberi jawapannya....







Thursday, September 27, 2012

Tahniah...Lantikan DG41...

Khamis 27 Sept. 2012

Salam Khamis untuk semua..moga kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...Insyaallah..jua yang terlebih rezeki tu sedekahlah kepada mereka yang memerlukannya....moga rezeki yang berkat yang kita perolehi berpanjangan...

posting petang ni...setelah seminggu duk melatih bebudak untuk sukan sekolah dengan pelbagai kerenah...dalam masa yang sama ramai juga di kalangan kami yang terpaksa menghadiri kursus....apa-apa pun redah aje....sebab saya yang menurut perintah....tinggal dulu aktiviti sekolah yang tidak pernah habis ni

Rasa bangga n teruja bila terpapar nama saing2 dalam unit sekolah rendah yang berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti dan dilantik ke jawatan DG41 walaupun bertahun2 menunggu lantikan itu...berkat kesabaran mereka akhirnya hari yang dinanti2 tiba juga....untuk mendapatkan segulung ijazah bukan satu perkara yang senang...hanya mereka yang betul2 sabar, tahan diuji dan yang betul2 komited aje yang mampu bertahan. So tahniah n syabas anda mampu mengubah diri anda setanding dengan mereka yang sudah menikmatinya.....

Maka...semangat untuk belajar dan belajar berkobar-kobar...kalau mereka mampu kita juga tekad ingin neneruskan perjuangan itu...InsyaAllah....

Saturday, September 22, 2012

Semester baru...bermula

Sabtu 22 Sept.1012


Salam Sabtu dan selamat beristirehat kepada semua.....minggu yang paling meletihkan dalam hidup....kursus GPM selama 4 hari dengan jadual kursus yang padat serta ada sesi pembentangan...hari jumaat n Sabtu ke kuala Terengganu lagi menghadiri kelas toturial UPSI untuk sem ke 3...dari pagi hingga petang...terpaksa attend sebab kelas yang pertama biasanya pensyarah akan memberi isi-isi penting untuk menyiapkan asssigment.....redah aje...dalam badan yang letih dan mata yang mengantuk...

Untuk kertas KRB 3013 dapat tutor dari maktab perguruan Sultan Mizan yg juga jiran sebelah rumah...tetapi telah berpindah ke Gong Badak...memenuhi tuntutan kerjaya sebagai pensyarah....banyak input yang diberikan sebab beliau memang opsyen kelas  pra sekolah n murid-murid berkeperluan khas..

Dua hari di sini...kepala udah naik serabut...sebab? bertimbun2 assigment menanti n menanti dengan soalan soalan forum yang bertali arus...rasanya tak terkejar tuntutan kerja yang melambak dengan tugasan kerja di sekolah lagi....so buat slow2 n sehabis baik....make sure assigment dihantar mengikut tarikh yg ditetapkan...janji semua tugasan dapat disiapkan....pada kekawan tu yang ada idea untuk siapkan assigment boleh share info yang berguna kepada kitaorg...

Thursday, September 20, 2012

Hari Akhir GPM berkursus....


Khamis 20 Sept. 2012

Salam Khamis untuk semua pengunjung blog....semoga hari ini menjanjikan seribu ketenangan untuk kita dan dapat sama-sama menyiapkan tugasan dan settle semua urusan dunia...gitule kira-kiranya...

Akhirnya...setelah 4 hari berkursus maka...hari ini hari terakhir di BTPNTRG....suasana tempat yang menarik n damai...pendek kata dapat rehat minda....apa tidaknya dengan jadual kursus yang padat serta semangat yang tinggi dari peserta segala-galanya berjalan lancar....dan hari ini untuk sesi terakhir...kami diminta membentangkan dapatan dan kerja kursus yang sempat disiapkan dalam masa yang terhad...moga perkongsian ilmu ini mampu menggarapkan sesuatu yang berguna kepada kami dan sekolah...Insyaallah...

Kenangan yang paling indah...dapat mengeratkan silaturahim di kalangan kami...ternyata kami golongan pendidik ini sehati sejiwa dalam memberi pendapat serta memahami tugas dan bidang masing-masing....apa yang pasti bertambahlah kenalan kita dalam dairi kehidupan....moga kita akan bertemu lagi di lain kursus.....

Tuesday, September 18, 2012

Kursus pengurusan GPM Terengganu...

Selasa 18 Sept 2012

Salam Selasa dan Salam Sejahtera untuk semua...moga dirahmati....bila blogwalking blog saing2 nampak sangat dia orang macam cool je dalam berentry....tiada respond jauh sekali dari bertanya khabar.....mungkin sibuk or sedang merancang sesuatu...sunyi kejap dunia blogger...

Entry petang ni....masih aura berkursus guru perpustakaan dan media negeri Terengganu yang diadakan di Pusat Sumber Teknologi Kuala Terengganu di Marang selama 4 hari bermula 17 sept. sehingga 20 sept. 2012....Hari ni masuk hari ke 2 kami berkursus...banyak info n panduan yang berguna dapat dikutip selama 2 hari ini....nak kata boring tu...defend pada penerimaan masing2...kalau rasa itu ilmu dapatkan sebanyak mungkin...kalau rasa buang masa baik quit awal-awal.....

Disediakan asrama yang bertaraf hotel dengan dewan makan juga seakan hotel dengan hiasan yang menarik dan suasana yang tenang serta redup membangkitkan semangat untuk berkursus...suasananya telah banyak berubah dengan landskap yang menarik...mungkin pihak pengurusan yang cekap membentuk situasi begini berbanding dengan 10 tahun yang lepas....

Jadual kursus yang padat tetapi berbaloi kepada GPM yang masih memerlukan panduan dan tunjukajar dalam mengendalikan pengurusan PSS di sekolah masing2 bila pulang nanti.....InsyaAllah....