Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, August 17, 2013

warna-warna Aidilfitri...dalam kenangan!

batch spm 1982...dalam kenangan

shamsiah

shaifuddin dan azizi

shamsi

roslina n zailida...kalau bercakap dok tahu sape dulu hehehe...

kamarbanu...

pahlova sebagai dessert yang paling femes...

antara kek yang sempat diberikan kepada mereka yang.......

masih seperti dulu...20 tahun kemudian...montel

kunjungan yang tidak pernah jemu bertandang...

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya...maaf zahir batin!

Sabtu 10 Ogos 2013

Salam Syawal untuk semua...moga keringan menyambut bulan kemenangan ini di sambut dengan kesederhanan dan kesyukuran bahawa bulan Ramadhan yang berlalu pergi banyak memberi keinsafan dan kita beroleh keberkatan yang tak hingga nilainya...berharap dapat bertemu lagi  dengan Ramadhan pada tahun hadapan dengan semangat dan iltizam yang baru...Insyaallah..

Rasanya masih dalam aura raya walaupun hari ini kita menyambut raya ke 3....masih berbaki untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada rakan taulan,sahabat FB, kerabat blogger,sanak saudara..anak-anak dan hubby semoga ikatan ukhuwah yang terjalin berpanjangan dan redha Allah sentiasa berdenyut dalam ruang nafas kita...dilimpahi dengan keamanan dan semangat kunjung mengunjung serta tangan dihulur salam bersambut kita lupakan sekejap sengketa yang masih segar itu...agar kemaafan itu menjadi titik tolak dalam meneruskan perhubungan....

Kepada mereka yang berkunjung tu...alhamudulliah kedatangan kalian semua di teratak ini membawa kerahmatan kepada kami sekeluarga....meski hidangan tidak menepati selera..tetapi kita mampu tersenyum menghirup syahdunya Syawal dalam ingatan kita kepada yang telah tiada...terutamanya pada ayah dan kedua-dua adik yang terlebih dahulu menyahut seruan ilahi...dalam usia yang muda...Alfatihah untuk mereka bertiga...iringan doa dan yassin mengiringi kalian tika sempat...menyentuh lembutnya pepasir di pusara mereka...foto-foto yang sempat dirakamkan akan menyusul kemudian...Insyaallah!


Tuesday, August 06, 2013

Biskut Mazola...

Selasa 6 Ogos 2013

Salam Ramadhan untuk semua moga ibadat puasa kita kali ini mendapat keberkatan sepanjang Ramadhan ...dua hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal...ari yang ditunggu oleh semua orang...meski rasa terkilan kerana sekejap aje rasanya bersama Ramadhan...bulan madrasah yan dihimpunkan segala rahmat dan keberkatan....InsyaAllah dipanjangkan usia kita akan bertemu lagi Ramadhan untuk tahun depan...

Entry pepagi ni setelah siap duk buat tat gulung nanas...sebelum tu..nak promote biskut mazola resepi turun temurun dari dulu...rasanya resepi lama tentu  ada ummmp tersendiri...dan soheh bila kita buatnya memang menjadi...tak adalah yang kembang2 biskutnya..gerenti cantik,sedap dan mendapat tempat di hati penggemarnya...sebenarnya kita boleh pelbagai bentuknya...supaya nampak cantik dan membuka selera bila melihatnya...tambah assesori skit cantiknya akan terserlah....yang penting mesti rajin dan adun biskut tu mesti dengan kasih sayang...berkat!

So untuk tidak menghampakan peminta biskut ni...disertakan resepimya...kita ni main campak2 je...sukatan pun main cawan lagi...apa-apa pun cuba lah..

Biskut Mazola Cantik

1 cawan marjerin
3/4 cawan minyak jagung
2 biji kuning telur
3 cawan gandum
1 cawan tepung jagung
1st esen vanila
pewarna-jika suka
kacang untuk diletakkan...jika suka

Cara
1. Pukul telur dan marjerin hingga sekata.
2.Masukkan telur pukul lagi.
3. Masukkan esen vanila.kacau lagi
4. Masukkan tepung kastad,tepung gandum adun sekata.
5. Jika masih lembik masukkan sedikit gandum lagi jgn terlalu banyak...biskut ni tektur dia memang lembik skit.
6. Bentuklah dengan pelbagai acuan yang disukai.

So...dah siap..senang je..makan pun senang hehehe..cuba n error biskut ni memang menjadi punya bukan macam kek yang banyak sangat songehnya..

lebihan putih telur bolehlah dibuat pahlova......sedap!

kita warnakan adunan ni ...tak lah warna marjerin je setiap biskut...








Saturday, August 03, 2013

Biskut Badam Rangup...

Sabtu 3 Ogos 2013

Salam Ramadhan untuk semua....moga ibadah puasa kita kali ini mendapat ganjaran dan pahala yang berlipat kali ganda dengan amalan sunat yang tidak terbatas dilakukan...kejap je masa berlalu kita menghampiri penghujung Ramadhan....sayu aje hati sebab belum tentu Ramadhan tahun depan kita dapat bersama lagi.....aura raya di sana sini...sepanjang jalan deretan kereta yang awal-awal lagi memenuhi jalan raya....bersesuaian dengan cuti sekolah dan cuti raya...bermakna raya tahun ini dapat menikmatinya sepuas-puasnya...

Seperti tajuk entry di atas...kesempatan yang digunakan sepenuhnya utk menyiapkan biskut badam rangup yg menjadi biskut fevberet seisi keluarga....tahun ni tukar resepi cuba buat resepi dari intenet... rasa sedap...tapi yang kurang cantiknya biskut menjadi kembang dan tidak cantik...tapi rasa sedap dan rangup....hishishis...bila diletakkaan dalam balang nampak kembangnye...memang tidak puas hati....so semak resepi di bawah ini....resepi ini sebenarnya sudah dimodify ..... ikut selera sipembuatnya....

Biskut Badam Rangup

150gm mentega
120gm gula aising
100gm serbuk badam
100gm tepung gandum
50gm tepung kastad
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
sedikit badam slice untuk hiasan
kuning telur sebagai glace

cara
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukan kuning telur
3. kemudian masukkan esen vanila dan serbuk badam.kacau rata.
4. Masukkan kesemua tepung di atas. sebatikan
5. Tekat dengan acuan yang menjadi pilihan...

Selamat mencuba.... resepi yang senang dan rasa yang  sedap...sekurang-kurang boleh jimatkan kos berbelanja membeli kuih tunjuk...hasilnya homemade yang pasti kita dapat makan sepuas-puasnya....

sebelum diovenkan..cantik je...bila masak kembangnya kalahkan bunga ros pulak dah!


Tuesday, July 30, 2013

Raya Punya Pasal...!

Selasa 30 Julai 2013

Salam Ramadhan untuk semua...."sesiapa yang mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan-samalah seperti ia mengerjakan satu perintah  Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain"...

Suasana raya menguasai segala-galanya...lenyap seketika fadilat 10 malam terakhir yang Allah kurniakan ganjaran berlipat kali ganda dengan kehadiran malam Lailatul Qadar yang pahala beribadatnya menyamai 1000 bulan atau lebih 83 tahun...dengan dendangan lagu raya yang saban hari berkumandang....suasana di Bazar Ramadhan yang hitam dengan lautan manusianya...serta meriahnya shopping complek dengan kehadiran pengunjungnya....banyaknya duit rakyat Malaysia dalam soal berbelanja....budaya orang kita yang tidak pernah surut sejak dulu,kini n selama-lamanya...terlalu ghairah bila sambut raya...kata orang raya sakan...biar papa asal bergaya...

Begitu juga di sekolah...hingga sekarang masih tercari-cari cuti peristiwa yang boleh dipohon untuk Ahad ni 4 Ogos setelah mendapat green light dari PPD...sekolah yang mohon saje yang diluluskan...rasanya dari minggu lepas ambe cuba perjuangkan nasib cikgu2 ni agar dapat bercuti ari Ahad rase macam janggal pulok sekolah sehari aje sedangkan sekolah2 yang berhampiran semua bercuti...macam2 alasan diberikan pada gb agar keluhan dan rungutan dari cikgu2 didengari...apa yang penting guru besar...cuti dulu...baru kita fikir soal ganti ke tidak hehehehe...agar semua puas hati...so permohonan sudah dipanjangkan...mana2 program yang berlangsung pada 4 Ogos dikedepankan pada hari Khamis...siap ugut lagi cikgu2 ni...kalau nak cuti Ahad ni pastikan majlis khatam Al-Quran berjalan dengan sempurna dan meriah.....

Terkadang kita ni macam budak-budak juga bab2 cuti lebih2 lagi pasal nak sambut hari raya...excited  nok pulang ke kampung tu lebih2nya...walaupun tiap2 minggu balik kampung halaman....yang hangat n mendebarkan aura lagu raya tu sebenarnya yang mengubah suasana...kalau lagu raya tidak diputarkan,maka dia orang cool je...ni lagu raya mendayu-dayu melodinya.....ok entry sebelum raya pasal kuih raya pulak...tungguuuuuu!



Tuesday, July 23, 2013

Bingkisan Ramadhan...

Selasa 23 Julai 2013

Salam Ramadhan untuk semua....hari ini dah 14 hari kita menjalani ibadat puasa dengan berkat dan rahmah dari Allah jua...dalam suasana yang cukup selesa dan aman...Alhamdulliah,bersyukurlah kerana kita dipanjangkan usia untuk berada di bulan yang mulia ini dari awal hingga akhirnya...inilah anugerah istimewa dari Allah yang tiada tolok bandingnya kepada umat Nabi  Muhamad SAW..

Sambutlah dengan gembira dan lapang dada...bayangkan nikmat dan rahmat yang dicurahkan pada bulan ini cukup banyak...Nabi bersabda "awal rahmat,pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari azab neraka."...Semua orang yang beriman kepada Allah tertunggu -tunggu rahmat dan kasih sayang dari Allah....justeru dapatkannye dengan menyempurnakan ibadat puasa ke tahap yang paling cemerlang dan memperlbagaikan ibadat yang lain....Siangnya berpuasa,malamnya berterawih. Sabda Nabi lagi,"Sesiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharapkan keredaan Allah,Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu."...

"Sesiapa yang mendampingi diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan perkara-perkara kebajikan samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain.

Bacalah Al-Quran  hingga khatam kerana bulan ini adalah bulan Al-Quran
diturunkan.Pahalanya berganda-ganda...membaca satu ayat seperti mengkhatamkan sebuah Al-Quran dalam bulan yang lain. ..Besarnya nilaian Allah kepada pembacanya apatah lagi kalau difahami,diamalkan dan berjaya dihayati...caring is sharing....InsyaAllah untuk hari-hari yang mendatang akan dipostkan tazkirah yang lain pula sebagai peringatan dan renungan bersama...

Sunday, July 21, 2013

Tazkirah Ramadhan....

Ahad 21 Julai 2013


Salam Ramadhan untuk semua...moga puasa kita mendapat keberkatan dan rahmat Allah. Bulan Ramadhan bulan yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Dalam bulan Ramadhan juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam iaitu Malam Lailatul Qadar. Pada bulan Ramadhan ini umat Islam diwajibkan berpuasa dan disunatkan mengerjakan solat Terawih pada malamnya. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan di mana Al-Quran diturunkan.

Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan ialah:
1) Membaca dan bertadarus Al-Quran.
2) Menunaikan solat Tarawih.
3) Memberi sedekah.
4) Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
5) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.
 
Banyakkanlah melakukan amalan yang baik kerana pada bulan Ramadhan ini amalan kita akan dilipat gandakan. Di samping itu, bulan Ramadhan ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya....InsyaAllah