Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, July 21, 2010

Re-union SPM 1982

Rabu 21 Julai 2010

Salam…. bertemu kembali…..lama tidak bersembang di alam siber…..kesibukan masa yang kita cipta sendiri serta bertapa kita terlalu mengejar masa sehinggakan teralpa kehendak naluri sendiri…..


Posting kali ini berkisar pada pre reunion sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang untk menentukan haluan hidup di masa depan….SPM 1982….tanpa terduga dan di duga idea dan pencetus idea untuk menemunkan kami semula datang dari seorang kenalan yang merasakan dia banyak melakukan kesalahan pada rakan2 masa tingkatan 5 dulu…..Maka dikumpulkan semua nombor telefon mengkhabarkan ideanya untuk berjumpa walau sedetik Cuma….

Idea spontan dalam masa yang terdetik serta tanpa perancangan yang baik maka….dengan Allah punya kuasa kami dapat bertemu serta melepaskan rindu serta berpelukan antara satu sama lain….dan ada yang mengeluarkan air mata tanda gembira…..


ya lah keajaiban yang tidak disangka-sangka maka terkumpullah kami di PPD Dungun pada 20 Julai Hari Selasa kebetulan cuti keputeraan DYMM Sultan Terengganu…Perantaraannya hanya sms sahaja dan berbual-bual dengan beberapa orang kawan melalui telefon…majlis itu Berjaya diadakan dengan kehadiran seramai lebih kurang 40 orang yang bagi aku betul2 komited menggembalikan nostalgia silam datang dari jauh semata-mata ingin bertemu dan bertanya khabar setelah terpisah hamper 28 tahun….


Apa yang pasti…..fiil dan perangai masih lagi sama…Cuma bentuk tubuh aje yang berubah… ramai yang tiada potongan tapi ada yang still gitu…tabik spring aku….wajah ada yang berubah…ada yang hampir tidak dikenali Cuma nama aje yang tidak berubah…..kalau dari dulu perangainya memang suka suka2….selama-lamaya perangai itu tidak berubah…kalau pendiam gitu… leni pun macam tu le….tiada perubahan langsung…..Kalau dari dulu suka berbalah kira2…hingga kini bila berjumpa perkara yang sama berulang….betapa kita terkadang macam anak2 kita….sama tapi tidak serupa…..


Penantian selama 28 tahun terubat seketika hanya 2 jam bertemu aje….apa yang pasti kerinduan itu terubat jua dalam sedetik Cuma….sempat menubuhkan jawatankuasa kerja untuk menyelaraskan aktiviti yang bakal diadakan pada bulan Oktober nanti….Idea spontan tapi semua menunjukkan kerjasama yang baik serta majlis yang berlangsung berjalan dengan lancar…sempat bergambar bersama2 dengan pelbagai ragam….Pada Kamaruzaman nyoir-nama timbangan dia….terima kasih banyak kerana idea anda membuahkan hasil walaupun anda tidak hadir…..tapi semangat yang ditujukkan seolah2 anda berada sama di antara kami. Pada pengerusi kami Cikgu CW Jamil anda memang hebat kerana berjaya mengendalikan majlis pada petang tu dengan celoteh bersahaja dengan idea kelakar dan gurau senda spontan berjaya menghidupkan majlis yang tidak seberapa itu….


Pada semua yang hadir terutama AJK yang dilantik…..Nik anida,Sabariah, napi, razak, saiful,hasnah,rozita.ta,wan hasni,razalina,roslina dan ramai lagi anda semua adalah penggerak kepada pertemuaan seterusnya….InsyaAllah sekirnya kita berniat baik dan ikhlas Allah Taala akan memudahkan segala urusan kita di masa depan……Sekali lagi pada kamalruzaman terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan anda….Tabung yang digerakkan sepintas kilat tu menjaya mengumpul sebanyak RM400 sebagai dana dan landasan bagi aktiviti seterusnya…..Hingga kita berjumpa lagi pada bulan Oktober salam penuh takzim moga kita dipanjangkan usia untuk sama-sama memeriahkan majlis yang akan datang……InsyaAllah…wasalam…

antara yang hadir..



barisan hadapan.....AJK


rakan lelaki yang komited hadir....thanks


No comments: