Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, September 30, 2010

Cantik....adakah anda cantik?

Khamis 30 Sept 2010

Salam.....selamat berposting lagi....kali ni...cantik n cantik....suatu istilah yang orang suka dengar dan pertahankan kecantikannya walau dalam apa keadaan sekali pun...terutama kaum hawa...yang merasakan kecantikan itu milik peribadi dan abadi dalam hidup mereka...tanpa kecantikan mereka merasakan suramnya kehidupan ni....betul ke......????

Apa pun kecantikan itu adalah antara perkara subjektif yang sukar ditentukan kriterianya.Namun,ramai yang berpendapat.......bahawa keluhuran hati mampu menaikan seri wajah........rupa paras hanya bonus tetapi yang mahu dikenalpasti ialah ciri luaran dan dalaman seseorang.....

So.....kecantikan itu bukan terletak hanya pada paras rupa yang indah....tetapi meliputi tutur kata dan tingkah laku yang sopan kerana ia merupakan cerminan hati.....tanyalah pada sesiapa pun cantik itu hanya diilihat pada paras rupa for first impression.....apa pun setiap orang mempunyai penilaian tersendiri dalam menilai kecantikan seseorang berdasarkan pengamatan serta pengalaman dalam pergaulan.....

Wednesday, September 29, 2010

Surat Tunjuk Sebab...

Rabu 29 Sept 2010

Salam.....posting kali ni...surat tunjuk sebab pasal tidak menghadiri majlis man said nok bagi pen drive pd cikgu cikgi...yang begangnya surat tu siap tunjuk akta sekian2 ni...para penjawat awam mesti menghadiri setiap perjumpaan yg diarahkan.....bunyi surat tu lah....GB siap buat perjumpaan pada mereka yg tidak menghadiri majlis tersebut....

Ok cikgu buat surat tunjuk sbb ketidakhadiran cikgu...format yg sama...alasan yang berlainan....bagi aku perjumpaan politik ni....saje nok suruh cikgu tunjuk taat setia pada kerajaan sbb depa dah beri macam2 pd guru.....dan guru2 kene ucap terima kasih atas jasa dan keprihatinan tu...tak gitu...Maka berjela-jela alasan yg diberikan...entah apa2...ikutkan hati malas nok layan perkara remeh temeh begini...bila GB kata buat aje...bukan dia baca pun...sekadar memenuhi tuntutan....cian pulok ke GB..buat ajelah...cite le apa yang patut...


NI...dilemma guru saban tahun... lg PRU 13 nanti...macam2 dia mahu cikgu tunjuk taat setia.....cikgu lagi...

Thursday, September 23, 2010

Biskut Raya

Khamis 23 Sept 2010

Salam....posting kali ni...biskut raya...walaupun udah 14 hari syawal berlalu(kalu dok silap) tapi biskut raya nilah yang menjadi identiti umahku bila menjelang raya....rasanya tidak meriah kalu biskut2 ni tidak dihidangkan dan dibuat....udah menjadi tradisi tiap tahun...membuat biskut raya menjadi rutin yang berpanjangan...tetap n berpencen...apa tidaknya dengan harga biskut yang mahal di pasaran...rasanya tidak berbaloi jika dibeli...memandangkan sianak2 ini memang gemar makan biskut yang dibuat sendiri....

Apa pun...mereka sendiri yang membuatnya....si Azmir dengan biskut sarang semutnya....mmg dia yang buat....katanya sedap n rangup....si Azyan dengan biskut conflaksnya....dua adunan dibuatnya habis dimakan sebelum raya....last skali...simpan di tempat selamat br dapat dinikmati pada hari raya.....

Nasib baik tahun ni cuti penggal bersambung dgn cuti raya...jadi masa untuk membuat biskut2 ini begitu panjang dan boleh mencuba pelbagai hidangan yang lain...apa2 pun sifat membazir itu bukan agendanya.....apa yang penting semua tu udah habis dimakan....

Kek yang paling banyak tempahan ialah kek coklat moist....semua suka dan inginkan resepinya...alahai beli aje dengan amber bukannya mahal sangat....dok payah buat apa...bukan senang pun kalu org mmg malas untuk mencari bahan-bahannya....bukannya apa nak dapatkan coklat bar aje berebut2 sampai stok pun habis nasib baik kak Zi(kedai kek dekat trafic light tu) baik tolong bagi yg stok dia simpan untuk customer yg baik aje....tak gitu kak zi...terima kasih byk2 dapat selesaikan masalah....

Anyway tengoklah gambar2 dibawah ni yg sempat dirakamkan.....tapi yg paling kecewa kek gulung batik tidak sempat diambil....kek yang cantik....ni lihatlah sempat copy n paste aje tapi rupa dia lebih kurang beginilah....nanti nok post yg amber punya...insyallah....


foto ni dr blog cik mat..maaf ya en mat pinjam foto...

gambar dr blog mat gebu juga...pinjam je..

.


Monday, September 20, 2010

Selamat Menduduki UPSR

Isnin 20 Sept 2010

Salam....posting kali ini...UPSR menjelma kembali pada 21 hingga 23 sept....seperti tahun2 lepas....walaupun thn ni tak mengajar subjek teras tapi penglibatan itu adalah walaupun tidak diitiraf....apa pun semangat pada bebudak tu penting supaya kejayaan pada tahun lepas berulang pada tahun ni...

Apa pun pada hemat dan pandangan mata kasarku bebudak ni dok macam bebudak tahun lepas...bersemangat dan besedia tahu.. apa misi dan visi yang ingin dicapai...berdikari dan lebih byk berusaha sendiri...bebudak tahu ni asyik nok enjoy...berfacebook lagi...tidak matang..banyak bermain...dok tahulah masa menjawab kan dia org ok...bila result keluar di luar jangkaan...

Semua keputusan boleh diubah....yg kurang bersinar pun...akan mendapat keputusan yg ok bila result keluar...macam2 IMalaysia ini boleh buat...Apa pun Selamat Menduduki UPSR...

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya...





Isnin 13 sept 2010

Salam....berposting kembali setelah sebulan menyepi diri...sibuk memanjang dgn aktiviti ramadhan n Hari Raya...tidak sempat update blog.....Raya ke 4 baru still cool n enjoy sikit pasal dpt menziarah kawan2 dan jiran tetangga...saat yang paling ceria dan mulia dapat bersalam dan bermaaf-maafan...apa tidaknya duduk sebelah menyebelah tapi setahun baru bertegu sape.....sibuknya kita dengan urusan dunia....

Hari Raya ni khas untuk bebudak je...kita yang tua ni tumpang sekaki aje.....anak-anak sekarang bukan macam kita dulu ramai2 jalan-jalan tapi sekarang masing2 suka lepak depan tv aje selebihnya mengadap komputer....

Apa pun raya tetap raya...suasana yg dinantikan saban tahun....dan kita merayakan seperti tahun2 sebelumnya.....Ok....Selamat Hari Raya maaf zahir dan Batin kepada semua kekawan. sanak saudara...mereka yang kukenali....semoga kita dilimpahi kerahmatan dan kesejateraan berpanjangan...amalan kunjung mengunjungi tetap berjalan seperti biasa kerana budaya kita memag mesra alam dan menjadi tuntutan agama...mengeratkan siturahim sesama kita....hingga jumpa lagi..wassalam...


Friday, August 20, 2010

Betul ke....


Jumaat 20 Ogos 2010

Salam...Selamat menjalani ibadat puasa...moga2 puasa tahun ni dalam satu pakej yang lengkap....solat terawaih, berzikir, bacaan al-Quran dan pada malamnya bangun Qiamullai serta mengerjakan ibadat sunat yang lain....Fadilat bulan ramadhan ni cukup banyak...yang paling menyentuh perasaan bulan memohon keampunan serta memohon apa saja dalam setiap doa yang kita panjatkan....Insyallah apa yang terhajat di hati dimakbulkan...

Posting kali ni....mengutip kata-kata bersahaja dari blog sesorang....betul ke....atau andaian dari penulis atau memang sudah dialaminya.....pendek kata ada kebenarannya pada sebahagiannya kerana kita adalah manusia yang cepat lupa serta mudah berputus asa....Hayati kata-katanya dan ambil iktibar...moga kita bukan dalam golongan itu....

Apa pendapat mereka-mereka yang dah kawin? Betul ke tak ayat-ayat cinta nie?

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha



Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer








Sunday, August 08, 2010

Wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan?



Ahad 8 Ogos 2010

Salam…posting kali ini wajahkah UPSR dan PMR dimansuhkan? Walaupun kita bukan panel pemikir atau salah seorang panel meja bulat…..setidak2nya kita rasa terpanggil untuk memberikan pendapat sebab kita salah seorang terlibat dlm pendidikan dalam jangkamasa yang lama….kata orang terlebih dahulu merasai bahawa garam itu masin…air laut pun masin….dalam persoalan ini pro dan kontra mesti diutamakan….mana yang seimbang….

Pro pada seorang guru

1. Bebanan kerja guru dengan sendiri akan berkurangan dan guru tidak mengalami stress untuk mencapai target dari guru besar.

2. Guru sekadar mengajar seperti biasa tanpa ada kekangan dan tekanan dari semua pihak…baik dari ibu bapa.guru besar ,ppd dan JPN.

3. Guru bebas mengajar sukatan matapelajaran masing2 dan bebas mengolah sendiri kerana contentnya mungkin tidak menjurus kea rah peperiksaan.

4. Kurang analisa data yang terpaksa dibuat dan berfikir bagaimana meningkatkan prestasi murid2 jika prestasi yang tidak membrangsangkan.

5. Banyak aktiviti yang menarik dapat dirancang dan dilaksanakan kerana cikgu bebas mengajar dalam apa jua keadaan sekali pun.(pada guru yg rajinlah)

Kontra pada seorang guru.

1. Guru merasakan UPSR penting kerana murid2 ada visi dan misi dan tahu arah tujuan selama 6 tahun belajar.

2. Kita dapat mengetahui sejauh manakah keberkesanan kita mengajar kerana UPSR sebagai kayu pengukur kewajaran seorang guru itu.

3. Guru akan lebih komited pada tugas dan matlamatnya untuk melihat anak didik mereka mampu memperolehi keputusan cemerlang dan boleh dibanggakan samaada pada pihak sekolah dan ibu bapa sendiri.

4. Kita sebenarnya dapat melihat keberkesana pengajaran dan pembelajaran kita bila sesorang murid itu focus pada peperiksaan kerana boleh menilai kemampuan mereka dalam menjawab soalan.

5. Murid lebih berdisiplin dan rasa ingin mencapai kejayaan itu mendahului sifat malas mereka serta tekanan dari pihak sekolah dan ibu bapa murid itu sendiri.

6. Latihah yang berkala dan bersistematik mampu menjadikan murid itu seorang bijak dan berwibawa dalam situasi murid itu sendiri.

7. Kesungguhan dan rasa tanggungjawab guru itu sendiri terserlah apabila kita terlibat sama memastikan kejayaan itu milik bersama dan dihargai.

Pro pada murid

1. Murid2 belajar dalam situasi ingin belajar dan ada visi dan misi yang ingin dicapai.

2. Kurang budaya membuang masa di sekolah atau di rumah bila mereka ada matlamat yang ingin dicapai.

3. Persaingan dalam mencapai keputusan yang cemerlang menuntut murid2 belajar bersungguh2.

4. Ibu bapa tidak merasa ragu-ragu tentang prestasi anak-anak mereka kerana guru akan mengajar bersungguh2 untuk menaikkan nama sekolah dan murid2 itu sendiri.

Kontra pada murid.

1. Hanya murid yang pandai yg akan mandapat keuntungan dari oriented exam ni. Manakala murid yang lemah terbeban kerana kemampuan pemikiran mereka tidak sama dengan murid excellent.

2. Murid2 akan belajar dalam suasana yang terpaksa semata-mata menghabiskan sukatan.

3. Kurang penglibatan dari aspek berkomunikasi,berbahas serta tidak menonjolnya murid tersebut dalam sebarang aktiviti sekolah kerana sekolah menjurus kea rah akademik semata.

4. Guru mengajar tidak akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan hanya menggunakan talk dan pen dalam P@P.

5. Murid2 lemah akan ketinggalan begitu saja kerana mereka yang menjadi mangsa pada keadaan begitu.

6. Murid tiada indicator dalam menilai prestasi mereka secara ilmiah. Budaya tenang dan santai akan menjadi pegangan mereka.

Sebenarnyanya banyak faktor2 pro dan kontranya jika diperdebatkan secara ilmiah dan terancang…..kesimpulannya pada aku….aku still UPSR n PMR dikekalkan tetapi mesti ada penambaikan serta hala tuju pada bebudak ni berdasarkan pendapat di atas….Justeru sikap kerajaan mesti memperkasakan system pendidikan dan tidak meletakkan jurang yang ketara antara sekolah Bandar dan luar Bandar……selebihnya kurangkan politik dalam system pendidikan dan jangan memangsakan bebudak ni dengan system yang mengikut kepentingan individu….kerana anak-anak ini bakal memimpin di masa depan dengan acuan yang kita buat sendiri….pada para pembaca sila komen dan beri pendapat anda bagi memeriahkan perdebatan ini dalam konteks pemikiran kita sebagai guru,ibu bapa dan orang perseorangan yang ingin melahirkan kecemerlangan pendidikan dan dalam masa yang sama nilai2 agama tidak disampingkan…..sekian wassalam