Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, April 12, 2010

Sejenak di Negeri Kedah

Isnin 12 April 2010

Salam......bertandang kembali mengulit tinta dan pena mencoretkan sesuatu setelah sekian lama menyepi atas kekangan masa dan kerja yang berlambak-lambak....Justeru mendapat tahu anak saudara yang terbabit dalam kemalangan menyesakkan fikiran memikirkan keadaan dirinya yang koma hampir 5 hari...terkejut dan terkedu bila menerima perkabaran itu...yalah dengan situasi sekarang kadar kemalangan yang sentiasa meningkat.....malang tidak berbau kita beringat orang lain yg cuai...betullah udah tersurat tapi perkara itu boleh dielakkan jika pengguna jalan raya mematuhi peraturannya.....

Apa yang pasti...anak-anak remaja sekarang menjadikan jalan raya sebagai medan mempamerkan aksi2 yang tidak patut dipertonton semata-mata memenuhi naluri dan sifat ingin menjadi jagooan di jalanan......nyawa belakang kira kerana katanya kematian itu pasti.....cantik punya bahasa yang diorang guna......

Berbalik pada Si Izzudin ni laluan yg digunakan pada malam kejadian itu sudah menjadi hafalan dalam fikirannya kerana dia tahu dimana ada ada lubang,batu serta keadaan jalan rayanya....yalah bila sikap pengguna itu tidak berwaspada kita yang menjadi mangsa menjadikan persimpangan sebagai tempat berhenti tetapi tidak berhenti lalu bertembunglah dia orang dengor cerita yang langgarnya hanya patah tangan seorang cina....si Izuddin ini melibatkan pendarahan dalam otak tulah yang menyebabkan dia koma dan tidak dapat mengingati apa yang berlaku terpaksa recall berulang kali untuk dapatkan kepastian apa yang dicakapnya.....

Menurut doktor...keadaannya mungkin mengambil masa selama sebulan untuk dipulihkan sepenuhnya itu pun segala syarat dipatuhi kalau tidak akan melemahkan pemikirannya jika tidak rangsangkan sebaik mungkin...yalah perkara yang hendak berlaku terpaksa dilalui walaupun siibu bergenang air mata melihat keadaannya.....makanan tidak boleh di makan hanya disalurkan susu melalui hidungnya sahaja.....bila tersedar aje dia mula merabut segala wayar yang terlekat pada badannya.....pendekkata udah seminggu kakak ku bercuti semata-mata memastikan perkara itu tidak berulang.....

Planing asal kami akan tinggal di kedah selama dua hari.....aku mula bercuti dengan hubby pada hari khamis....tut..tut dapat tahu hari Sabtu terpaksa ganti sekolah sempena cuti raya....semua program yg dirancang terpaksa diubah last minit....hanya kami berempat aje yang pergi.....perjalanan yang jauh mengambil masa 8 jam melalui lebuh raya Gerik amat memenatkan dengan jalannya yang bengkang-bengkok...tulah sebabnya Kakak yang berada di sana akan pulang ke Dungun pada hari raya aje....itu pun terpaksa bergilir dengan hubby memandu kereta...yalah dia ni cepat mengantuk bila perjalanan jauh.....kami bertolak pada pukul 5.30 pagi dan sampai di Hopital Sultan Abdul Halim jam 1.30 Tengah hari.....Hospital yang cantik dengan landskapnya serta mempunyai peralatan yang canggih......yalah hospital baru.....

Bercakap pasal Hospital Sultan Abdul Halim ni aku teruja melihat sampai dan melihat persekitaran yang cukup menarik dengan ruang legar dan ruang menunggunya yang selesa...yang paling menarik kafenya ala hotel....bersih selesa dan bercirikan mesra pengguna menggamit suasana yang santai dan bersahaja....tak lupa bebeapa keping gambar sempat dirakamkan sebagai bukti mengiakan keterangan ini.....dan kami menjamu selera di sini dan memuji servisnya standard hotel.....Esoknya sarapan juga di sini sebelum mengucapkan selamat jalan pada kakak dan HSAH....sempat hubby berseloroh lain kali kalau bertandanglah ke kedah kafe ini akan dijadikan tempat untuk menjamu selera.....

Pada Izuddin...Allah amat penyayang dan pangasih kerana masih memanjanglan usia kita dan selepas pada ni sentiasa ingatkanNYA dan mengucapkan syukur bahawa kita mampu menghirup udara lagi di muka bumi ini...jadilah peristiwa ini sebagai pengajaran kerana Allah hendak menguji kita sejauh mana kesabaran dan keimanan kita bila berlaku musibah begini.....bila kita diuji kaum keluarga kita juga diuji dengan menjaga kita sebaik mungkin.....siapa yang menjaga kita...tentulah ibu kita yang tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa berjaga setiap malam supaya kita cepat sembuh.....Oleh itu ingatlah jasa beliau......

pelbagai kuih-muih yang dipamerkan

Suasana santai dan bersih

roti bakar juga ada dijual....

Yummy..aiskerim...

Izuddin.....

Bergambar di kaunter pertanyaan

kakak,ibu tercinta adik n penulis

landskrap yang cantik

hubby....bergaya

No comments: