Salam untuk semua...moga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki.....selebihnya dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan......cepatnya masa berlalu...tahu2 kita kini menghampiri bulan ramadhan...bulan yang banyak memberi ganjaran,kemaafan serta dipanjatkan doa yang kudus moga diperkenankan...amin...
Posting kali ini lebih berkisar pada ujian yang sering melanda kita samada kita sedari atau dia datang sendiri...atas ketentuanNYA....melihat sejauh mana ketahanan mental dan fizikal kita menghadapinya.....ujian yang dikurniakan oleh Allah SWT berbagai dari sekecil-kecil musibah sehinggalah melibatkan kematian sesorang yang paling kita sayangi....semua ujian itu ada hikmah yang tersirat hanya yang mengalaminya yg mengetahui itu pun jika di muahasabahkan diri mereka atas kejadian yang menimpa...
Ada yang dianugerahkan dengan anak-anak yang melukakan hati ibu bapa mereka sehingga sanggup membunuh ibu bapa sendiri demi menuntut sesuatu yang jika dibandingkan tidak ternilai dengan harga nyawa yg terpaksa dikorbankan...gara-gara dadah menguasai diri hilang pertimbangan dan kewajaran diri.....last sekali diri kita juga rosak sehingga menjual maruah keluarga dengan perlakuan dan sikap kita.....dan jalan terakhir kita dicabut usia awal2 lagi kerana bergelumang dengan dadah ..... ibarat sengaja menempah maut......
Ada isteri yang dikurniakan suami yang pentingkan diri sendiri....kebajikan anak2 tidak dijaga...malahan setiap suapan mulut anak2 isteri yang tanggung...hilang kewajaran seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab pada keluarga....isteri yang bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan keluarga di samping gigih mengukuhkan ekonomi rumahtangga....dan suami pula yang ambil kesempatan atas kebaikan isteri....jadi isteri terpaksa menanggung derita....menjaja cerita luka ini bertahun-tahun lamanya...tanpa ada sekelumit rasa simpati n bersalah di hati suami....begitulah rutin kehidupan....anak2 menjadi penghalang pada perpisahan dan isteri sanggup memendam rasa menghadapi situasi begini selagi hayat masih ada...
Tidak terkecuali mereka yang dilimpahi dengan pelbagai jenis penyakit yang kritikal dan meruntun kesabaran untuk dipulihkan....dengan semangat, doa dan wang ringgit terpaksa dihabiskan semata-mata mengharapkan sinar baru menjelma....kekuatan minda dan fizikal seiring dalam mengharungi sisa-sisa hidup di samping semangat dan perasang dari orang yang paling hampir dengan dirinya...semua ujian Allah ini dilalui juga hari demi hari...
Dan orang-orang yang berharta diuji dengan limpahan harta yang tiada susut walau sesen tapi dalam jiwanya bergelodak bimbang harta yang banyak ni akan diambil oleh orang lain jika tidak diurus dengan baik.....maka berperanglah mereka dengan naluri yang tamak sentiasa dan menjadi hamba pada kekayaannya sehingga wang yang disedekahkan kepada orang lain dihitung bimbang jika terlebih.....begitu juga manusia diuji dengan kemiskinan yang tegar...semua daya usaha yang dibuat menemui jalan buntu.....kais pagi makan pagi kais petang makan petang...menyesal dan menyalahkan takdir kerana mereka ditimpa musibah yang begini rupa....sehingga sanggup menual agama dan maruah semata-mata mengharapkan keuntungan di dunia...soal-soal akhirat kemudian kira......
Begitulah kita...sentiasa diuji dan diuji dalam pelbagai bentuk dan cara.....hanya keimanan,kekuatan,pegangan agama yang begitu kental dan tawaduk mampu menggolah diri kita menjadi insan2 yang terpilih di sisi Allah....Sekian...hingga di lain catatan..wassalam.. Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
No comments:
Post a Comment