Renungan...

Followers

nuffnang

Sunday, August 08, 2010

Wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan?



Ahad 8 Ogos 2010

Salam…posting kali ini wajahkah UPSR dan PMR dimansuhkan? Walaupun kita bukan panel pemikir atau salah seorang panel meja bulat…..setidak2nya kita rasa terpanggil untuk memberikan pendapat sebab kita salah seorang terlibat dlm pendidikan dalam jangkamasa yang lama….kata orang terlebih dahulu merasai bahawa garam itu masin…air laut pun masin….dalam persoalan ini pro dan kontra mesti diutamakan….mana yang seimbang….

Pro pada seorang guru

1. Bebanan kerja guru dengan sendiri akan berkurangan dan guru tidak mengalami stress untuk mencapai target dari guru besar.

2. Guru sekadar mengajar seperti biasa tanpa ada kekangan dan tekanan dari semua pihak…baik dari ibu bapa.guru besar ,ppd dan JPN.

3. Guru bebas mengajar sukatan matapelajaran masing2 dan bebas mengolah sendiri kerana contentnya mungkin tidak menjurus kea rah peperiksaan.

4. Kurang analisa data yang terpaksa dibuat dan berfikir bagaimana meningkatkan prestasi murid2 jika prestasi yang tidak membrangsangkan.

5. Banyak aktiviti yang menarik dapat dirancang dan dilaksanakan kerana cikgu bebas mengajar dalam apa jua keadaan sekali pun.(pada guru yg rajinlah)

Kontra pada seorang guru.

1. Guru merasakan UPSR penting kerana murid2 ada visi dan misi dan tahu arah tujuan selama 6 tahun belajar.

2. Kita dapat mengetahui sejauh manakah keberkesanan kita mengajar kerana UPSR sebagai kayu pengukur kewajaran seorang guru itu.

3. Guru akan lebih komited pada tugas dan matlamatnya untuk melihat anak didik mereka mampu memperolehi keputusan cemerlang dan boleh dibanggakan samaada pada pihak sekolah dan ibu bapa sendiri.

4. Kita sebenarnya dapat melihat keberkesana pengajaran dan pembelajaran kita bila sesorang murid itu focus pada peperiksaan kerana boleh menilai kemampuan mereka dalam menjawab soalan.

5. Murid lebih berdisiplin dan rasa ingin mencapai kejayaan itu mendahului sifat malas mereka serta tekanan dari pihak sekolah dan ibu bapa murid itu sendiri.

6. Latihah yang berkala dan bersistematik mampu menjadikan murid itu seorang bijak dan berwibawa dalam situasi murid itu sendiri.

7. Kesungguhan dan rasa tanggungjawab guru itu sendiri terserlah apabila kita terlibat sama memastikan kejayaan itu milik bersama dan dihargai.

Pro pada murid

1. Murid2 belajar dalam situasi ingin belajar dan ada visi dan misi yang ingin dicapai.

2. Kurang budaya membuang masa di sekolah atau di rumah bila mereka ada matlamat yang ingin dicapai.

3. Persaingan dalam mencapai keputusan yang cemerlang menuntut murid2 belajar bersungguh2.

4. Ibu bapa tidak merasa ragu-ragu tentang prestasi anak-anak mereka kerana guru akan mengajar bersungguh2 untuk menaikkan nama sekolah dan murid2 itu sendiri.

Kontra pada murid.

1. Hanya murid yang pandai yg akan mandapat keuntungan dari oriented exam ni. Manakala murid yang lemah terbeban kerana kemampuan pemikiran mereka tidak sama dengan murid excellent.

2. Murid2 akan belajar dalam suasana yang terpaksa semata-mata menghabiskan sukatan.

3. Kurang penglibatan dari aspek berkomunikasi,berbahas serta tidak menonjolnya murid tersebut dalam sebarang aktiviti sekolah kerana sekolah menjurus kea rah akademik semata.

4. Guru mengajar tidak akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan hanya menggunakan talk dan pen dalam P@P.

5. Murid2 lemah akan ketinggalan begitu saja kerana mereka yang menjadi mangsa pada keadaan begitu.

6. Murid tiada indicator dalam menilai prestasi mereka secara ilmiah. Budaya tenang dan santai akan menjadi pegangan mereka.

Sebenarnyanya banyak faktor2 pro dan kontranya jika diperdebatkan secara ilmiah dan terancang…..kesimpulannya pada aku….aku still UPSR n PMR dikekalkan tetapi mesti ada penambaikan serta hala tuju pada bebudak ni berdasarkan pendapat di atas….Justeru sikap kerajaan mesti memperkasakan system pendidikan dan tidak meletakkan jurang yang ketara antara sekolah Bandar dan luar Bandar……selebihnya kurangkan politik dalam system pendidikan dan jangan memangsakan bebudak ni dengan system yang mengikut kepentingan individu….kerana anak-anak ini bakal memimpin di masa depan dengan acuan yang kita buat sendiri….pada para pembaca sila komen dan beri pendapat anda bagi memeriahkan perdebatan ini dalam konteks pemikiran kita sebagai guru,ibu bapa dan orang perseorangan yang ingin melahirkan kecemerlangan pendidikan dan dalam masa yang sama nilai2 agama tidak disampingkan…..sekian wassalam


2 comments:

Anonymous said...

setuju jika UPSR dan PMR dimansuhkan tetapi sistem penilaian itu haruslah diganti dengan suatu sistem yang lebih baik dan yg tidak membebankan guru dan murid.Sistem yg dirancang mestilah meliputi kokurikulum,akdemik dan sahsiah murid.Istem baru ni biarlah menjurus minat dan kemampuan murid itu sendiri.

Mira Adira said...

UPSR dan PMR tidak wajar dihapuskan memandangkan kedua2 peperiksaan awam itu sebagai indicator dalam menilai pencapaian murid dalam kerja buat mereka selama ini.Jika dimansuhkan pastikan satu penilaian yang menjurus kearah ciri-ciri memertabat sistem pendidikan supaya ketrampilan murid2 terserlah baik dari segi akademik, sahsiah, kokurikulumnya dan menajdikan mereka golongan tahan lasak dan mampu mengolah sesuatu perkara dengan kritis dan kreatif.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...