Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, December 07, 2017

Majlis sambut menantu..selesai sudah!!

Khamis 5 Dec.2017

Assalamulaikum..salam sehati sejiwa...Alhamdulliah selesai segala-galanya.majlis menyambut menantu Fairuz Shayidda dan Khairul Azwan...rasa lega ..puas dan segala-galanyalah dalam masa sebulan membuat preparation dengan beralih tempat majlis..bulan dis. bulan hujan menjadi faktor yang menyebabkan terpaksa beralih tempat menyambut menantu yang pada awalnya akan dilangsungkan di rumah...tetiba hujan yang tak henti2 menyebabkan air di depan rumah melimpah ruah...macam tak sesuai untuk diadakan di rumah...mulalah cari tempat yang sesuai dan mampu menampung kehadiran tetamu dalam seribu orang...maklumlah menantu sulung dalam keluarga kami...kata orang pertama kali membuat majlis dalam scala yang besar gini...

Setelah berbincang dengan pihak pengurusan Kelab Golf Desa Dungun dengan tarikh pada 2 Disember..maka termenterilah Kelab Golf Desa Dungun dianggap paling sesuai memandangkan rombongan pengantin perempuan dikabarkan akan menginap di Hotel UiTM Dungun...setentang dengan Kelab Golf Dungun..Dari sini bermulalah segala2nya...yang penting duit mesti cukup huhu..banyak perkara yang perlu disettlekan dengan duit bak kata orang "no money no talk"..pening jugok yer dalam situasi sekarang...tapi perancangan Allah Taala adalah sebaik2 perancangan...kata orang kalau niat nak bagi orang makan InsyaAllah  semua mencukupi dan majlis selamat tanpa sebarang gangguan yang entah apa2...yalah si kroll kerap jugok mengadu seluruh tubuh lemah dan tidak bertenaga...ada ganggualah maksudnya...ikthiar dengan Ust. Alias ..katanya adalah perkara2 diluar  pemikiran kita untuk diucapkan...oppp tu yang mampu diungkapkan di sini...

So... majlis berjalan dengan meriah dengan hujan renyai2 jugak tetapi bila kita buat kat dewan ni...masalah hujan ke apa ke tidak berlaku..parking yang luas dan selesa..ratanya memuji tempat yang cantik dan selesa..Alhamdulliah dengan makanan yang sedap...Terima kasih pada katerin Cik Na serta Cik Adila kerana pelamin dan tempat makan beradat simple tetapi meriah dan cantik.. mereka semuanya  cukup faham dengan kehendak tuan rumah..kepada sanak saudara yang datang membantu juga diucapkan terima kasih daun keladi lain kali nak minta tolong lagi...Pada tetamu yang datang terima kasih banyak2 kerana kehadiran anda semua membawa rahmat kepada tuan rumah..Kepada Dr Hj Saidin dan Dr Hjh Farihah serta rombongan dari Kedah kami merakamkan jutaan terima kasih kerana sudi bertandang ke Dungun..InsyaAllah kita bakal bertemua lagi dalam majlis yang akan datang..

Keluarga kami..belah khairul Azwan...

Keluarga Fairuz dari  Kedah..



Mami doakan hingga kekal hingga Jannah...InsyaAllah..


Antara susunan kerusi untuk para tetamu...tempat cantik tetapi tidak diurus dengan baik..

Bersama Azyan anakde sanggup terbang dari UK semata-mata meraikan majlis adik tercinta..
we love you Kak Sha..

Bersama Kakak sulong yang berkahwin dengan orang Kedah Jugak..



No comments: