4 Ogos 2009
surat layang.......heboh satu sekolah adanya surat yang dilayangkan oleh seseorang kepada guru
di sekolah ni......ada yang pro dan ada yang kontra tentang surat layang ni.....tapi bila isu ini ternyata benar maka sewajarnya surat layang ni ada kesahihan ni tanpa prasangka.....sebabnya yang terlibat mengaku bahawa apa yang tercatat itu benar......dan yang disoal untuk mengesahkannya menyatakan apa yang dilayangkan itu benar, soheh, tepat dan jitu...pendek kata tanpa diragu-ragu lagi...takkan pokok bergoyang tanpa angin.....muasabah diri....baiki diri sendiri macamana seorang pendidik yang tinggi akhlaknya.....seorang yang tahu tentang hukum hakamnya melupakan tanggungjawabnya......yang engkau terima gaji bulan-bulan itu untuk apa.....dan yang paling menyedihkan ada di kalangan kita semacam merestui tindakan yang dibuatnya dengan alasan surat layang tidak ada kesahihannya dan sepatutnya tidak dilayan.....duhai dunia....kabarkan kepada mereka itu kalau udah sipembuat itu mengaku bermakna apa yang tersurat dan tersirat itu betul.....
siapalah kita untuk menidakkan apa yang benar.....ada orang mempunyai kekuatan untuk menyatakan kekesalan mereka secara langsung dan ramai di kalangan kita tidak mampu berbuat demikian kerana sememangnya kita tidak pandai berhujah secara spontan.....ada perkara yang paling berkesan diluahkan sebegitu.....apa yang penting kewajaran orang yang menjadi ketua menangani masalah ini secara berhemah....kerana ingat mata yang memandang itu lebih ramai....bagi aku didiklah mereka sebaik-baiknya seperti kita inginkan orang mendidik anak anak kita supaya lebih pandai daripada kita....ingat kita didik anak orang pandai..insyaallah Allah akan menjadi anak-anak kita lebih pandai kerana rahmat Allah itu adil kepada sesiapa yang berlaku adil kepadaNya.....
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts
27 July 2009
Lama tidak berposting...sibuk memanjang dengan kerja.....kerja yang terkadang direka
sendiri...tapi bila orang lain cuba mencipta kerja kita ni yang buat kita terlebih terbeban dengan kerja yang ada....kerja yang sememangnya dah menimbun.....lalu ditimbun lagi dengan jadual anjal yang dok masuk akal....lain yang kita cadang lain yang jadinya....nok cakap banyak2 dikatakan kita suka melawan cakap.....pahtu kena tukar sekolah dengan alasan lawan guru besar.....boleh dilaksanakan jadual anjal tapi perlu perancangan teliti semua kena main peranan dan komited pada tugas...
Jangan menindakkan keupayaan seseorang kerana kita tidak mampu memenuhi segala perkara dalam satu masa.......yang dikandung tak dapat yang dukung berciciran jatuh....nilah...bila kita tension dengan suasana kerja yang memaksa kita jadi naik darah.....pening dan keseronokan bekerja hilang begitu sahaja.....aku paling tidak suka guru besar memaksa guru-guru membuat kerja di luar kemampuan mereka.....kerja yang dipaksa tidak berkat....banyaklah suara-suara sumbang berdendang...timbul salah menyalah....tidak bertegur sapa....kecil hati...panas hati...
Yalah semua benda2 negatif keluar dalam jiwa.....mulalah menyalahkan situasi....masing2 cuba menegakkan benang basah .....payah kalau kita tidak sekepala dalam segala hal....last sekali aku kata pada guru besar...jadual anjal bukan jalan penyelesaian untuk meningkatkan prestasi murid2.....apa yang penting....keikhlasan, kesungguhan guru itu mengajar...walaupun diberi masa setengah jam tapi murid2 dapat menerimanya dengan baik.....walhal 2jam yang diberi gagal dimanfaat sebaik mungkin kerana jiwa kita memberontak kerana bekerja dalam paksa.....begitulah sebaliknya....tepuk dada tanya iman....nak seribu daya tak nak seribu cara....jadilah diri kita seadanya...kerana kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri......
More RELIGIOUS & ADVICE graphics
Masih tersasau, termangu, dungu,kelu. tersedu dan layu pabila melihat keputusan Pra Percubaan UPSR Bahasa Melayu pemahaman.......seramai tu murid-murid yang menjawab soalan hanya 3 orang yang mendapat A....Punyailah tensionnya aku.....tak ngajorke....tidur ke cikgu....murid tak faham soalan ke.....last-last sekali Bahasa melayu menjadi killer subjek....ni yang pening...aku bermonolog sendirian...menyalahkan diri sendiri....nok kata soalan yang susah....memang susah pun bagi aku soalan ni bukan menguji kebolehan murid-murid tetapi menguji guru yang mengajar...alahai pembuat soalan tahulah aku kau orang sememangnya pakar....tetapi kepakaran kau orang sememangnya menindakkan keupayaan murid....siapalah dia orang untuk memerah otak....mengkaji,menyelidiki bentuk soalan.....tahap pemikiran mereka sekadar tu aje....tidak mendalami maksud yang tersurat dan tersirat....maka nilah jadinya....yang jadi mangsa aku terpaksa menjawab segala kemuskilan dan sebab musabatnya dari bos....Nilah jadahnya menidakkan keupayaan bahasa melayu....budak2 tu lebih mahir BI dari BM...guru BM sekarang menjadi anak emas di sekolah sbb ramai guru BM tukar opsyen disebabkan inginkan BISP 10% mengajar math dan SN ikut Inggeris......Apa aku akan jawab jika sepuluh jari menunding ke arahku....
More SORRY graphics
Teruja aku bila mendengar ppsmi dimansuhkan pada 2012....sepatutnya pada tahun depan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Masa dilaksanakan dulu tiada perancangan terus laksana tanpa mengambilkira pandangan sesiapa pun...atas alasan supaya semua murid mampu menerokai bidang sains dan matematik dalam arus globa dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa...dia ingat semua budak2 mempunyai pemikiran yang sama dilahirkan dalam linkungan yang sama....bayi tabung uji bolehlah kita mencorakkan pemikiran mereka...cari intelegent...jadi hasilnya inteleklah.....ni ada anak orang asli...orang kampung pedalaman....anak-anak yang dilahirkan tanpa mendapat makanan yang seimbang...kais pagi makan pagi kais petang makan petang....apa yang ada itulah yang di makan....macamana nok lahirkan genarasi yang excelent....cakap tak serupa bikin...yang jadi mangsa anak-anak kita...anak-anak orang melayu...yang menjadi percaturan politik golongan tertentu...menjadi bahan experiment....selama 6 tahun anak-anak kita disuap dengan bahasa penjajah untuk mendapatkan ilmu yang paling senang dan mudah diajar dalam bahasa ibunda.....tapi golongan ini menidakkan keupayaan mereka....begitu ampuh senjata orang melayu membunuh orang melayu melalui pendidikan...
More SMILE graphics
Semacam sedap aje bunyinya...tapi berhati-hatilah pada sang isteri jika terlihat tanda-tanda begini.....bukannya apa dah memang tabiat semulajadi lelaki......kalau ada orang perempuan yang hulur tali....cepat2lah dia menarik tali itu...nasib dok ok tali itu sendiri yang akan membelit dirinya sendiri....baru padan dengan mukanya.....aku awal-awal dah bagi signal tak mahu berkongsi kasih sayang.....kalau diteruskan juga aku orang pertama yang akan menarik diri dari hatinya....bunyinya keras sikit...tapi kita tahu hati budi suami kita.....mampu ke tak mampu...mengapa perlu mengheret seekor buaya dalam hidup sendiri....biar dia dengan alam dia....kita dengan kewajaran kita sendiri...kerana kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri....tak gitu......kau orang bacalah posting di bawah ini dan buat tafsiran sendiri jika tanda2 itu sudah ada padanya...
More RELIGIOUS & ADVICE graphics