Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, June 08, 2022

selamat Bersara untuk diri sendiri...

 Assalaimulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Bertemu kembali dalam lewatnya malam..tetiba terasa ingin mencoretkan sesuatu di laman sesawang ini walaupun  dalam detik waktu ini..Selamat Bersara Untuk diri sendiri pada 1 Jun 2022 sempena dengan tarikh lahir yang ke..... saje pinta tarikh tersebut sebagai indikator untuk bersara dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun di bidang pendidikan ditambah 3 tahun semasa menjawat jawatan guru sandaran tidak terlatih..begitu lah sudah tersurat diazali lagi bahawa title guru adalah jawatan yang sesuai di sandang dan menjadi sebahagian daripada liku2 kehidupan sebagai seorang yang berkerjaya serta seorang ibu yang fungsinya sama mendidik dalam ruang yang begitu lebar dan rencam dengan pelbagai karenah dan dugaan sepanjang bergelar seorang guru biasa..sehingga menjawat pelbagai jawatan dan yang paling tertinggi dalam career pendidikan iaitu  GURU BESAR..

Perjalanan perguruan yang lama dengan melibatkan sebanyak 11 buah sekolah sepanjang 32 tahun berkhidmat...ada yang kata kenapa terlalu banyak sekolah...mungkin sikap menokah arus menjadi salah satu penyebab beralih dari sebuah sekolah ke sekolah yang berlainan...mungkin yer mungkin disebabkan kenaikan pangkat menyebabkan peralihan sekolah2 tersebut...apa yang menarik sekolah yang banyak menjadikan kita sangat terkenal di kalangan guru2 kerana setiap sekolah yang dihuni akan bertambah sahabat dan kawan serta dapat menjiwai segenap sekolah yang ditempatkan...dengan ratusan anak didik yang diasuh dan dapat menjawat pelbagai jawatan di peringkat tertinggi dan tidak kurang juga anak didik yang dulunya sering dimarah dirotan tetapi hingga sekarang masih mengingati gurunya dalam pelbagai situasi..syabas dan tahniah kepada mereka semua...dan cikgu seperti sediakala masih seorang guru sehingga hayat dikandung tanah kerana title guru sentiasa bermain di bibir dan menjadi title yang terlalu dihormati sampai bila2..

Bersara bermakna pencen atau quit dalam perkhidmatan awam dan menjadi orang awam yang tiada peraturan khusus..menjalani kehiduapan seperti biase..tanpa berkejar2 di waktu pagi..tanpa ada arahan dari pihak atasan..tanpa ada data dan teguran..tanpa berhujah dan menyampaikan ucapan..sesekali menyanggah pendapat PPD dengan prinsip berkatalah benar walaupun pahit..tiada algi surat tunjuk sebab yang dirasakan mencemar reputasi sebagai seorang guru besar dan pada hematnya menunjukkan kuasa itu melebahi segala-galanya sedangkan dalam situasi yang berbeza dan dalam organisasi yang berbeza...huhu begitulah bila kuasa menguasai diri sendiri hilang pertimbangan dan kewajaran daripada seorang pemimpin .. semuanya menjadi kenangan dan ingatan dalam lipatan sejarah bahawa selama ini komputer dan data adalah mainan setiap hari.. tiada lagi ungkapan "baik boss" serta perbentangan projek..ts25 lah ..PBD lah..murid ponteng dan karenah guru2 yang macam2 ragam..yang terkadang menyesak hati menyerabut fikiran..stress pada suasana kerja yang "mesti siap dengan segera" sekian2..memeningkan terkadang mual ada masa letih minda dan fizikal..huhu..

Persediaan waktu bersara nak buat apa...soalan cepu masa dan terkadang malas nak menjawab persoalan demikian...bersara means duk diam2 sambil melayang fikiran..membelai jiwa..melihat ke dalam diri..bermunajat kepada Allah..sambil mendekatiNYA dalam ruang lingkup keseorangan..cuba mendalami ilmuNYA tanpa ada batasan dan gangguan...so sedikit waktu yang tersisa ini diisi sebaik mungkin selagi tidak dijemput...lebih2 lagi ada masa untuk bersama dengan si dia dengan lebih lama lagi..hihi















No comments: