Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, February 14, 2010

Avatar filem hebat...

Ahad 14 Februari 2010

sudah lama berangan2 untuk menonton filem avatar filem paling hebat zaman ni..dengan kutipan tiketnya sahaja mencecah berbillon2 dalam masa 2 bulan tayangannya.....ternyata tidak sia-sia menanti kepulangan anakanda dari PLKN cuti Tahun Baru Cina untuk download dlm intenet....untuk ke pawagam rasanya tidaklah ke situ perginye mengalahkan anak2 remaja pulak pada usia yang menjangkau senja ini....

Ternyata sentuhan pengarah, penerbit filem Titannic ini tidak mengecewakan malahan mengangkat martabat filem yang berkonsep animasi komputer mampu menarik ribuan peminatnya melekat di pawagam serta tidak sia-sia bagi mereka melabur sedikit wang untuk mendapatkan intipati dan info dan rasa seronok menontonnya.(saje lebih2 sikit)

Filem yang sarat dengan nilai2 kemanusiaan,emosi. penyatuan,persahabatan, perrcintaan(sikit2 aje) dan aksi pertempuran antara canggihnya senjata moden dengan kekuatan kesatuan serta doa(dlm message filem ni aje) mampu mengalahkan gerombolan tentera yg begitu besar.....

Pada pendapat akulah semacam pengarang ini mengkaji peperangan Nabi Muhammad dengan tentera Quraishy dan tentera Abrahan bergajah yang ingin memusnahkan kaabah tetapi dapat dikalahkan hanya dengan burung ababil.....begitulah rentatan filem ini yang tidak berdaya dapat mengalahkan yg besar....

Eh...jadi pengulas filem pulak...saje-saje menyuarakan pandangan dan pendapat apa yang menarik kita puji yg membosankan kita keji.....keadaannye memang begitu....Rasanya filem ni memakan masa hampir 2 jam kalu tak silap....dan jika sekiranya kita menonton dalam 3D lagi menarik dengan sound sistem,effectnye yang canggih...paling menarik pemandangan yang dipaparkan begitu asyik dan menakjubkan rasanya berbaloi pengarang filem ni mengambil masa selama 15 tahun menghasilkan manuskirp yang tidak terfikir dek akal kita.Oleh itu...suggest aku baik tonton dulu kalu nok CD ni bolehlah....rasanya dok sabar untuk dipertontonkan kepada bebudak itu supaya mereka juga tahu kehebatan filem ini walaupun lambat lagi tayangannya dalam TV Malaysia.....

File:Avatar-Teaser-Poster.jpg





No comments: