Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, March 10, 2012

Musim kenduri vs Cuti Sekolah...

Sabtu 10 Mac 2012

Salam ceria untuk semua....dan selamat bercuti kepada semua guru dan anak didik sekalian...manfaatlah cuti seminggu ini untuk aktiviti yang berfaedah...pada kaum guru selamat beristirehat dan makan angin kepada mereka yang gemar melancong...pada yang sayang kampung halaman...jagalah rumah kamu sebelum orang lain pecah masuk...

Posting kali ini....bila sebut pasal kenduri sememangnya sinonim dengan cuti sekolah...maka berderet2 lah kenduri dibuat....kalau hari ini saje terpaksa menghadiri 5 jemputan sekaligus...rumah yang paling akhir sekali kita orang pergi di rumah cikgu shamsuddin PPD bahagian sukan....hanya bersalam dengan tuan rumah sahaja....almaklum perut udah meragam..tidak mampu menanggung bebanan di luar jangkaan....

Setiap rumah yang dilawati...sememangnya cukup cantik dengan hiasan pelaminnya....kita sebenarnya berbalik pada orang dulu-dulu suka bersanding dan mempamerkan kecantikkan....semuanya nampak anggun n santun....kata orang sekali dalam seumur hidup...masa nilah semuanya nampak cantik....dengan ongkosnya sekali terbang....

Tidak lupa buah tangan sebagai cenderahati.....adanya diletakkan coklat dan tidak kurang juga yang menghadiahkan cupcakes.....tetapi tidak terjumpa sebiji telur diberikan seperti orang dulu-dulu...kita pun tidak berapa arif kenapa mesti diberi telur...mesti ada simboliknya di sebalik itu...sebenarnya adat tidak dilupakan....

Friday, March 09, 2012

Iklan solat yang tiada di Malaysia...

Jumaat 9 Mac 2012

Salam Jumaat untuk semua...moga kehadiran hari Jumaat banyak memberi keinsafan kepada kita bahawa segala-galanya akan bermula pada hari Jumaat.Matlamat hidup manusia adalah untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kebahagiaan itu pula akan dijamin datang apabila manusia mahu melaksanakan perintah dan suruhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Antara perintah dan suruhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang wajib ditunaikan ialah sembahyang. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya yang tafsirnya :

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia”.

(Surah Al-Mukminun: 1-3)



Thursday, March 08, 2012

SBPA....lawak ke apa?

Khamis 8 Mac 2012

Assalamulikum dan selamat petang......pecah berita hari ini...SBPA di batalkan dan balik ke skim asal SSM...Perjumpaan PM bersama penjawat awam menamatkan spekluasi yang berbulan-bulan untuk diselesaikan...sudahnya satu perkataan aje yang terkeluar dari mulut PM DIBATALkan noktah.

Punyalah lama untuk settle hal ini...rasanya dari asalnya sudah nampak ada sesuatu yang tidak kena semasa SBPA diperkenalkan....dengan gelojohnya pinta penjawat awam sign tanda setuju...skim yang tidak tahu hujung pangkal dengan begitu banyak ramalan yang dibuat oleh pak nujum yang tidak bertauliah mengenai stuktur gaji yang tidak begitu jelas n keliru....sudahnya masyarakat umumnya menerima bahana kesan dari kenaikan barang yang naik gila-gila sebab kakitangan awam akan memperolehi kenaikan sehingga 50%.

Persoalannya siapa yang merangka sifir gaji dan perubahan dalam skim perkhidmatan ini? yang menjadi kemuskilannya mereka yang berada di dalam cuepacs dan NUTP tidak dipanggil untuk merangka perubahan struktur gaji.....Adakah pihak PTD diberi kuasa dan kata putus sebagai penggubal dasar SBPA? dan kenaikan yang begitu tinggi ini dinikmati oleh golongan ini sahaja sehingga berkhidmat selamat 10 tahun dalam sektor kerajaan sudah mendapat gred DG48....mulus dan tulusnya mereka ini.

Bukalah laman cuepacs di sini dan nilai sendiri pendapat dan komen awam mengenai skim ini yang rata-ratanya mempersoalkan ketidakadilan ini. Justeru, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.Rasanya kalau dulu kerajaaan akur dengan saranan cuepacs menambaikkan sistem yang ada tentu penjawat awam tidak kalut seperti hari.Sebenarnya banyak pengajaran dan insiden yang boleh diambil dari skim cacamerba ini. Harapan kita moga penjawat awam tidak ditipu sekali lagi dan kita mohon ketelusan serta war-warkan kepada semua apa penambaikan yang dikatakan oleh PM itu menjadi kenyataan dan kita mendapat manfaat yang berterusan....

Wednesday, March 07, 2012

Kisah volkswagen Kuning...

Rabu 7 Mac 2012

Salam Rabu untuk semua dan selamat pagi...pagi yang cerah n mendamaikan .....dari tingkat kelasku menghijau pohon-pohon kelapa sawit....suasana tenang dan damai sekali..tu lah sebabnya sampai sekarang setelah tahun ke 6 mengajar di sini...hati berat untuk bertukar...payah untuk kita mencari kedamaian begini...dengan bebanan tugas yang tidak memaksa....guru-guru yang sudah jadi macam keluarga sendiri....adalah saki baki dua tiga orang tu yang "dok makan saman" tu abai kanlah..sebab sikap mereka yang lain dari yang lain tidak menjadi bahana pada kita.....

Entry kali ini...cerita seram tapi lucu...bila meneroka blog2 blogger yang lain... terjumpanya entrynya di sini . Banyak kisah-kisah yang menarik dan lucu.Inilah ceritanya tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Pada suatu malam, aku pandu kereta sorang-sorang di jalan yang sunyi berlanskapkan pokok-pokok kelapa sawit.Jalan ni memang terkenal dengan kisah seramnya.Sedang aku pandu dalam keadaan takut-takut berani, ada kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning datang potong kereta aku. Lega aku dibuatnya sebab ade jugak orang lalu.

2 minit selepas tu kereta yang sama potong. Seminit lepas tu kereta yang sama lagi. Dan 10 lagi kereta yang sama potong kereta aku. Aku mula rasa menggelabah dan takut.

Aku pecut kereta aku potong kereta Volkswagen tadi. Aku pecut lagi, nampak kereta yang sama. Aku potong dan pecut lagi. Sampai dekat 5 kereta yang sama aku potong. Aku hati aku berbisik “Matilaaa aku.. camana nak buat lagi ni..”

Tiba-tiba aku nampak cahaya seperti Funfair lebih kurang 500 meter. Aku mula rasa lega selega-leganya. Sampai disana aku nampak banyak kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning parking kat situ. Pastu aku nampak kat pintu gerbang “Volkswagen beetle Grand touring Classic” laaaaaaaaaaaaa…. Perlumbaan Volkswagen rupanyer. Chesssssss!!!


Monday, March 05, 2012

Wall Baru...



Isnin 5 Mac 2012

Salam Isnin untuk semua....moga di awal-awal tahun begini kita dilimpahi dengan nur keimanan.kesihatan yang baik, anak-anak yang taat dan mendengar kata, jua seorang suami yang faham hati nurani kita dalam melayari bahtera bersama dan memahami kita sebagai seorang yang berkerjaya dan punyai ego sendiri......

Oppp...tersasul bila cakap pasal ego sendiri....jangan ego dia aje yang kita kena jaga...ego kita juga wajar dipertahankan....entry kali ini..blog ku bertukar wajah...nampak ceria n elegant...kata seorang teman wall yang dulu nampak kusam,sedih dan tiada serinya lagi...lantas dengan penuh santun n manja minta si Dieyana tolong upgrade blog ni....maka nilah jadinya...sayang dayana muah....

Bercakap pasal blog ni...assigment sem ni kene juga buat satu lagi blog subjek yang kita mengajar...dalam tu mesti diceritakan apa yang diajar pada bebudak setiap hari...kalau boleh sertakan sekali Rancangan Pelajaran Harian....boring betul bila terlalu skema...jadi suke ke tidak kena buat jugak....terfikirlah juga pada kekawan yang tidak fasih berblog ni tentu naik darah bila lecture suruh buat macam ni......bertalu2 sms menerjah handphone minta ditunjukajarkan....kalau tinggal berdekatan bolehlah....nasihat teman...swasta saje pada mereka yang mahir..hulur sedikit ongkos semuanya beres kan.....

Saturday, March 03, 2012

Tutorial 1 Sem.2



Sabtu 3 Mac 2012

Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk semua...lama tidak mencatat sesuatu di sini..kesibukkan masa dan cepatnya masa berlalu mengalpakan segala-galanya..ditambah pula kalutnya hari pertama meneruskan pengajian di semester 2....

Posting terkini...tutorial pertama untuk semester 2....padat dan meletihkan minda n fizikal...seakan-akan banyaknya bebanan yang terpaksa dipikul dengan assigment yang datang mencurah-curah ditambah banyaknya kerja sekolah yang terpaksa disiapkan dalam waktu yang singkat ini....

Apabila melihat keputusan sem 1 rasanya berbaloi segala perit jerih..kekangan masa..keringat yang dicurah...semangat yang kental dan idea yang terpaksa dicurahkan menepati target dan harapan di hati...bermakna Allah makbulkan segala doa dan permintaan untuk lulus dengan cemerlang.....pastinya semangat dan ketahanan itu patut dipertahankan untuk meneruskan perjuangan ini supaya result yang akan datang mampu maintain sekurang-kurangnya.....

Terima kasih pada tutor dan pensyarah kerana kami semua faham akan segala kehendak dan hala tuju yang tuan inginkan...moga untuk sem akan datang dalam usia senja begini kami dibimbing sebaik mungkin dan dipermudahkan segala urusan supaya senang untuk kami menyiapkan tugasan yang diberi.....

Pada En. Khairuddin, Pn. Mazni.En. Zulkifli terimalah kami seada-adanya pada sem ini untuk menyiapkan tugasan kami. Walaupun tutorial pertama padat...tetapi ilmu yang dicurahkan mampu menjana pemikiran baru kepada kami...Terima Kasih daun keladi....

Monday, February 27, 2012

Semuanya..milikNYA...



Isnin 27 Feb 2012


Salam penuh syahdu untuk semua pengunjung blog ini sama ada yang mengenali atau tersesat di sini..sememangnya anda seorang yang hebat kerana berkunjung di sini...Jua dalam meniti hari-hari yang mendatang...terkadang kita alpa bahawa segala tuturkata dan bual bicara kita jangan terlalu lurus bendul..sebab apa yang ingin kita kabarkan dan tersirat di hati tidak di fahami segelintir dari kita...sudahnya orang yang ketiga akan tokoh tambah cerita......

Ok tinggal dulu pesanan di atas....kalau hati nurani kita ikhlas n jujur...jangan kisahkan bisik2 dari mereka itu...kerana kita tidak tahu...sejujur mana hatinya membawa message kita...sama ada untuk diperbetulkan atau penyedap cakap....tepuk dada tanya iman...

Meruntun hati membaca catatan dari seseorang....biarlah mereka itu kerana siapa kita untuk mempersoalkan segala-galanya...semuanya MILIKNYA......seseorang yang paling kita sayangi yang bersama kita saban waktu dan ketika adalah milik Allah.Kita cuma pinjam semata-mata....tetapi sedarilah bahawa segala-galanya Allah punya....Jadi bila semuanya Allah punya,maka DIA berhak buat segala-gala tanpa kita sedari...

Dia berhak beri cinta dan kasih sayang...DIA juga berhak tarik balik semua itu...Dan kita sewajarnya beringat bahawa apa yang kita rasa baik itu belum pasti menjanjikan terbaik untuk kita.... apa dirasakan aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya.....sentiasa berlapang dada bahawa apa yang Allah anugerahkan itu adalah paling sempurna untuk kita....dari sini kita belajar untuk redha...kerana seketika kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin,tetapi kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita....