Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, March 21, 2019

Khasiat Daun Pegaga...

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa...moga dalam rahmat dan keberkatan Allah taala juga..kerja buat yang dilakukan juga sebaiknya dengan redha dan rahmahNYA jua..InsyaAllah..

Posting pagi ni..terbaca satu artikal yang menyatakan khasiat daun pegaga samada dalam bentuk jus atau daun mentah jika diminum dan dimakan amat banyak khasiat dan kelebihannya samada untuk tubuh badan juga untuk minda dan juga awet muda...selama ini nenek moyang n ibu bapa atau orang yang lama2 dulu sememangnya menanam pegaga ini di halaman rumah serta di tepi telaga je tetapi pokok ini memang cepat tumbuh dan melair di laman rumah kita..cuma kita aje yang orang bandar ni seakan melupakan khasiatnya kerana kita nak yang cepat dan segera saje..

Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.
Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat a­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.
Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.
Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.
Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. Pepaga juga diaktakan serba herba yang mampu menurunkan tekanan darah tinggi jika diamalkan berterusan.
Oleh itu, bermula hari ini sajikan pada keluarga herba pegaga sebagai altenatif dalam hidangan kita dan boleh dijadikan jus untuk diminum sebagai minuman harian kerana 1001 khasiat yang terkandung di dalamnya.




No comments: