Followers

nuffnang

Sunday, February 27, 2011

Minggu Yang meletihkan....

Ahad 27 Feb.2011

Salam Ahad untuk semua....berposting kembali...baru ada masa mengupdate blog....dan ada masa membelek2 facebook ...kerja yang tidak pernah surut dan sentiasa menimbun samada peribadi atau arahan....setidak-tidaknya kita tahu bertapa kita sering mengejar masa dalam menyiapkan sesuatu sehingga soal2 peribadi diam sejenak....

Posting kali ni....hari-hari yang meletihkan...lebih2 lagi dalam usia senja begini...tenaga banyak yang kurang....tetapi kerja seperti orang muda2...semua hendak dibuat.....bila kita rilex n santai begini baru kita sedar bertapa letih n meletihkan......

Hari Jumaat n sabtu menolong emak saudara menyiapkan kerja kahwin anak bongsunya.....kita ditugaskan bahagian makan pengantin n membuat kek pengantin......tak sanggup kesian pula tuan rumah yang bersungguh2 minta dibuatnya....terutamanya kek pengantin....rata2 tidak mahu kek yang ditempah di kedai...katanya walaupun cantik tapi makan tidak sedap....maka bermula proses membuatnya yang memakan masa n tenaga....buat 3 kerja dalam satu masa...berkejar-kejar menyiapkan tempahan....

Bila rasa seronok dapat menghias kek....hilang rasa penat n letih...betullah kalau kita suka perkara tu....berat macam mana pun kita sanggup buat....dan hasilnya semua orang dapat merasa kek tersebut sehingga ketitisan krim terakhir....berbaloi...

Apa pun tahniah n selamat pengantin Baru pada Mie n Zul....moga ikatan yang kurang mendapat persetujuan tu...kekal hingga akhir hayat...udah jodoh di orang..walaupun halangan memanjang tetapi kuatnya jodoh di orang disatukan juga.....apa2 pun itulah yang terbaik untuk kita.....kerana Allah mengetahui perjalanan hidup kita...jodoh pertemuan...hidup mati kita Allah yang tentukan...Wassalam...

Monday, February 21, 2011

NUTP bantah penswastaan sekolah..

Isnin 21 Feb.2o11

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata penswastaan bidang lain akan 'melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.'

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.

Beliau berkata bantuan sektor pendidikan seharusnya merangkumi pembiayaan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.

Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.

Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar.

- Bernama

Sunday, February 20, 2011

Kek Pandan Karemal...

Ahad 20 Feb. 2011

Salam ceria untuk semua....pejam celik bulan feb...hampir ke penghujungnya....cepat bangat masa berlalu....urusan dunia tidak pernah habis dibuat....ada aje perkara yng bermain di minda untuk dilaksanakan dari sebesar2 urusan sehinggakan sekecil perkara pun menjadi perhatian dan dibuat dengan kadar segera....

Ok...posting kali ni...ramai sangat yang bertanya pasal kek ni...alahai..kek ni saje terjumpa dalam blog seseorang....http://badariahabdrahman.blogspot.com/ kalau nok terokai resepi2 yang menarik dan menjadi log terus ke blog badariah...pasti terpegun dgn pelbagai kek yang dipamerkan......bila seseorang bertanya kat mane belajar semua buat kek ni....belajar dengan intenet aje....apa yang penting tawakal....berusaha....yang paling penting rajin diutamakan baru setiap apa yang kita buah membuahkan hasilnya.....

Ringkas cerita try resepi di bawah ni...memang menjadi...kalu tidak menjadi buat hingga ok...lama2 kita rasa kepuasan itu dari hasil kerja kita sendiri...

BAHAN A ( GULA HANGUS )

  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

BAHAN B ( KAREMEL )

  • 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu KFC paste pandan & perwarna hijau
  • 3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur )

BAHAN C ( KEK )

  • 140gm tepung gandum
  • 70gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
  • 45ml minyak msk

BAHAGIAN D ( MERIGUE )

  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara membuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td.puding karemal td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...







Friday, February 18, 2011

Penguat Semangat....

Jumaat 18 Feb.2011

Salam Jumaat untuk semua pembaca entryku....posting kali ni...layan aje images dan kata-kata motivasi ni sebagai penguat semangat dalam melayari hidup yang penuh cacamerba ni....

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul..

Isnin 14 Feb. 2011

Salam....bertemu kembali.....posting kali ini Salam maulidur Rasul kepada semua umat Islam...moga-moga perjuangan serta cara hidup junjungan kita menjadi ikutan dan amalan sepanjang masa....

12 RabiulAwal Hari Lahir Nabi Muhamad SAW,rahmat semesta alam tiada tolok bandingan dengan makluk yang ada di muka bumi ni....

l Quran (33) Al Ahzab : Ayat 56

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (QS. 33:56)

Al Quran (16) An Nahl : Ayat 89

(Dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (QS. 16:89)





Friday, February 11, 2011

Guru ke 2 tumpu tugas sampingan..

Jumaat 11 Feb.2011

Cadangan ringan tugas pendidik, jamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain seperti perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi.
Katanya, guru pembantu juga boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas.
“Guru pembantu adalah cadangan yang baik, tetapi tidak boleh mengambil peranan sepenuhnya sebagai guru.
“Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas cadangan itu, antara 28 perakuan dikemuka Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang peningkatan beban tugas guru, termasuk terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.
Yim Peng turut mencadangkan Kementerian Pelajaran supaya melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak ke jawatan tetap selepas mereka berkhidmat dalam tempoh tertentu.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pelaksanaan dua guru satu kelas dapat memberi faedah kepada murid kerana mudah untuk mengawasi mereka.
Katanya, guru boleh memberi tumpuan terhadap proses P&P, manakala guru pembantu berperanan memastikan proses berkenaan berjalan lancar di dalam bilik darjah.
“Justeru, guru pembantu perlu memiliki kelayakan Kursus Khas Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan atau mengambil mereka kalangan guru sandaran tak terlatih (GSTT) bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya.
Catatan: satu cadangan yang nampak harmoni dan ceria...persoalannya bila akan dilaksanakan...rasanya bebanan tugas guru acapkali telah disuarakan...tapi jaminan itu sentiasa tergantung.....sampai bila???? umpama kocakkan air dalam gelas....berlegar di sekitar tu aje...tanpa pemberatan ke arah yang lebih positif....alih2 saban tahun guru-guru seperti dulu...kini n selama-lamanya...

Wednesday, February 09, 2011

Kempunan ke Cikgu???

Rabu 9 Feb.2011

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin memberi maklum balas kepada Laporan Akhbar KOSMO bertarikh 16 Januari 2011 – 600 guru kanan kempunan naik pangkat.

Jawatan Guru Besar merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 (Hakiki). Buat masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar, PPPS Gred DG41 (Hakiki).
Pengisian bagi jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah berdasarkan kepada urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Pengisian jawatan-jawatan tersebut adalah perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian telah bersetuju untuk memberi kelulusan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan (SK) yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi Ijazah Pertama dan dilantik sebagai PPPS Gred DG41 untuk dikekalkan di SK atas jawatan yang sama secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Pengekalan di atas jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan secara KUP adalah kerana jawatan-jawatan tersebut merupakan jawatan-jawatan PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34.

Berdasarkan semakan, didapati 600 orang Guru Penolong Kanan tersebut telah dilantik sebagai PPPS DG41 dan berada dalam skim perkhidmatan yang berbeza.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tuesday, February 08, 2011

Pengurusan dan kepimpinan Cemerlang

Selasa 8 Feb.2011


Salam...bersua kembali di alam siber...moga2 dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki atas kerja buat yang dilakukan setiap hari....kualiti kerja yang komited n bertanggungjawab menghasilkan rezeki yang berkat...

Berbalik pada tajuk posting kali ini....Pengurusan dan kepimpinan Cemerlang menjamin kualiti dan standard sesebuah sekolah...sebagai seorang yang dilantik sebagai pengurus di sekolah sewajarnya kualiti kepimpinan itu bisa menyerlah dalam semua aspek.....terlebih lagi dalam menilai kerja buat guru sebagai indikator dalam ko bisnes kita....setiap perlakuan, tatacara, pengucapan dan kewajaran memimpin menjadi perhatian dan bualan dalam menentukan visi dan misi sekolah itu berjalan di landasan yang betul....

Prinsip serta pegangan kita menjurus ke arah melahirkan guru-guru yang komited pada tugas.tahu hala tuju serta mampu bersaing dalam arus global yang meruntun ke arah kecemerlangan dalam berbagai bidang tugas....Justeru sikap tidak ambil cakna,kurang pemantauan serta tiada tindak balas semerta menjumudkan proses mewujudkan kecemerlangan di sekolah...wahal segala item-item ke arah mencapai target dan KPI setiap sekolah dilandaskan pada prinsip yang betul dan saksama....Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan....

oleh itu sebagai pengurus sekolah yang cekap dan cemerlang, proses ke arah memartabatkan kejayaan memerlukan pengorbanan, idea yang bernas,kesungguhan, lali pada ancaman seterusnya membangunkan sebuah organisasi bertunjangkan lompatan saujana mencipta zaman maka segala kehendak dan keperluan itu bakal terlaksana dengan jayanya jika kedua pihak saling bertolak ansur dan sikap menghargai kepercayaan itu menjadi intipati dalam menggerakkan sesebuah organisasi itu....

Akhirkata....kecemerlangan itu tidak akan hadir tanpa pengurusan yang cekap dan cemerlang...seorang pengurus sekolah sebagai usahawan yang mampu menjana segala-galanya dalam melestarikan pendidikan terbilang...Insyaallah....wassalam....

Thursday, February 03, 2011

Rahsia Bulan kelahiran...

Khamis 3 Februari 2011

Salam...bertemu kembali menggarap sesuatu yang tercetus pada hati serta minda...lahirlah nukilan rasa....terkadang catatan sebegini wajar di nukilkan...terkadang melalui kata-kata org akan faham apa yg ingin di sampaikan secara total...apa yang pasti setiap garapan kata-kata jika dicatat...tersimpan lebih lama dan menyakinkan...tidak pada pengucapan...kita mudah lupa apa yg sering diperkatakan....

Ya lah...lama tidak menulis sajak n nukilan rasa...terasa bakat ni patut diteruskan seperti dulu...kerap disiarkan dlm akhbar serta diperdengarkan dalam radio...semacam perasaan ingin berkarya berbuak-buak di dada....idea ada...tapi bila????????

Berbalik pada posting kali ni....Rahsia Bulan Kelahiran...ini dr prespektif Dr.HJ Fadilah Kamsah...tentang golongan yg. dilahirkan pada bulan Jun....sama ada benar atau secara kebetulan anggaplah satu andaian....apa yg positif itulah kita....jika unsur negetif tu lebih banyak perbaikilah...moga kita menjadi org yg hebat dalam segala hal....selebihnya org yg paling hampir dgn kita rasanya boleh menilai kita dari segala aspek...samada melalui pergaulan,percakapan, cara berjalan, cara makan...semua menjurus kearah keperibadian kita....

So...di bawah ni...dipamerkan ciri-ciri perwatakanku yang lahir dalam Jun dan berbintang gemini mengikut kalendar barat....
JUN
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan
.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...