Renungan...

Followers

nuffnang

Tuesday, July 27, 2010

Mesyuarat = Muhasabah diri

Selasa 27 Julai 2010

Salam.....bersua semula minggu ni minggu oti pada budak2 tu.....aktiviti dikurangkan tapi paperwork mesti hantar pada hari Rabu.....

Tajuk posting kali ni.....mesyuarat katanya.....tapi bertukar sesi muhasabah diri...kritik mengkritik..komen-mengomen...luahan pendapat... tidak kurang juga bangkit isu mengumpat....dalam hati kecil ni...sape mengumpat sape ni.....hentam-menghentam... tak lari juga sembang sesama sendiri...tidak kurang juga menahan mengantuk....dalam hati kecil masing2 mesyuarat ke apa ni.....persoalan yang boleh jawab sendiri dalam erti kata yang sebenarnya.

Terkadang malas nok panjangkan cerita pada isu ni...semacam gb hendak menduga kita aje bila isu muhasabah diri ini dibangkitkan.......ikut terlintas agaknya....idea byk dan tidak terkawal ni bila kita tiada perancangan idea akan datang tanpa diundang....bercakap pasal ni aku tabik spring pd gb sbb berani membuka ruang dan peluang pada guru2 untuk meluahkan apa yang tersurat dan tersirat...bukannya ramai gb2 berani berdebat begitu tapi mmg tidak ada dalam kamus hidup aku sepanjang bergelar guru...ruang itu dibuka seluas-luasnya.....bab ni dia ada pro dan kontranya...sape yang berani melondehkan keburukan kita depan orang ramai....selebihnya banyak mengampu dari menyatakan keadaan yang sebenarnya.....sepatutnya bila ruang ini dibuka...ramailah cikgu meluahkah rasa terbuku dihati....kita bincang dan tanya pendapat ramai sesutu isu pahtu selesaikan....

Isu2 begini kene di khususkan hari supaya cikgu berpeluang mengemukkan hujah dan pendapat dalam keadaan tersusun tidak tergesa-gesa....sudah2 nya kesimpulan itu tergantung jugok....sbb kita tidak mencatat apa yang diluahkan......sejauh manakah kebenaran itu.....benarkan begitu....patutkah diubah situasi yang ada atau sekadar sumbangsaran menajamkan fikiran atau menduga prinsip dan pegangan kita pada sesuatu perkara...ni persoalan misteri yg masih berlegar2 di benak fikiran.....APA TUJUAN SEBENARNYA SESI PADA PETANG ITU...?????

Selebihnya hanya mendiamkan diri ...mendengar dan berbisik sesama sendiri.......sememangnya kita tidak punyai kekuatan untuk menyatakan kebenaran walaupun hati meruntun untuk meluahkannya.....bila diberi peluang beginilah jadinya.....banyak reotrik dari kebenaran dari kata putus.....last sekali....masing2 frust sbb objektif 3 dalam 1 tu tiada hal tuju dan sekadar angin yang lalu mengejukkan suasana.....

Apa yang pasti Guru Besar...jadikan cikgu2 dan pk2 kita bertaraf A.....kalau ini dapat dibuktikan nescaya segala perancangan,masalah, serta harapan kita membuahkan hasil tanpa berfikir banyak perkara untuk menyelesaikannya tanpa membeban diri kita untuk memikirkan segala-gala seorang diri atau pun kita buka lagi majlis seperti ini dalam keadaan tersusun dan santai dan semua diberi peranan luahkan apa yang terbuku...kita cari jalan terbaik....kita tubuh teamwork yang berkesan dan kita membudayakan sekolah kita dengan idea2 dan perancangan yang bernas..kalau ini dapat dipraktikkan InsyaAllah segala kerja buat kita diberkati,.....Hingga jumpa lagi...wassalam...

Friday, July 23, 2010

Ingin ku kirim....

Jumaat 23 Julai 2010


Enter Fleedy.com

Salam....Pada seorang teman.....ini sempat ku kirimkan sebagai tanda persahabatan yang berkekalan...semoga impian,harapan dan ketenangan menjadi milik kita yang abadi dan peribadi..jua...binalah hidup baru....berfikiran positif,sentiasa ingat ada ramat dan hikmat di sebalik kejadian itu....kerana kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan perjalanan hidup kita seterusnya.... samada apa yang dihajati ditunaikan atau sebaliknya...

Oleh itu....buang yang keruh dan ambil yang jernih.....tidak salah dan tidak jatuh maruah kita jika kita beralah dalam apa keadaan sekali pun...kerana kita tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri dari memikirkan masalah orang yang sengaja ingin melihat kesengsaraan kita.....

Justeru.....kita yang jauh ni sentiasa memerhati dan mengikut segala perjalanan hidup kamu...Ingat Allah sentiasa bersama dengan orang yang jujur , ikhlas dan sabar dalam mengharungi hidup yang berliku-liku ini.... serta sentiasa berwaspada dengan hasad dengki,tomahan serta sentiasa berbaik sangka dalam pergaulan kerana orang akan tahu siapa kita sebenarnya jika kita sentiasa muasabah diri sendiri..... kata orang... berkatalah benar walau pahit...Akhir kalam... anda tidak keseorangan sebenarnya kerana kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anda .Wassalam......

Wednesday, July 21, 2010

Re-union SPM 1982

Rabu 21 Julai 2010

Salam…. bertemu kembali…..lama tidak bersembang di alam siber…..kesibukan masa yang kita cipta sendiri serta bertapa kita terlalu mengejar masa sehinggakan teralpa kehendak naluri sendiri…..


Posting kali ini berkisar pada pre reunion sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang untk menentukan haluan hidup di masa depan….SPM 1982….tanpa terduga dan di duga idea dan pencetus idea untuk menemunkan kami semula datang dari seorang kenalan yang merasakan dia banyak melakukan kesalahan pada rakan2 masa tingkatan 5 dulu…..Maka dikumpulkan semua nombor telefon mengkhabarkan ideanya untuk berjumpa walau sedetik Cuma….

Idea spontan dalam masa yang terdetik serta tanpa perancangan yang baik maka….dengan Allah punya kuasa kami dapat bertemu serta melepaskan rindu serta berpelukan antara satu sama lain….dan ada yang mengeluarkan air mata tanda gembira…..


ya lah keajaiban yang tidak disangka-sangka maka terkumpullah kami di PPD Dungun pada 20 Julai Hari Selasa kebetulan cuti keputeraan DYMM Sultan Terengganu…Perantaraannya hanya sms sahaja dan berbual-bual dengan beberapa orang kawan melalui telefon…majlis itu Berjaya diadakan dengan kehadiran seramai lebih kurang 40 orang yang bagi aku betul2 komited menggembalikan nostalgia silam datang dari jauh semata-mata ingin bertemu dan bertanya khabar setelah terpisah hamper 28 tahun….


Apa yang pasti…..fiil dan perangai masih lagi sama…Cuma bentuk tubuh aje yang berubah… ramai yang tiada potongan tapi ada yang still gitu…tabik spring aku….wajah ada yang berubah…ada yang hampir tidak dikenali Cuma nama aje yang tidak berubah…..kalau dari dulu perangainya memang suka suka2….selama-lamaya perangai itu tidak berubah…kalau pendiam gitu… leni pun macam tu le….tiada perubahan langsung…..Kalau dari dulu suka berbalah kira2…hingga kini bila berjumpa perkara yang sama berulang….betapa kita terkadang macam anak2 kita….sama tapi tidak serupa…..


Penantian selama 28 tahun terubat seketika hanya 2 jam bertemu aje….apa yang pasti kerinduan itu terubat jua dalam sedetik Cuma….sempat menubuhkan jawatankuasa kerja untuk menyelaraskan aktiviti yang bakal diadakan pada bulan Oktober nanti….Idea spontan tapi semua menunjukkan kerjasama yang baik serta majlis yang berlangsung berjalan dengan lancar…sempat bergambar bersama2 dengan pelbagai ragam….Pada Kamaruzaman nyoir-nama timbangan dia….terima kasih banyak kerana idea anda membuahkan hasil walaupun anda tidak hadir…..tapi semangat yang ditujukkan seolah2 anda berada sama di antara kami. Pada pengerusi kami Cikgu CW Jamil anda memang hebat kerana berjaya mengendalikan majlis pada petang tu dengan celoteh bersahaja dengan idea kelakar dan gurau senda spontan berjaya menghidupkan majlis yang tidak seberapa itu….


Pada semua yang hadir terutama AJK yang dilantik…..Nik anida,Sabariah, napi, razak, saiful,hasnah,rozita.ta,wan hasni,razalina,roslina dan ramai lagi anda semua adalah penggerak kepada pertemuaan seterusnya….InsyaAllah sekirnya kita berniat baik dan ikhlas Allah Taala akan memudahkan segala urusan kita di masa depan……Sekali lagi pada kamalruzaman terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan anda….Tabung yang digerakkan sepintas kilat tu menjaya mengumpul sebanyak RM400 sebagai dana dan landasan bagi aktiviti seterusnya…..Hingga kita berjumpa lagi pada bulan Oktober salam penuh takzim moga kita dipanjangkan usia untuk sama-sama memeriahkan majlis yang akan datang……InsyaAllah…wasalam…

antara yang hadir..



barisan hadapan.....AJK


rakan lelaki yang komited hadir....thanks


Sunday, July 11, 2010

Be Profesional....

Ahad 11 Julai 2010


Salam…bertemua kembali…minggu yang penuh drama dan polemik yang sengaja dicipta dan yang paling menyentuh hati berdebat secara tidak professional……yalah serangan peribadi yang dirasakan hanya orang yang cuba menegakkan benang yang basah saje yang akan menyerang peribadi orang lain sebab hilang punca tatkala persoalan yang diketengahkan terkena batang hidung sendiri…

Mulai dengan idea beremosi memenuhi setiap ruang lingkup pemikirannya bagi menyerlahkan sifat sombong dan tidak dapat menerima pendapat orang lain…kalau betul2 berani tonjolkan diri… berani dan bertanggungjawab terhadap apa yang kita luahkan….ni bukan soal bergaduh ni menunjukkan kemantangan kita berhujah jika ada tuduhan dari pihak lawan……

Kita tahu lah anda seorang prefect dari segi pemikiran,berhujah serta dapat mengolah sesuatu idea dengan baik serta pandai bermain kata-kata…..sapelah kita untuk mengemukkan hujah yang konkrit dan jitu dengan hadisnya sekali….tetapi jika anda tidak berani menonjolkan diri….segala kehebatan anda tidak akan kemana----kerana anda hanya berani berlakon di belakang tabir saje….jadi sebagai kesimpulan dari permainan ni… kita tamatkan kerana tindakan yang sia-sia berperang dengan bayang-bayang yang entah dari mana datangnya…..kerana prinsip kita berani kerana benar takut kerana salah…kalau takut berumah di tepi pantai jangan bercakap pasal perjuangan…..

Justeru….sikap mendiamkan diri adalah senjata yang paling baik dalam permainan ini…membuang masa melayan suara-suara yang tidak berpijak di bumi nyata…..takut pada bayang-bayang sendiri….Allah taala itu maha kaya dan besar..kita tengok sejauh manakah pendirian kita dalam isu ini kita tangani dan menjadi kenyataan dan kita dijulang sebagai penyelamat atau sememangnya kita bakal diselamatkan…..

Keikhlasan dan kejujuran itu akan terserlah bila tiba masanya……tidak perlu kita pamerkan sikap baik dan bertanggungjawab kita pada orang kerana lambat laun orang akan tahu siapa kita…..hanya masa dan ketika akan menjawabnya….

Pada Guru Besar…terima kasih banyak2 kerana memberi peluang dan ruang pada kita membetulkan situasi yang sebenarnya….dan bersikap terbuka dalam soal ini tanpa berpihak pada sesiapa pun…..apa yang pasti kita bersikap professional dan kewajaran kita sebagai pendidik masih ada dan tidak meletakkan gangguan emosi itu sebagai tanda balas dendam dalam menyertai aktiviti yang dirancang kerana anak didik kita merupakan asset yang paling utama…..sekian wassalm…

Monday, July 05, 2010

Khemah Oh Perkhemahan....

Isnin 5 Julai 2010

Salam......bersua kembali...tajuk posting kali ni..ememem...Khemah n Perkhemahan dua perkataan yang sama tapi berlainan bendanya...entri yang ramai nok marah bila disebut.....tapi kena sebut sebab proses tu kena laksanakan samada suka atau tidak....protes dalam diam aje....sbb sapelah kita yang berani bersuara...bila bersuara dikatakan cakap mengalahkan menteri tapi melihat kelemahan orang lain kelemahan diri sendiri tidak nampak......tu..cakap2 yang tidak mengakui bahawa kelemahan itu datang dari diri sendiri....mengapa mesti mengempel pada orang lain...bila orang melihat kelemahan kita...perbaikilah jangan nok menyalahkan orang lain pulok....

Dari mula letak kerja dah nampak kelemahannya.......selagi tiang seri tidak kukuh macam mana isi dalam nak menyerlah.....rasanya baru lepas sebulan udah buat program yang besar sukan tahunan....rasa penat baru aje hilang..tut...tut berkhemah pulak...nampak sangat perancangan yang lepas batuk ditangga...masing-masing nak tunjuk kehebatan dalam bidang masing2 tapi objektif yang hendak dicapai kabur.....semata-mata memenuhi agenda dan memenuhi takwim sendiri.....bila masing2 kurang menunjukkan respond mula melabel macam2 dan progam yg dirancang tidak kukuh sape yang berani tanggung risiko.....nampak sangat kerja yang membebankan lagi tugas cikgu......masa panjang lagi...lepas upsr boleh buat jadikan sebagai aktiviti tahunan bebudak tu......sbb tu prestasi murid2 tidak meningkat...perancangan tidak sistematik dan tidak mengambil faktor lain......

Ni susahnya.....jika satu kapal ada dua nahkoda....masing2 cuba menunjukkan siapa yang hebat...yang jadi mangsa keadaan bebudak dan cikgu2 lain......Sape yang akan ikut idea kita bila kita lontarkan dalam mesyuarat......penting pendapat ramai diambil kira bukan memenuhi agenda kita semata.....Semua budak2 tu kene masak sendiri.....biar dia orang tahu susah payahnya......ni cakap2 yang dok leh pakai....sape bebudak itu sebenarnya.....dok sampai lagi masa dia orang untuk merasai kepayahan dalam hidup sbb celik mata aje mereka sudah dihidangkan dengan segala kesenangan.....kalau dok percaya bagi sebatang mancis pada setiap guru...letakkan dia orang di tengah belantara seorang diri....okay cikgu pandai2lah cikgu cari jalan keluar untuk hidup.....tengok macam mana reaksi dia orang....baru kita boleh buat perbandingan dengan murid-murid kita.....

Rancanglah sesuatu program biar semua orang berpuas hati...yang nak buat kerja para cikgu bukannya pekerja sekolah....ni soal khemah kita tidak boleh selesaikan macam mana orang nok respect kerja kita.....ni bukan soal remeh temeh.....ni soal kesempurnaan.....ketrampilan dan kesungguhan kita untuk selesaikan masalah orang.....kalau masalah orang bawahan kita tidak dapat selesaikan hilang kepercayaan orang lain pada kita.....

mu memang gitu...semua yang orang lain buat salah....hok mu wat je yang betul....kata seseorang.....tu...no komen....sahabat-sahabat mampu menjawabnya tanpa ada sikap prajudis dan mengkritik biar bertempat....biar sesuatu tu boleh diperbaiki....dan kesalahan yang sama tidak diulang....tu cara memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri.....Sesiapa saje boleh mengkritik...kritiklah apa2 aje yang dirasakan perlu tapi kritikan itu haruslah membina jangan mengutuk...yang baik kata positif yang tidak sedap di mata nasihatlah cara berhemah bukan bercakap di belakang.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...