Khamis 11 Februari 2010
Bila mendengar sembang pagi menerusi radio muzik dengan tajuk perlukah pasangan kita mengingati tarikh2 penting dalam hidup setiap pasangan.....terasa sebu keliru haru biru celaru mencengkam hati......apa tidaknya tarikh2 berikut banyak meninggalkan kenangan yang peribadi dan harmoni dalam hidup kita.....apa tidaknya tarikh yang mengukaikan status dari single ke couple.....dan tarikh kelahiran yang menjelmakan kita ke alam fana ni.....tarikh yg mengikat dan menentukan hala tuju ki ta....semuanya bertarikh....
Penting sangatkah tarikh tersebut untuk diingati dan diraikan......penting ke.....soalan2 begini sering bermain di fikiran......pada aku amat penting untuk diingati dan diraikan.....apa tidaknya dengan tarikh ini segala-galanya bermula.....dari kecil hingga dewasa tarikh ini menentukan umur kita ......dari tarikh inilah kita mendakap kebahagiaan dan kekecewaan dengan teman tidur kita...maka sewajarnya ia dihargai tanpa rasa curigai dan perlu diraikan......
Apa yang pasti......kenangan yang lampau mampu mengimbau kemesraan dan kepercyaan kita pada pasangan sendiri.....tapi....kata seseorang yang mengingatnya hanya kita aje..sedangkan pada pandangan pasangan kita tidak mengambil endah pun atas alasan apa yang penting sangat pada tarikh...apa yang pasti kejujuran,kasih sayang dan kepercayaan itulah yang perlu dirasai dan sentiasa segar dan wangi dalam perhubungan...
Memang betul pandangan begitu.....tapi sekurang-kurangnya ada kejutan dalam perhubungan supaya kita dalam keadaan sedar bahawa perhubungan itu telah lama terjalin tanpa ada kekuatan hanya keseraian bahawa kita sudah dimiliki tanpa campurtangan dari orang lain....
Oleh itu hargailah tarikh keramat itu supaya kita lebih prihatin pada pasangan kita......
No comments:
Post a Comment