Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Saturday, August 29, 2009

Adakah H1N1 Merupakan Konspirasi Kapitalis?

Assalamualaikum.....

mengulas tentang wabak ciptaan manusia ataupn 'bioterrorism', sy ingin mengmbil contoh penciptaan virus komputer.. kita sedia maklum bahawa virus komputer adalah hasil ciptaan manusia semata-mata tanpa ada kena mengena dengan kuasa Allah dan ianya tidak terjadi dengan sendiri kerana belum wujud mana-mana Artificial Intelligence(AI) yang mampu berfikir dan bertindak sendiri. dan tentunya hasil ciptaan ini (virus komputer) dicipta untuk keuntungan semata-mata. sama ada dicipta oleh para hacker untuk mencuri maklumat-maklumat peribadi ataupun untuk merosakkan sistem perkomputeran mana-mana sasaran dan mungkin juga dicipta oleh syarikat-syarikat antivirus agar mendapat lebih ramai pelanggan atas keberkesanan antivirus mereka menghadapi virus hasil ciptaan mereka sendiri.

namun jika dibandingkan dengan apa yang disaksikan dunia sekarang, ia melibatkan virus yang mana hidup dan bernyawa. menggunakan fakta ini sebagai asas pendapat saya, saya tidak mampu bersetuju dengan pendapat bahawa ianya dicipta manusia kerana takut ia akan menjadi suatu fitnah yang adalah salah di sisi Islam hatta jika sasarannya adalah orang kafir yang membenci Islam. namun saya tidak menyatakan yang saya tidak punya gerak hati sebegitu. sesuatu yang melibatkan benda hidup, dalam kes ini virus Influenza A Strain H1N1, terlalu banyak yang tersembunyi dari pandangan kita.

tidak dapat dinafikan wujudnya 'BIOTERRORISM' seprti mana diamalkan oleh golongan2 kapitalis seperti penggunaan bom fosforus putih atau nama lainnya white phosphorus atau white pete (WP). penggunaan bom ini mengakibatkan kesan lecur yang lebih teruk terhadap mangsa walaupun hanya melibatkan kuantiti yang kecil. ini tidak termasuk penggunaan cecair mudah bakar seperti 'napalm' dan sebagainya. dalam kebanyakan perang di era ini, penggunaan bahan seperti ini semakin menjadi-jadi.

jika kita ingat suatu ketika dahulu tatkala dunia dikejutkan dengan kemunculan virus Anthrax yang mampu membawa maut, kecoh setiap kerajaan di dunia sekiranya ada bungkusan kecil yang tidak dikenali sampai ke pintu mereka. tidak dapat dinafikan bahawa virus Anthrax adalah hasil ciptaan manusia dengan kepakaran dalam bidang biosains yang mengubah maklumat genetik sesuatu organisme halus seperti virus agar mengeluarkan kesan yang merbahaya kepada manusia. perkara sebegini dilakukan dengan tujuan untuk membunuh ataupun mencari keuntungan dgn mengugut mana2 pihak.

Virus H1N1(selesema babi) dan H5N1(selesema burung) adalah virus bawaan dari haiwan. ia dikatakan telah bergabung dan berkongsi maklumat DNA dengan virus selesema yang biasa dialami manusia menyebabkan munculnya sejenis virus baru yang lebih tahan kepada ubat-ubatan yang sedia ada. disini kita hanya boleh merumuskan beberapa perkara:
1- Allah telah menciptakan virus2 ini dengan kuasanya untuk menyedarkan manusia betapa lemahnya mereka dan sentiasa beringat bahawa hidup ini hanyalah sementara. mungkin ini juga peringatan bahawa dunia semakin menghampiri penamatnya dengan penularan pelbagai wabak di seluruh dunia.
2. virus2 ini diciptakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan hasil keuntungan penjualan vaksin mahupun melalui pembunuhan besar-besaran untuk mengurangkan jumlah manusia bagi mengurangkan beban kerajaan, yang mana hanya dapat berlaku dengan izin Allah.

sekiranya benar virus ini adalah hasil ciptaan manusia2 yang tidak bertanggungjawab, marilah kita sama-sama berdoa agar umat islam di seluruh dunia terhindar dari perkara2 sebegini. dan semestinya perkara ini terjadi dengan izin Nya, maka berdoalah juga agar Tuhan mengampunkan dosa-dosa kita sebelum kita dijemput menghadapiNya.

salam ilmiah...

No comments: