Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, January 02, 2020

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020..

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Berposting lagi pagi ni..masih lagi di SKPP sebagai pengurus sekolah..rezeki tidak ada lagi untuk balik ke bandar..kurang2 dekat lah jugak dengan rumah..hujung2 usia gini malas memandu tu memang ada tetapi apa kan daya kita just mentimun je..golek2 sini jugak yang sampainya..so berlapang dada ada hikmah disebalik apa yang ada pada kita...kita cuma merancang yang menentukan arah hala tuju perjalanan kita Allah Taala juga...huhu

Walaupun semalam kita menyambut tahun baharu..tetapi hari ni sempat untuk menulis sesuatu untuk menterjemahkan hasrat dan misi untuk 2020 yalah wawasan 2020 yang cuba dijelmakan oleh PM ke 4 tetapi jauh tersasar daripada 9 cabaran yang terkandung di dalamnya...so pada kita azam dan hala tuju tetap sama seperti tahun2 sudah..usia je yang bertambah... Tips2 di bawah ini sebagai penawar hati dan jiwa supaya tenang dan sentiasa rase tawaduk.


  • Sentiasa muasabah diri dalam apa jua keadaan
  • Sentiasa buat yang terbaik
  • cuba memahami dan menjadi pendengar yang baik.
  • Sentiasa berlapang dada apa yang ada pada kita itulah yang terbaik.
  • Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain..walaupun terkadang hati terusik..huhu.
  • Menjadi pengurus sekolah yang disegani dan disayangi.
  • Sentiasa merenung dalam diri cari kelemahan dan perbaiki diri sendiri.
  • Menerima cadangan dan kelpelbagai pendapat dengan hati yang terbuka.
  • Bersangka baik dengan semua orang.
  • Tiada hasad dengki dan menjadi mereka yang berjaya sebagai inspirasi dalam hidup.
  • Sentiasa berdoa dengan Allah mohon keampunan dan diberi hidyah serta kesihatan yang baik.
Semoga segala impian dan misi di atas dapat dituruti dengan baik dan Allah memberikan kekuatan dan semangat untuk terus merasai nikmat hidup di muka bumi ini sebagai hambaNYA serta diberi kekuatan dan beranggapan apa yang berlaku ada rahmat di sebalikNYA..INSYAALLAH..Aaminn.




Tuesday, December 31, 2019

Lawatan ke United Kindom And Konvo Azyan...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Posting hari ini..posting terakhir untuk tahun 2019 sebelum menjelangnya fajar 2020 ..tahun wawasan 2020 yang dilancarkan oleh YAB DR Mahathir Mohamad semasa menjadi PM ke 4 tetapi wawasan yang ingin digerakkan tidak menampakan hasrat dan cita2 beliau sendiri..huhu ..okay posting tertunda lawatan n konvo si Azyan di United Kindom ..Perancangan dibuat dalam bulan Jun lagi dengan membuat tempahan tiket flight Qatar Airline disebabkan perkhidmatannya yang terbaik dirangking ke 4 dunia..so..pada 12 NOV.2019 kami memulakan penerbangan ke sana dengan memakan masa selama 6 jam untuk transit ke DOHA dan 6 jam lagi meneruskan perjalanan kami sehingga sampai di lapangan Terbang Gatewick di United Kindom..Perjalanan yang lama di dalam flight tetapi berbalaoi kerana kami selamat sampai dan merasai kesejukkan yang amat2 setibanya di sana...

Alhamdulliah kami disambut oleh anakda Azyan kerana hampir 2 tahun si Azyan tidak pulang ke Malaysia semata2 untuk menghabiskan PHDnya...Negara penjajah yang menjajah negara kita begitu asing bagi kami dan merupakan negara yang stabil dari segi ekonomi dan kewangannya..mana tidak matawangnya yang agak tinggi iaitu 5.3 dengan duit malaysia RM1.. kurus semangat..tapi apa kan daya demi si Azyan kita pejam mata je..guna duit yang ada sebagai bekalan dan segala perancangan itu dimudahkan oleh Allah..masih teruja dan terbayang macam tidak percaya kami dapat sampai di negara Eropah yang tiada dalam angan2 dan impian pun sebelum ini..semuanya kerana rezeki anak2 kita tumpang sekaki.

Kami berada di bandaraya UK selama seminggu menginap di aparment yang disewa bilik bersama dengan penghuni yang lain...Ownernya kami panggil Kay yang banyak sangat pantang larang dan peraturan2 yang entah2 apa merimaskan kami..kami sempat ke London Bridge ..yang merupakan jambatan yang menjadi mercu tanda kepada Bandaraya UK ..sempat juga kami bertandang ke Borough Market..di sana pelbagai barangan dan makanan yang dijual..begitu ramai pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke sana dan pelancong Malaysia pun ramai yang kami jumpa tapi hampa kerana mereka ini payah untuk betegur sapa dengan kita..asyik kita je yang ramah tamah..adulai orang Melayu kita.. bangga sangat kut dapat ke sana...

Pasar Borough..banyak keperluan yang dijual di sini..kita jadi rambang mata dibuatnya..



 Kalau di Malaysia, Putrajaya adalah lokasi di mana terletaknya bangunan-bangunan kerajaan, kalau di London pula, Westminster adalah tempatnya. Di sinilah terletaknya bangunan-bangunan parlimen dan juga jam ikonik London, Big Ben yang berbunyi pada setiap jam. Di samping itu ,Tak sah kalau melancong ke London tanpa melawat London Eye. The London Eye adalah nama yang diberikan kepada ferris wheel di London yang bersaiz gergasi. Sesiapa sahaja yang bertuah dapat menaiki roda ferris ini dapat melihat  pemandangan yang luas sekitar kota London.

Kami juga berjalan  Oxford Circus ke Tontenham Court Road, terdapat kedai-kedai seperti American Apparel dan Topshop. Sepanjang Oxford Circus dan Bond Street pula terdapat banyak kedai-kedai pakaian berjenama terkenal seperti Zara, Gap dan H&M. Dari Marble Arch ke Bond Street, terdapat  Marks & Spencer, New Look, Selfridges dan Primark.

Kami juga ke Buckingham Palace adalah istana yang menjadi tempat tinggal rasmi Ratu Elizabeth. Selain istana ini, Ratu Elizabeth turut tinggal di Windsor Castle dan Balmoral.Tetapi kami hanya mengintai dicelah2 pagar istana shaja kerana pada masa ini istana itu tidak dibuka kepada pengunjung..



Tidak ketinggalan juga kami ke  National Gallery yang terletak di Trafalgar Square ini. Tak kisahlah anda pencinta seni atau tidak, lawatan ke galeri ini pasti akan membuat kita teruja melihat karya-karya yang dipamerkan.

Kami juga tidak lupa untuk ke Nature Muzeum adalah rumah kepada lebih daripada 70 juta spesimen dengan sekurang-kurangnya 500,000 spesimen baru dimasukkan setiap tahun. Ini menjadikan ia muzium dengan koleksi sejarah semula jadi yang terbesar di dunia!
Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1754 ini (beralih ke lokasi sekarang sejak tahun 1881) mempamerkan koleksi seperti batuan dari bulan, tumbuhan eksotik, fosil dinasour dan tulang dodo.Untuk pengetahuan anda, Natural History Museum adalah salah satu daripada 3 buah muzium yang terpenting di London selepas British Museum dan The Victoria & Albert Museum.
Kunjungan terakhir kami ke British Muzium adalah sebuah muzium yang telah wujud semenjak tahun 1753 dengan hasil koleksi sejarah manusia sejak lebih daripada 2 juta tahun. Antara bahan pameran yang paling terkenal di dalam muzium ini adalah batu Rosetta, mumia-mumia Mesir, arca Parthenon dan banyak lagi.

Kami juga berpeluang ke O2 Arena stadium yang terletak di Greenwich Peninsula in London, England. Sempat menyaksikan perlawanan antara  Dominic Theim dan Matteo Berrettini ..konon nak tegok Rafeal Nadal beraksi tetapi tiket untuk perlawanan itu habis dijual. Stadium Tenis tertutup  yang menempatkan seramai 20K peminat tenis ..disebabkan gayat terpaksa keluar awal kerana tempat duduk penonton begitu curam untuk seat yang paling murah hahahah...

 Sebenarnya banyak2 tempat2 yang menarik kami tidak sempat melawatnya di sebabkan kekangan waktu serta kami terpaksa ke Liverpool untuk menerima anugerah PHD Azyan pada 19 Nov. Tunggu seterusnya episod lawatan kami ke Liverpool..spanyol dan portugal.
Alhamdulliah ..Tahniah Azyan akhirnya berjaya juga menggapai PHD..


Sewa kereta semasa sampai di Portugal..

Menjamu selera di restoran yang menyajikan ikan dan makanan laut sebagai menu utama..veges lah katakan..

Jalan2 di Portugal..Salah satu gereja yang terletak di simpang jalan..gara2 mencari tat Portugis..

Naik train selepas turun flight ke bandar Portugal 


Wednesday, October 30, 2019

Lawatan Murid Asrama..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Berposting lagi..cerita minggu sudah..apa2pun dalam redupnya hari..lawatan murid asrama ke negeri2 sebelah utara gitu..kedah..pulau pinang dan Ibu Negara Kuala Lumpur..ni saje tempat yang dikunjungi..bersama murid2 asrama seramai 30 orang termasuk dengan guru pengiring serta PPM asrama..bermakna yang tinggal di asrama murid kecik2 aje..hihi..

Perjalanan kami menaiki bas 2 tingkat request daripada murid2 huhu ..kita jenis gayat pada ketinggian susah skit..terpaksa duduk di seat bawah bersama hubby peneman setia..orang pencen senang nak bawa ke mana-mana..so dia terpaksa akur dengan keadaan..dah lama ambil masa nak yakinkan supaya ikut serta..demand lah pulak..semua berjalan seperti yang dirancang..

Kami bertolak malam menyusuri lebuh raya timur barat..namanya malam semuanya kelam dan suram ..kami tertidur di dalam bas hingga sampai di Gurun pada pukul 5.30 pagi..sempat solat subuh di majid..Dalam pukul 8 pagi kami makan di RnR mandi dan bertemu dengan cik syikin yang membawa kami melawat tempat2 bersejarah di kedah..pakej lah katakan..sempat ke muzium negeri..Muzium Padi.. Balai Bomba dan makan tengah hari di Menara Berputar di Alor star...memang berputar sungguh..hanyut kita sebab tidur dak cukup..kami dijamu dengan nasi tomato serta buah2an..

Petang terus ke Pulau Pinang dengan hujan yang lebat..ke Padang Kota konon nak menjamu selera di sana..tetapi hampa kerana kawasan tersebut telah dinaik taraf..huhu..memang di kalangan kami tidak kenal tempat makan di PP jadi terus ke Hotel Anggerik ..jangan tanya kat mane hotel tersebut..kita memang buta kayu tempat2 di Pulau Pinang ni...punyalah sempitnya hotel bajet ni nak solat pun tak lepas..huhu kami ketiduran sampai pagi kerana keletihan...tetapi murid2 yang lain ke kedai berdekatan untuk makan malam..

Esok kami berpeluang ke Bukit Bendera...Punyalah ramainya manusia di sana macam cuti sekolah dah..tempat memang cantik dan menarik..tinggalan penjajah masih dikekalkan dengan udara yang nyaman ..sekerat hari jugak berada di sana..yang kurang selesanya terpaksa berasak2 untuk turun dan Q hampir 1 jam..terasa nak tercabut kaki terpaksa berdiri lama..kalau lah hari cuti tentu ramai lagi murid2 sekolah yang datang...

Petang terus ke kilang jeruk Pak Ali ..sempat melihat proses jeruk dibuat dan diasingkan...kita ni bukan pengemar jeruk pun..kata orang tak bagi pun tak rase kempunan pun..bershopping sakan lah jugok..beli untuk sanak sedara yang mengirimnya..selama 2 jam di sana kami bergerak ke Kuala Lumpur ..masa nilah bas kami rosak di tengah jalan..dalam keadaan hujan yang renyai2..perut dah mula berkeroncong..bas selamat sampai di RnR Tapah..solat dan makan di situ...hingga kami bertukar bas terus ke hotel Adya yang terletak di jalan TAR..rupa2nya hotel ini milik penuh kerajaan Negeri Kedah..kami sampai di sana pada pukul 2 pagi...kepala pun dah ting tong..pening n penat dengan perjalanan yang jauh...semua program terencat sedikit...

So pagi esok bas yang lain yang ambik kami ke mane yer...adula kelupaan tahap gaban ni..yang dekat dengan IKEA tu...KIDZANIA lah terpaksa log untuk cari nama tempat ni hihi(skip 10 minit recall semula) adula...murid2 kami teruja di sini semua nak merasa kerjaya mereka..kami cikgu2 ni meredah IKEA tempat yang wajib pergi jika ke Kuala Lumpur...tenang bila berada di sini..penat dah apa janji dapat menikmati suasana deko yang cantik dan menawan..hihi..

Disebabkan bas yang kami tempah masuk workshop banyak masa terbuang di situ...plan asal nak ke GM Klang terpaksa dibatalkan kerana hari dah lewat serta hujan yang tidak berhenti2 daripada pagi..kami hanya ke kenanga Mall saje...walau rasa terkilan tetapi terpaksa akur dengan keadaan..so berlapang dada lah..

Kami sampai di Dungun pada pukul 4 pagi...nasib cuti hujung minggu kalu dak terpaksa mohon cuti untuk selamat diri yang hanyut dan ting tongggg gitu....



Sempat ke Gelari P Ramle di Pulau Pinang..tidak banyak kisah diceritakan di sini..kata penjaga gelari ini..di sini diceritakan kisah kelahiran dan serba sedikit pembabitan beliau dalam industri muzik dan perfileman...Lihatttt lah pandanglahhhh aku...hihi



Thursday, October 03, 2019

Kata Hati..Sentiasa Pasti!


Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Berblog lagi...nampak gayanya sebulan satu post sahaja yang sempat dipostkan huhu sibuknya kita dengan urusan dunia dan urusan hati..sebab hati perlu dijaga terlebih dahulu supaya ia menjadi tenang setenangnya ..jiwa lebih tenteram serta hidup perlu diteruskan dalam apa jua keadaan yang ada...siapa kita untuk menidakkan keupayaan hati menjadi rakan terbaik dalam mengharungi liku2 kehidupan yang saban hari rencam dengan pelbagai cabaran dan dugaan lebih2 lagi pada kita yang bekerja ini dan berada di atas tapak pentadbiran..semua hati perlu dijaga..terkadang hati sendiri terluka tanpa sempat diubati pun..

Dan kita bukan seorang yang sempurna untuk menjadi yang terbaik kepada semua orang...tiada yang sempurna dalam hidup ini...kerana ciptaan Allah Taala ni dalam pelbagai kemahuan dan misi visi dan hala tuju yang telah ditetapkan...merajuk ke hanya kita je yang selesaikan sendiri...so buat yang terbaik supaya suatu hari nanti ada je orang akan menghargainya..so berlapang dada...





Sunday, September 08, 2019

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2019..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid2 terutama anak2 didik SKPP semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan berhati-hati membaca soalan. Fokus kepada soalan serta menjaga keselamatan diri sentiasa. Kami warga SKPP sentiasa mendoakan moga kejayaan milik kita. Peperiksaan kali ini berselang minggu iaitu 4 & 5 september untuk paper BM dan BI pada minggu seterusnya 10 & 11 September 2019 untuk paper MT dan SN.. disebabkan banyak cuti yang telah digazetkan....so masih ada 2 hari berbaki untuk murid2 mengulangkaji pelajaran serta mendapat bimbingan daripada cikgu2.. kepada semua guru yang mengajar tahun 6 khidmat dan pengorbanan cikgu tiada tolak bandingnya..


Tuesday, August 20, 2019

Lawatan Prasekolah...Meriah!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Posting tertunda tetapi masih sesuai untuk diceritakan di sini..lawatan bermaklumat anak2 pra sekolah SKPP ke Melaka dan Kuala Lumpur...meriah dengan ragam dan karenah budak2 kecik ni..kita tumpang sekaki sekadar ambik hati guru pra Cikgu Haron yang tidak jemu2 memujuk GB turut serta sebagai penguat semangat katanya...kita apa lagi bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus je setuju...bagai alasan lah yang diberikan menyebabkan kita setuju je heheh..

Berjalan dengan budak kecik ni kesabaran mesti kene cukup tinggi...sebab diorang ni cepat letih n mengantuk dan tidak tahan panas..nasib baik setiap peserta ibu bapa mesti turut serta nak harapkan pembantu pengurusan murid jaga..pengsan diorg tu dengan ragam diorg ni...Kami bertolak pada pagi Rabu dan terus ke Melaka sempat berkunjung ke Dataran Pahlawan..ingatkan hari bekerja dan tidak cuti sekolah tidak ramai pengunjung rupa2nya ramai pengunjung dari luar yang sama2 melawat di situ...agak2nya tourits dari negara China..sebab belum cuti sekolah lagi tu...dah ramai gitu..sempat ke kilang membuat mee Mamee ..di situ murid2 ni ditunjukkan cara memproses mee segera dan diberi peluang menambah perisa pada setiap mee yang dimasak...seronok dan menariklah pada kanak2 ni kita orang dewasa ni tengok je lah...sempat jugok melawat kota A farmosa dan kawasan sekitarnya...dak sempat naik teminal Taming Sari..sebab kami sampai dah lewat..

Kami menginap di Wisma Belia Bukit Tunggal Melaka..macam tinggal di asrama je...masing2 penat dan tidur dengan lena dan pada pagi esoknya kami berpelung ke Zoo Melaka...Hanya rombongan kami sahaja yang berada di situ..mungkin sebab belum musim cuti lagi..apa2 pun macam dak menarik je zoo ni sebab tidak banyak binatang yang ada di situ...Kerajaan Melaka kene buat sesuatu untuk menarik para  pengunjung...supaya suasana menjadi lebih meriah lagi...

Selepas itu kami terus ke Kuala Lumpur..dak sempat berkunjung ke mana2 hanya sempat ke Kenanga Mall sahaja...ni acara orang tua2 je...shopping di situ ambil masa 3 jam tu pun masing2 macam tidak rata meneroka dalam Mall tersebut..perjalanan 2 hari cukup memenatkan..tapi ok je...

Insya Allah masih menunggu lawatan Asrama pada bulan Oktober nanti jika diizinkan sebab tarikh tersebut macam hampir sangat dengan kunjungan ke UK semperna konvo anakde..Insya Allah admin akan update dari semasa ke semasa aktiviti yang akan berlangsung...



Hubby ikut serta.. peminat setia setiap kali sekolah mengadakan lawatan...

Monday, July 22, 2019

Dilema Sekolah Yang ada Asrama..!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...


Bertemu kembali di alam siber...musim para jemaah kita dijemput dan diundang Allah ke Tanah Suci Mekah mengerjakan haji..alhamdulliah sampai masa kita dijemput ke sana..Tahun ni ramai di kalangan waris dan sepupu sepapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci ...kita tumpang bangga kerana muda2 dah berpeluang ke sana..InsyaAllah sampai masa kita akan menyusul yer..

Berbalik pada tajuk posting pagi ni...susah juga yer sekolah yang ada asrama ni terutama sekali sekolah rendah yang ada asrama desa yang mana 100 Peratus KPM yang sapport semuanya berbanding dengan asrama harian yang lebih kepada penghuni terpakasa membayar seringgit sehari mana yang kurang berkemampuan free saje yer.. So SKPP sekolah yang letaknya pinggir bandar dari bandar Dungun perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja...Asrama dibina atas kapasiti murid-murid ini kurang berkemampuan daripada segala aspek.. kapasiti muat untuk murid-murid ni seramai 100 orang sahaja.. tetapi jumlah penghuninya seramai 80 orang sahaja daripada pelbagai latar belakang serta sekolah2 yang berdekatan..

Yang menjadi persoalan di sini..rata2 yang menghuni di sini dari kalangan mereka yang ada masalah keluarga...Penceraian kedua2 ibu bapa faktor utama dan jalan terbaik adalah menghantar anak2 ke asrama kerana budak2 ini ditinggalkan bersama ibu2 mereka dan ada yang tok dan toki yang jaga daripada kecil lagi...bila keadaan ini berlaku anak2 yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan kerana ibu terpaksa mencari nafkah untuk menampung keluarga..ya lah ramai sangat di luar sana suami yang lari dari tanggungjawab wajibnya huhu...Sekolah menjadi tempat untuk menjaga murid-murid ini..belum lagi yang timbulkan 1001 masalah kepada sekolah dan asrama kerana masalah disiplin dan kurang perhatian daripada keluarga...

Kes terbaharu...ibu bapa yang menghantar anak2 ke asrama kerana ibu bapa tidak mampu mengawasi anak2 kerana mereka yang lebih terpengaruh dengan game yang ada di dalam handset dan tidak mengulangkaji pelajaran di rumah..24 jam berkepit dengan media sosial dan jalan paling selamat untuk menyelesaikan masalah ini dengan menghantar anak2 ke asrama atas alasan asrama ada peraturan dan mampu mendisiplin anak2 mereka dengan baik..tu lah antara masalah yang terpaksa pihak sekolah dan asrama tangani dengan cukup berhati2 kerana kita tiada  alasan yang kukuh untuk menolak hasrat ibu bapa kerana permis sekolah adalah hak kerajaan dan sekolah tiada hak untuk tidak menerima murid2 untuk belajar di sini..

so..selaku pentadbir dan guru-guru yang ditugaskan menjalankan amanah dengan sebaik mungkin dan melayani karenah ibu bapa yang terkadang entah apa2..banyak mengajar kita sebagai guru...masalah yang timbul bukan daripada anak2 mereka tetapi ibu bapa yang terlebih pandai daripada cikgu2 sekolah... so kami dididik supaya sentiasa berlapang dada dan didiklah anak2 mereka dengan sempurna...