Sabtu 5 Mac 2011
Salam Sabtu untuk semua....moga dilimpahi kesejahteraan yang melimpah ruah dengan nur dan rasa tenang yang berpanjangan....
Posting kali ini .....pendapat vs kontradik...pelik tapi benar...tajuk yang susah untuk dikupas dan dititipkan di sini semata-mata untuk menjaga hati n perasaan pada boss...sudahnya kita yang memberi pendapat resah dan menyalahkan diri sendiri....apa tidaknya bila beri pendapat...tidak diterima...kalau gitu lain kali jangan tanya pendapat dia org terus je....arah buat tu buat ni....baru kita autokratik....
Pendapat guru-guru amat penting untuk melihat keberkesanan sesuatu program yang kita rancangkan...sebab pelaksananya adalah guru-guru...sebagai pengurus sekolah mesti ada tindak susul dan tindakan semerta jika berlaku kekurangan....perbetulkan jika kaedah itu kita rasakan tidak menepati sasaran dan target kita.....
Ibarat bermain layang-layang...ada masa kita lepaskan lelayang itu menerokai awangan....jika melebihi kawalan kita .....betulkan kedudukannya seperti sedia asal....jadi di sini give n take amat diperlukan....sikap boleh menerima teguran dan cadangan penting dalam menentukan organisasi kita berupaya melonjak kecemerlangan...
Justeru.....sikap memendam rasa, prajudis, rasa tidak puas hati diketepikan....perbincangan penting...catat hasil mesyuarat...mana yang tidak dapat dilaksanakan....teliti balik di mana silapnya....wujud AJK kecil yang berpotensi untuk menjayakan setiap program yang dirancangkan.....buat post morten... di situ kita dapat lihat kelemahan dan kekurangan kita...Apa yang penting kerjasama serta menganggap semua org di dalam organisasi kita ada keistemewaan tersendiri....pupuk bakat yang ada...tonjolkan kelebihan dia org secara tidak langsung...
Akhir kalam bukan perkara yang senang untuk mentadbir sesebuah organisasi jika kita tidak tegas dalam masa yang sama jalinan kemesraan itu sentiasa ada sesama staf...tidak jatuh status kita jika mengiakan pendapat yang bernas untuk dijadikan amalan dan ikutan.....wassalam...
2 comments:
salam kak
menarik ulasan ni, pemimpin yang doktaktor dibenci oang bawahan, terlalu lembut pun susah jugananti orang bawah ambil kesempatan. Lemah lembut dalam ketegasan :)
Terima kasih azhan...tu lah terkadang kita yang cuba membetulkan keadaan disalah mengertikan....
Post a Comment