Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, March 21, 2019

Khasiat Daun Pegaga...

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa...moga dalam rahmat dan keberkatan Allah taala juga..kerja buat yang dilakukan juga sebaiknya dengan redha dan rahmahNYA jua..InsyaAllah..

Posting pagi ni..terbaca satu artikal yang menyatakan khasiat daun pegaga samada dalam bentuk jus atau daun mentah jika diminum dan dimakan amat banyak khasiat dan kelebihannya samada untuk tubuh badan juga untuk minda dan juga awet muda...selama ini nenek moyang n ibu bapa atau orang yang lama2 dulu sememangnya menanam pegaga ini di halaman rumah serta di tepi telaga je tetapi pokok ini memang cepat tumbuh dan melair di laman rumah kita..cuma kita aje yang orang bandar ni seakan melupakan khasiatnya kerana kita nak yang cepat dan segera saje..

Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.
Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat a­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. Pepaga juga diaktakan serba herba yang mampu menurunkan tekanan darah tinggi jika diamalkan berterusan.
Oleh itu, bermula hari ini sajikan pada keluarga herba pegaga sebagai altenatif dalam hidangan kita dan boleh dijadikan jus untuk diminum sebagai minuman harian kerana 1001 khasiat yang terkandung di dalamnya.




Wednesday, January 23, 2019

Kata Hati..selamanya yang terbaik!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Bersua lagi dalam alam maya ni..kata orang tulisan yang dipaparkan mencerminkan kata-kata si penulis itu sendiri..terkadang kita lebih percaya kepada tulisan daripada kata-kata yang diucapkan kerana tulisan sebagai evident tapi kata2 yang keluar bagai angin yang lalu..esok dah tak ingat apa yang diperkatakan..tetapi bila menyentuh hal peribadi kita..sampai bila2 kita akan ingat kata2 itu...hebat kan...

So..masih di pejabat sambil mengelamun entah apa yang tercetus di benak ini membuatkan hati terasa tenang dan kita rasa dunia ni kita yang punya..kita lupa seketika tugas kita yang tidak pernah surut pun..kita cuba bermain dengan kata-kata...kerana melalui kata2 kita rasa bahagia..tapi melalui kata2 kita juga akan derita kerana bukan semua orang akan berkata2 mengikut kata hati..selebihnya banyak membawang dan mencari kesalahan orang lain...pada kita yang sentiasa cuba bersangka baik sering menjadi mangsa pada keadaan yang ada...hati tiba2 terasa terusik dengan kata2 itu..meski pun tiada apa yang tersurat sekadar ucapan meluahkan rasa ketidakpuasan hati..semua orang bebas mengeluarkan pendapat dan kata2..pendek kata tidak terbatas kepada apa yang ingin disampaikan..so berlapang dada..jadi yang terbaik..positifkan pemikiran..anggap semua itu baik2 saje..jangan cuba menghukum diri sendiri dengan perkara-perkara di luar kotak kerana kita hidup atas diri sendiri tanpa meminta apa2 pun daripada orang lain...

Bukan membangga diri dengan apa yang ada tetapi sikap sederhana dan anggap semua kejadian itu adalah sudah ditakdirkan.. percayalah Allah dah tahu apa yang terbaik untuk diri kita...sentiasa mengingatiNYA dalam apa jua keadaan..berdoa dan meminta sesuatu yang baik agar segala-gala yang akan dikecapi adalah yang baik2 saje..terima seadanya dia dalam hidup kita kerana dalam usia gini tidak perlu memikirkan perkara yang songsang dan menindakkan apa yang telah dianugerahkan kerana itulah yang terbaik untuk kita...


Wednesday, January 02, 2019

Selamat tahun Baharu 2019..

Assalamulaikum dan salam Sehati sejiwa

Bertemu kembali dalam sinar baru 2019 dengan azam baru serta banyaknya perancangan dan program yang terlintas di hati...dengan semangat baru dan cita-cita sebagai guru yang tidak pernah padam...so masih di SKPP menjadi pengurus yang menjadi idola dan perhatian daripada anak buah serta akan lebih komited dalam bidang pengurusan..cuba buat yang terbaik serta menjadikan anakbuah sebagai rakan strategik yang sama-sama mampu membangunkan sekolah dan menjadikan sekolah sebagai wadah untuk melahirkan anak2 bangsa yang boleh dikagumi..InsyaAllah..Selamat Tahun Baru 2019..


Sunday, December 16, 2018

Happy Retirement....!

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa...bertemu lagi dalam cuaca yang hujan dan suasana yang sejuk..biaselah bila time musim tengkujuh gini cuaca memang tidak menentu...nak bercuti juga bimbang..yelah kut2 banjir di tengah jalan..tersangkut kita kat negeri orang...

Posting petang gini masih di pejabat dak tahu nak buat apa time cuti gini..GB kan waktu bekerja macam penjawat awam lain..waktu pejabat..memang dak best langsung sebab kita asalnya daripada cikgu yang sememangnya bulan disember memang bercuti....kata orang duk tunggu sekolah...adula..sebab tu ramai di kalangan kami tidak memohon jawatan GB..ni salah satu faktornya.. so berlapang dada..kata PT kita cikgu ambil cuti cikgu cuti cikgu banyak lagi...hihi

Happy retirement to my hubby!! huhu best dah rasanya menghabiskan sisa2 hidup sebab dah 38 tahun bergelar cikgu...kata orang jiwa cikgu tu masih kental...bila diajukan bilangan perkhidmatan kepada orang lain semuanya terkejut...katanya panjangnya masa berkhidmat..tu kata..kalu ikut perjanjian 60 tahun baru pencen ni 58 masih sihat dan bertenaga...katanya masa tengah sihat ni kene pencen kalu dah heret kaki tu ramai yang akan mengata...betul jugok yer...so cikgu Shafeee selamat bersara dan berehatlah di rumah...nak pergi melancong kita tak pencen lagi tunggu perkhidmatan 30 tahun akan menyusul...Insyaallah dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik..penyakit tu akan datang bila2 masa aje..yang penting ingat pada Allah kerana segala-galanya datang daripadanya..huhu...

Hebat jugok majlis persaraannya...tema koboi lagi..pening kita nk cari pakaian koboi untuk dia..yang pasti sampai sekarang koboi perempuan kita dak tahu pakaian apa yang sesuai...hihi kelakar pun ada..tapi yang pasti memang menjadilah tema tu...tabik pada cg2 SK Kompleks Rantau Abang kerana berani membuat perubahan...kita tumpang sekaki memeriahkan suasana bersama anak-anak yang kebetulan ada di rumah..Disebabkan sir Shafee ini cg Bahasa Inggeris di sekolah..lagu2 yang diputar kan pun lagu Inggeris kegemarannya...HAPPY RETIREMENT!





Saturday, November 10, 2018

Lawatan Murid Asrama...Tahniah!

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa

Posting petang gini setelah cuti hujung minggu cukup sempurna dan tenang sekali...rasa2nya kene pencen awal kerana cuti membuatkan hati kita jadi tenang,,damai hilang rasa stress yang penting 100% masa bersama keluarga cukup bermakna hehe..payah nak dapatkan masa kualiti gini melainkan kita bebas daripada ikatan perjanjian dengan KPM...

so entry tertunda tetapi still avaliable lawatan bermaklumat bersama dengan murid-murid asrama cukup bermakna dan menepati tujuan asal memberi ilmu serta pengalaman baru kepada budak2 ni melihat keindahan alam ciptaan tuhan...Alhamdulliah kali ini GB turut serta bersama dengan hubby serta sibongsu Azeem..peluang begini kalau tak rebut payah untuk dapat bukannya apa kalau kita nak melancong bersama keluarga memang payah sekarang sebab masing2 dah bawa haluan sendiri..

Kami bertolak daripada sekolah sekitar jam 12 tengah malam bersama dengan 40 orang peserta yang lain..destinasi dalam takwim KL/ Perak/ Cameron Highland satu2 tempat yang pada kita kali ke 2 menjejakkan kaki ke sana..hihi. Program pertama di KL sempat melawat Petrosains yang selama ni tak pernah masuk pun dalamnya..kali ini kepuasan itu terasa..pengembaraan selama 2 jam berbaloi tetapi masa tidak mencukupi kerana kami diminta ke aquateria di KLCC masih berdekatan dan berjalan kaki aje ke sana...namanya rombongan bila dah ramai begini ada aje yang ketinggalan dengan penat dan letih dilambung bas...masing2 keletihan kerana tidur tidak cukup di dalam bas..suasana dah banyak berubah masa kami sampai dulu lebih kurang 5 tahun yang lalu..menginap di Citin Hotel yang ke dalam skit hotelnya terpaksa mengheret beg pakaian yang berat...macam manalah AJK lawatan boleh memilih hotel yang terperuk gini sedangkan byk lagi hotel yang low price...bingung kejap kita..

Keesokan hari terus ke Perak melawat Kilang labu sayong di kampung Sayong(rasenya betul dah nama kampung tu hihi) di sini kami membeli labu..periuk tanah kiriman cikgu2 serta cenderahati pihak asrama kepada guru2..sempat juga diajar cara membuat labu sayong serta cuba jaya membentuknya...mcm2 paten yang aneh2 tercipta hahaha...tapi amat menyeronokkan dan terhibur...selama sejam di sana kami bertolak ke Cameron Highland tempat yang sangat2 dinantikan untuk ke sana...kata orang tak berpeluang ke oversea pun tak apa di sini suasana kesejukkan sudah terasa hingga ke tulang hitam...sejuk yang amat2 ditambah pada petang itu hujan turun mencurah2...di sepanjang perjalanan jalan yang sempit terlihat tanah runtuh..kecut perut jugak dibuatnya dan kami  sentiasa berdoa agar perjalanan kami selamat sampai..Kami tiba di tempat penginapan iaitu Cameron Highland Agro Resort disajikan pemandangan yang cukup cantik..kawasan penginapan kami dikeliling pokok strawberry yang berbuah..memang teruja n tak puas di pandang..chalet dalam kawasan ladang gitu nanti admin pautkan Facebooknya

Malamnya pula kami dibawa ronda2 ke Tanah rata..kami melewati pasar malamnya..tapi sayang banyak tempat tidak sempat menjengahnya disebabkan hujan yang tidak henti2..perjlanan kami tersekat2 ditambah pula bas kami terpaksa diparking jauh..lenguh lagi kaki2 ni huhu..Kami ketiduran sehingga pagi dengan sejuknya malam yg tidak perlu aircon pun..pagi esoknya bermula lawatan ke tempat2 menarik di sana terutama ladang teh boh..kee farm..taman Botanical yang jabatan pertanian punya..terpegun dengan kecantikan bunga2 terutama bunga ros dan orkidnya dengan yg harga berpatutan..terkilan sebab tidak berupaya membelinya memandangkan kami menaiki bas..my Hubby pulok panjang lebarnya syarahannya...semuanya hanya tengok dan telan air liur je huhu...bertek suatu hari nanti akan ke sana semula tanpa hubby hahahaha....So lihatlah gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan dan kenangan pada semua..InsyaAllah jika ada kesempatan kami akan datang melawat semula....



Time ni paling best sebab berpeluang petik sendiri buah strawberry ...pengalaman yang sukar dilupakan...pada kita yang tidak dapat dan payah nak dapatkan peluang gini...

Bergaya sakan di Taman Botanical Mardi...

Sekitar lawatan ke Tugu Kebangsaan dan KLCC

Montelnya aku huhu bersama hubby..cafe ladang teh dengan nyamannya angin..
Tidak dinyatakan terlepas pandang...berkunjung ke muzium coklat diberi pendedahan cara-cara coklat dibuat..




Monday, October 15, 2018

Akhirnya Berjaya...Bangga!

Assalamulaikum dan  Salam Sehati Sejiwa..

Posting pepagi ni..akhirnya berjaya juga walaupun tidak johan tetapi sekurang-kurangnya dapat naib Johan kiranya sangat bermakna dalam kejaya sebagai seorang pengurus sekolah.. Tahniah dan syabas kepada team PSS kerana kerjabuat yang tidak pernah jemu berjaya mengondol Naib Johan anugerah PSS peringkat Negeri dengan karenah GB yang terkadang memeningkan kepala mereka...yalah apa tidaknya kerana ada je GB yang akan mengarahkan kami semua baiki apa yang tidak berkenan di hati di saat akhir..hehe..kata mereka..kita dengar je..memang nak kan kesempurnaan kita ikut apa boss kata sebab bos terlebih dahulu makan garam daripada diorang dan tahu selok belok bagaimana hendak mengurus PSS dengan baik...

Rasenya ini adalah anugerah yang peribadi sebagai seorang guru..kata orang bukan senang untuk mendapat pengiktifan yang semua orang tidak mahu..Bila diberi tanggungjawab oleh PKG kita terima tanpa bantahan dan merasakan kenapa tidak dicuba dengan kapasiti guru-guru mudah dan senang diajak untuk memulakan sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada sekolah..so bila diadakah mesyuarat dan diterangkan dan dimudahkan segala-galanya semuanya bersetuju..kan senang kerja itu..kita bimbing dan beri idea bagaimana nak wujudkan PSS berkonsepkan PAK 21 sokongan dan idea daripada pengurus sekolah amat penting...sebab kita tahu hala tuju misi visi yang ingin dibawa...buat sehabis baik kalah menang adat bertanding..ayat yang sering diucapkan ketika perjumpaan diadakan bersama-sama dengan mereka..walaupun tidak menjadi johan setidak-tidaknya ianya menjadi pendorong untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada..InsyaAllah tahun depan kita nekad untuk johan dan dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Kepada warga sekolah "Pisang Sesikat susu Sebelanga, Tanda maufakat Bersama-sama" amat dititkberatkan dalam menentukan kejayaan sesuatu program yang dirancang. Rasenya tahun depan nak tumpukan kepada pembestarian ICT di peringkat daerah dan negeri kerana penggunaan frog Vle cukup memberangsangkan dan melepasi KPI peringkat kebangsaan.InsyaAllah




Tuesday, September 25, 2018

Jom Belajar.....!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Jiwa...

Entry petang ni..duk seorang2 di pejabat ni sambil mendengar radio..tetiba rasa nak berblog ...yalah murid-murid tahun 6 sedang menjalani peperikasan UPSR 2018..doakan mereka berjaya menjawab soalan dengan baik dan kita sebagai guru ini sentiasa berkehendakkan kecemerlangan kepada murid-murid serta pihak sekolah..bebudaknya kasihan jugok memaksa mereka membuat sesuatu di luar keupayaan pemikiran mereka walaupun gred bukan fokus utama tetapi kemenjadiaan murid dititk beratkan..itu kata yang tersurat tetapi di sebalik itu kecemerlangan n kejayaan juga yang menjadi fokus utama huhu....so pihak sekolah yang tersepit...redha n pasrah je...

Dua hari asyik menyiapkan blog PSS sekolah..bukan tidak mahu mengarah guru ICT tolong buatkan tetapi dah kita mahir buat...buat ajelah bukan payah pun dah minat gitulah....bila hati diulit kenangan lalu kita rasa suka bekerja sendirian dan kerap mengelamun seorang diri..mengingati segala2nya..saat begini hati cepat terusik dalam perkara yang remah je..tapi gitulah..payah juga ya nak memaafkan kesalahan yang mungkin kita tidak sedar ucapan itu terucap tetapi bila yang empunya diri ini terlibat sampai bila2 pun ucapan itu teringat2 huhu...menjaga hati bukan macam kita jaga kereta kita..tetapi perlu pada kasih sayang..cakap yang baik2 repect antara satu sama lain itu yang penting...bila berbangkit pada menyalahkan diri orang lain sedangkan kita anggap kita cukup sempurna dan semua kesalahan itu orang punya...kita jadi ego tidak bertempat....susah juga ya nak menyedarkan golongan ini..seperti kata-kata di bawah ini cukup terkesan untuk dipostkan di sini...

                           Jom Belajar


  • Belajar Menerima Kelemahan Diri Sendiri.
  • Belajar Menerima Teguran Dari Orang Lain
  • Belajar Menjadi Manusia Manusia yang Bersyukur
  • Belajar Untuk Memperbaiki Diri Sendiri
  • Belajar Menjadi Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri
  • Belajar Menghormati dan Menghargai Orang Lain
  • Belajar BERSYUKUR atas pemberiaan ALLAH
  • Belajar Untuk Lebih Banyak  Memberi Kerana Anda akan Lebih Banyak Menerima Dari Sumber Yang Tidak Di sangka2 "Rezeki Allah izinkannya"
@ Mari belajar dan amalkan..