Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, June 16, 2020

Akhirnya Bertukar juga...!!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Berposting lagi di sekolah baharu...SK Kuala Abang nama baru sekolah yang sempat menjejakkan kaki baru 5 hari. Pertukaran yang tidak dirancang dan tidak diketahui walaupun sedikit pun atas kapasiti kita dah lama berada di SKPP selama hampir 3 tahun mengurus sekolah yang ada asrama dan bilangan guru seramai 38 orang dan murid serami 386 sebagai pengurus sekolah dalam sekolah bergred A..ditukarkan ke sekolah gred B dengan kapisiti guru seramai 19 oang dan bilangan murid seramai 180 orang sahaja..Alhamdulliah ada hikmah dan rahmatnya pertukaran ini kerana perancangan Allah SWT adalah sebaik2 perancangan so berlapang dada..walaupun jarak perjalanan lebih kurang sahaja tetapi redha sahaja..rasanya ingin pencen di sekolah ini sahaja setelah 30 tahun dalam perkhidmatan perguruan..

Majlis pertukaran kita dibuat dalam suasana PKP dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan berjalan dengan santai dan sendu serta wajah2 yang yang hairan bercampur sedih...sebab tanpa angin puting beliung kita ditukarkan huhu...banyak perancangan dan program keceriaan terpaksa ditangguhkan dan kita serahkan pada pengurusan baru untuk melaksanakannya...sapelah kta untuk menindakkan ketentuan itu...kita bina kekuatan di sekolah baru dengan harapan baru semangat pun mestilah baru kerana jiwa pendidik ini selama2 tertanam sejak azali lagi..

So majlis perpisahan yang dibuat secara grand dan terkejut serta terkedu kita kerana diraikan sebegitu rupa kerana sepanjang perkhdimatan ini belum pernah diraikan sebegini walaupun banyak sekolah yang telah ditugaskan..Terima kasih banyak2 warga SKPP kerana begitu memahami dan begitu menyayangi kita selaku pengurus sekolah yang banyak memberi segala kemudahan dan keselesaan kepada anak buah dalam segala aspek dan sentiasa memandang mereka sebagai rakan sejawat untuk sama2 berganding bahu dalam memajukan sekolah...Pisang sesikat susu sebelanga tanda maufakat bersama-sama...








1 comment:

michelle said...

Numpang promo ya Admin^^
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^