Aku sememang minat dan teruja bila mendengar lagu-lagu si Rossa ni......dia punya suara ada umpp....terutamanya lagu ini....kau orang bolehlah karoke bersama-sama....lepas tu baru boleh komen.....
Wednesday, June 10, 2009
Monday, June 08, 2009
Sekeping kad........

Salam...ketemu lagi....baru tadi aku terima sekeping kad hari lahir.....satu2nya puteri dalam keluarga kami...dia aje yang kreatif sering melayang kad pada ibunya....orang perempuan ni dia elert sikit pasal mengingati tarikh penting....kalu sang lelaki sekadar ucapan dan sms aje....itu terlebih bagi dia orang...anyway thanks pada sha banyak2......
Friday, June 05, 2009
Tatapan Jiwa.....
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"
Wednesday, June 03, 2009
Jalan Menuju keimanan yang sempurna.......
Semasa melayari intenet aku terjumpalah....posting ni....kukira amat berguna untuk dihayati dan diamalkan semoga apa yang memberikan kebaikan akan menjadi wadah sepanjang usia kita...insyaAllah
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usik dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11.. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17... Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
! ; dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
cuti...cuti.....bermula

yahooo.....cuti sekolah udah bermula....rasanya saat yang paling tenang dan tenteram...kelas tambahan udah habis.....anyway masa untuk keluarga.....and hubby yang tersayang....kemas rumah...masak-masak...apa-apa aje yang difikirkan sesuai....masa mengoreksi diri sendiri....membetulkan apa yang patut...untuk anak-anak....masa membawa mereka bercuti....ke mana ya....ni yang pening ni....ongkosnya semakin menipis...
Selamat hari Lahir ke..........
Berposting lagi......kali ini usia aku menjangkau di ambang senja....masa cepat beredar...baru semalam rasanya mengecapi hidup awalan 30an....tapi sekarang menghampiri 50an.... aku seperti dulu...dulunya...menghitung hari...mengulit kenangan....sesekali memintal pelangi di mata.....cuba menokah arus dalam menyanyam kehidupan....banggakah aku....meninggi dirikah aku...cuba mengurai sekelumit resah yang bersarang dalam diri....pentingkan dirike aku ini.....ni perkara-perkara yang seirng menghantui diri sendiri.....apa pandangan kau orang tentang diri aku sepanjang engkau orang bersahabat dengan aku.....aku sebenar cuba menegakkan kebenaran....memilih kata hati sebagai panduan hidup.....cuba memberi sesuatu yang sempurna dalam sesuatu perkara bukan cuba menonjol diri sendiri....inginkan kesempurnaan dalam kerja...ingin yang terbaik.....cuba menjadi sepohon insan yang baik...yang tidak berbuah hasad dengki...melihat sesuatu perkara dengan positif...tetapi ada....suara-suara yang cuba menindakkannya......duhai...wajarkan aku mendiamkan diri....mengangguk tanda setuju sedang jiwa aku mencemuh....patutkah begitu...atau menjadi aku seperti dulu.....menokah arus mencari keserasian dalam
segala hal....
More BIRTHDAY graphics
.
segala hal....

.
Subscribe to:
Posts (Atom)