Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, July 18, 2011

Bengang lagi.....

Isnin 18 Julai 2011

Salam ceria untuk semua.....tarik nafas dalam2...pejamkan mata seketika....lepas perlahan-lahan...dan kita rasa lega..tenang...yakin...hilang rasa nak marah.....dan segala-galanya kembali normal...ya ke????

Catatan kali ni...bengang dan kerdilnya kita bila disargah begitu rupa....atas dasar segala butir bicara dia betul dan semua orang patut mengianya....dan yang bengangnya bila jawapan yang diberikan mmg betul di pihak kita.... sombongnya dia bila berada di atas....dulu dia datang dari bawah...proses yang sama...tapi bila rezeki dia lebih skit...dan dia diangkat menjadi ketua maka aura dia yang sombong dengan sendiri terserlah......

Jatuh ke maruah kita bila anak buah terlebih pandai sikit dari kita....dan cubamempamerkan kelebihan yang ada serta apa yang diperkatakan itu memberi kelebihan pada dirinya....salah ke....kalau kita berlapang dada maka maruah kita jatuh berguling-guling ke.....dalam soal ni tidak timbul soal bodek membodek kerana kita tahu kemahiran yang kita ada...kita tidak cakap kosong...

Sekurang-kurangnya dengarlah dulu butir bicaranya...tanya secara teratur....biar kita abis bercakap..dengar pendapatnya serta pertimbangkan pertanyaannya.....bukannya terus menghukum dan mematikan moodnya.....angkuhnya dia....kesombongan kita tak akan ke mana...sampai satu masa kita rasa betapa keseorangannya kita dalam meniti usia senja menunggu panggilannya kerana orang akan ingat apa yang kita cakapkan dan orang tidak akan menghormati lagi kita...seperti mane masa kita memegang jawatan dulu....

Akhir kalam jadilah diri kita sebagai penyelesai masalah...berlapang dada....menganggap bila dilkemukakan masalah....ada penyelesaian....beri kata perangsang sebagai meredakan gelodak di hatinya....baru kita diingati sampai bila-bila....wassalam.....

Sunday, July 17, 2011

family Day SKFSR

Ahad 17 Julai 2011

Salam untuk semua....bersembang lagi kita ya....sekadar berkongsi cerita, luahan, pendapat, ktitik yang membina,cadangan.....apa2 yang patut demi memberi kebaikan pada semua pihak samada kita suka atau sebaliknya itulah hakikatnya.....

Posting kali ni...hari keluarga sk felda seri rasau yang selamat diadakan pada 16-17 julai 2011 di Suria Cherating Pahang.....rasanya program yang cukup berjaya dan menepati objektif serta kerjasama dari cikgu2 semua amat baik serta komited pd setiap aktiviti yang dirancang secara langsung atau sebaliknya....Apa2 pun jutaan terima kasih pada AJK program yang bertungkus lumus menyiapkan segala-galanya dari perancangan awal,sumbangan, susunan kerja, penginapan,bayaran, dinner, hadiah serta pelbagai lagi...yang kalau dihitung tidak akan berlaku jika kita seorang aje yang berfikir tanpa melibatkan idea2 serta cadangan dari AJK semua....

Pendek kata terpaksa menebal muka n suara untuk mendapatkan sponsor dari pelbagai agensi dan org perseorangan semata-mata untuk mengurangkan bayaran pengendalian...semuanya dilakukan dengan baik...pada si penyumbang tu terima kasih banyak kerana membantu...pada yang terlalu berkira tu...(dok tahu nok cakap apa).....
Ya..lah program seumpama ini memerlukan banyak kesabaran, rasa kecik hati pun ada, karenah yang pelbagai, sikap acuh tak acuh, menanguh keputusan, berdolak-dalih,gagal memberi keputusan semerta....nilah antara proses2 yang terpaksa dilalui dan meruntun kearah kebijaksanaan untuk handle dan settle masalah begini......kerana di antara kita bukan semuanya mampu menyelesaikan masalah...selebihnya banyak menimbulkan keraguan pada AJK program.....untuk menjayakan program yang melibatkan manusia serta wang yang terpaksa dikeluarkan.....belum lagi masalah untuk mendapatkan keselesaan serta kemudahan dan kadar bayaran yang paling minima dari hotel.....semuanya perlu diselesaikan secara win2 situsion...

Tahniah n syabas terutama AJK malam dinner yang teratur n tidak kelam kabut serta hidangan yang sajikan kira ok....menepati segala-galanya....dengar bisik2 dari peserta program mahukan acara ini dijadikan acara tahunan untuk akan datang.....InsyaAllah.... rasanya banyak lagi kelemahan yang mampu kita baiki untuk mantapkan program supaya setiap acara yang diadakan menjadi kenangan dan tidak akan dilupakan pada masa akan datang.....

Apa2 pun lihatlah foto2 yang sempat dirakamkan menceritakan segala galanya....Hingga jumpa lagi di lain catatan...wassalam....

Monday, July 11, 2011

Santai di hotel...

Isnin 11 Julai 2011

Salam untuk semua...lama tidak berposting di sini....gara-gara malas menguasai diri dan segala-galanya....idea pun semakin kering n tandus...gersang...lebih2 lagi dengan bebanan tugasan yang semakin membeban....ditambah dengan cepatnya masa...membatas segala-gala....

Pun begitu....digagahi jua jemari ini mencoretkan sesuatu...sebenarnya artikal ni udah lama disavekan tetapi belum sempat dipostkan....ya lah jalan2 sambil menghabiskan duit di Hotel Shahzan Inn kuantan...saje...santai dan ingin mengubah suasana..maka duk lepak di Shahzan Inn...hotel yang sentiasa dikunjungi jika hendak menginap di Pahang.....

Hotel yang dikira ok dari segi harga...lebih2 lagi ownernya orang Islam...jadi makanan yang disajikan tidak meragukan serta tidak timbul rasa was-was....jua bila log dalam web JAKIM senarai restoran yang halal dikunjungi......itu yang menjadi pilihan.....jua lokasinya yang agak stategik berdepan dengan Masjid yang tersergam indah....padang bola yang menghijau...ditengah-tengah pusat bandar menjanjikan semuanya dekat n selesa...

Bukan untuk promote hotel ini...sekadar memuji apa yang patut....makanan yang disajikan kira ok tidak semewah mane.....padan patut dengan harga yang dikenakan....tapi still mahal lagi dengan kadar sarapan pagi RM15 seorang....dalam keadaan ekonomi meleset sekarang...semua perkara diambilkira...walaupun hanya sekali sekala berkunjung di sini.....

Apa2 pun lihatlah foto yang sempat dirakamkan....

Tuesday, June 28, 2011

Daftar Azrie...

Selasa 28 Jun 2011

Salam untuk semua pembaca entri ni...moga paparan n coretan di sini sekadar hiburan,ingatan,panduan, tunjuk ajar serba sedikit yang termampu mengikut dangkal akal yang tidak selautan ilmu ini....apa2 pun cetusan dan garapan ni semata-mata menajamkan minda....

Ok posting kali ni...Daftar Azri di IKM TASYA pekan pada Isnin.....ya lah si azrie ni lebih berminat pada kemahiran kurang menyerlah pada akademik....di sinilah institusi yang mampu menjana kemahiran dan kepakaran di samping mendapat pengalaman secara teratur....permohonan ke sana lebih pada kehendak dia sendiri......yang tidak sedap di hatinya kursus yang dipohon tidak dapat...just dalam sedetik ni terpaksa buat rayuan pada IKM.....

Masa taklimat dengan Timbalan Pengarah...banyak input2 yang berguna diberikan tentang TASYA ni...rupa2 timbalan pengarah ni baru 6 bulan berkhidmat di sini.dan yang paling seronoknya bila para ibu bapa berebut untuk kemukakan soalan..rasanya sudah tiba masanya para ibu bapa ingin tahu segala-galanya dari mulut timbalan sendiri serta misi dan visi TASYA ni dalam melahirkan graduan yang mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan jika tamat latihan....

Yang kurang seronoknya bila terpaksa membayar yuran pengajian yang terlalu banyak dan menyusahkan para ibu bapa...pendek kata 3 buah bank terpaksa diredah untuk selesai masalah bayaran ni....rasanya perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap dapat mengurangkan masa pendaftaran dan karenah jabatan....

Pun begitu saat yang paling melenting....semualah ibu bapa buat rungutan...sampai ke peringkat mendail sendiri pada pengarah pasal tiada persediaan pun yang dilakukan oleh pihak IKM semasa pelatih2 baru ni masuk ke asrama....dengan keadaannya yang kotor...perabot yang tidak terurus....mane warden2 yang diberi elaun untuk menjaga kawasan ini...Bahagian HEP juga patut memainkan peranan agar hari pertama masuk hostel tidak menjadi fobia pada pelatih dan juga ibu bapa mereka...yalah dengan kadar bayaran yang mencecah ribuan ringgit sepatutnya tidak berbangkit perkara begini....

Mengapa tidak buat sesuatu untuk melengkapkan kemudahan yang patut disediakan....kalau ibu bapa sendiri yang terpakasa menyusun, menyapu, mengelap,menyimpan...ini sudah keterlaluan....kata orang gah pada pandangan utama aje...tapi bila masuk ke dalam baru kita tahu cantik pada kulit tidak pada isinya.....rasanya jika pihak pengurusan yang cekap,berintegriti, tahu apa peranan sebagai pentadbir....masalah ini tidak berbangkit dan tidak menjadi buah mulut ibu bapa yang datang mendaftar....

Apa2 pun pihak pengurusan perlu membuat sesuatu agar segala2nya nampak ok...kasihan pada anak2 melayu dan para ibu bapa yang datang dengan satu semangat supaya anak2 mereka belajar dengan selesa di samping kemudahan asrama yang baik.....hingga bertemu lagi di lain catatan..
.Bilik dan katil selepas dibersihkan.....kira ok lah

Wednesday, June 22, 2011

Bersenamlah....

Rabu 22 Jun 2011

Salam Rabu pada semua pembaca entryku...salam penuh kerinduan pada teman-teman sekolah yang semasa di sekolah menengah dan tidak lupa juga pada teman-teman yang sama-sama menuntut di maktab pergurusan pasir panjang yang sekarang ini hanya tinggal pada nama kerana kerana maktab tersebut sudah diganti dengan Sekolah menengah Sains Terengganu......

Panjang lebar cite pasal tempat2 yang menjana ilmu kepada diri ini...selama mana hayat dikandung badan...kerana institusi tulah maka aku menjadi seorang yang berkejaya dan sama-sama menyumbang kepada ekonomi rumah tangga......

Ok posting kali......Bersenam.tajuk yang santai dan penting tapi payah untuk melakukan dalam waktu sedetik ni....pasal... kita dilahirkan di kalangan yang pejam celik semua menjurus kepada readymade....yang susah2 tolak tepi untuk dilakukan.....

Memang rakyat Malaysia memang malas bersenam dan tidak memperdulikan kesihatan mereka. Justeru pada mereka kalu ditakdirkan Allah.... jatuh sakit...maka itu sudah ketentuan dariNYA...maka terhasil pemikiran yang jumud pada aktiviti bersenam. Tabiat ni harus diubah. Walaupun kita sememangnya telah melangkah ke fasa menopose,tetapi kita harus kekal aktif dan cara terbaik ialah bersenam secara konsisten.

Kata orang bersenamlah sekerap mana tetapi dengan kaedah yang betul dan selamat.Jika anda berisiko atau sudah pun mengidap osteoporosis,dapatkan nasihat dari mereka yang pakar dalam perubatan tentang jenis senaman yang sesuai untuk anda dan jangan bersenam senmbarangan kerana ini boleh memudaratkan tulang anda.

Selain itu, cuba dapatkan vitamin D sebanyak mungkin kerana ia membantu penyerapan kalsium. badan kita akan menghasilkan sendiri selepas terdedah kepada cahaya matahari. Jadi luangkan masa selama 15 hingga 20 minit di bawah cahaya matahari setiap hari untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi....

Tips2 ni sebenarnya amat berguna untuk diri sendiri dan mereka yang merasakan berada dalam kelompok yang sama....apa2 pun semua terletak pada kesedaran dan kesihatan diri kita...kerana kita lebih mengetahui tahap kesihatan dan kemampuan kita sendiri daripada orang lain yang menggesa kita buat sesuatu yang memang kita tidak suka buat.....wassalam hingga jumpa lagi...

Friday, June 17, 2011

Tidak haram isteri menanggung perbelanjaan rumah tangga....

Jumaat 17 Jun 2011

Berikut adalah soalan yang diajukan kepada Dr Abdul Salam dalam ruangan Fikrah Dr Salam yang saya petik dari Harian Metro.


Soalan: Benarkah rakan saya mengatakan haram jika seorang isteri menanggung sebarang kos perbelanjaan seperti makanan dan pakaian kerana itu menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya.

Alhamdulillah pendapatan saya lebih besar daripada isteri cuma perbelanjaan keluarga kami kongsi bersama. Bagaimanapun, saya masih menanggung sebahagian besar perbelanjaan seperti ansuran rumah dan kereta, pakaian, persekolahan anak-anak, pembantu rumah, insurans dan perubatan.

Isteri pula mengeluarkan perbelanjaan untuk keperluan dapur serta makanan termasuk susu anak.

Minta Dr beri penjelasan mengenai perkara terbabit.


Zainal, Perak


fikrah dr salam
Jawapan: Islam menetapkan kewajipan suami isteri antaranya, suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan anak berbentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian serta perubatan.

Dalam keperluan memberi nafkah, ia hendaklah bergantung kepada kemampuan suami. Sementara isteri wajib melayan suami sepenuhnya di samping memenuhi tanggungjawab lain, sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri dan ibu.

Islam menghendaki suami bekerja untuk menanggung anak dan isteri. Apabila suami bekerja, isteri pula menguruskan rumah tangga dan anak termasuk menjaga makan dan minum serta melakukan kerja rumah.

Itulah pembahagian kerja yang adil antara suami isteri. Isteri tidak boleh bergoyang kaki menunggu suami. Isteri perlu menyumbang usaha membangunkan rumah tangga supaya bahagia dan selesa.

Perkara berkenaan dibuktikan apabila puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah al-Zahra iaitu isteri Saidina Ali bin Abu Talib melakukan kerja rumah seperti memasak, membakar roti dan mengisar tepung hingga diriwayatkan tangannya menjadi pecah-pecah.

Oleh kerana kerja rumah sangat berat, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi s.a.w supaya mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah.

Tetapi Nabi s.a.w menyuruh Fatimah terus melakukan kerja itu dan tidak pula menyuruh Ali melakukan kerja rumah atas tanggungjawabnya sebagai suami.

Pada hari ini, ramai pasangan suami isteri bekerja. Keadaan itu ada kalanya menyebabkan urusan rumah tangga tidak sempurna. Kebanyakan keluarga memilih untuk mempunyai pembantu rumah sementara anak pula dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.

Mengenai pendapat kenalan anda itu, ia sama sekali tidak benar dan keterlaluan jika ada menyatakan haram jika isteri membayar kos barang makanan dan keperluan lain.

Islam membenarkan isteri membayar secara sukarela, lebih-lebih lagi apabila dia mempunyai pendapatan sendiri. Tidak adil jika semuanya ditanggung suami seorang diri. Dalam keadaan ini, sudah tentu perkongsian yang adil perlu dirancang.

Saya berpendapat, apa yang anda lakukan sudah memenuhi tanggungjawab. Cuma kita tidak mahu berlaku isteri menuntut sesuatu perkara yang berlebihan hingga menzalimi suami.

Monday, June 06, 2011

Cotton Cheese Cake With Bluberry...


Isnin 6 Jun 2011

Salam ceria untuk semua....moga cuti sekolah yang panjang ni dimanfaatkan sepenuhnya...dengan kerja-kerja yang tidak mengusarkan fikiran n minda kita....terlanjur cakap cuti yang dimeriahkan dengan jamuan kahwin yang melata....sampai naik pening kita untuk memenuhi jemputan dari ampunya diri....apa2 pun tahniah pada yang melangsungkan hari bahagia kerana dalam waktu sedetik ni anda diketemukan dengan insan yang menjadi sharing patner sampai nyawa dipisahkan dari badan...yang lama2 tu semai balik kasih sayang semarak bunga ros yang baru berkembang...

Ok posting kali ni....ehehe...kek lagi...muka pun semacam tembam macam kek je...bila berdiet ada je idea2 nakal yang mengusik jiwa minta dibuatkan kek.....aduhai hobi yg paling diminati n ramai peminat sebenarnya... udah lama hendak cuba jaya buat kek cheese ni.... bila menjadi dengan ditambah bluberry di atasnya...rasanya sedap hingga menjilat jari...kos untuk membuatnya pun mahal....kek yang sedap pasti dari bahan2 yang mewah.....pendek kata tidak rugi mencuba kek ni sebab yang tidak suka pada cheese ni....bila sekali merasa kek ni pasti teruja untuk merasanya berkali-kali...

Rasanya yang lemak2 manis ditambahnya rasa blubeery tu...emmmmm tak usah cakap...memang sedap....mana2 yang hendak merasa boleh order...harga boleh dirunding...just untuk sharing kelazatannya aje....opp..lihatlah foto di bawah ni yang sempat dirakamkan...pada rakan-rakan sejawat insyaallah buke sekolah ni pasti dapat merasanya...saje nok promote pada kau orang semua....