Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, October 15, 2009

Pengorbanan Isteri....

Khamis 15 Oktober 2009

Seketika menghirup secangkir kopi di kantin sekolah...kedengaran suara guru besar meminta pekerja kantin yg cun melecun mencedok makanan untuknya dengan alasan ingin bermanja kerana di rumah terpaksa melakukan sendiri....tanpa dilayan....aduh.....tersentak aku...respond ke tidak ini semacam ingin meminta aku respond aje....ya ke cikgu.....malang sungguh nasib kalu gitu....kataku dalam nada suka-suka....memanglah....nak dipanjangkan atau aku diamkan saje.....guru besar semacam ingin berdebat dgn aku.....dan memang sifat aku suka meluahkan idea dan pendapat jika kena pada gayanya....dan aku akan menegak pendapatku dan dia akan mempertahankan ideanya begitulah selalu jika kami berdebat....

Kata Pk ko kita suami ni kena bayar segala susu yg dihisap oleh si anak dari ibunya.....dan. janganlah ambil hati sangat jika isteri melakukan kesalahan kecil kerana ingatlah segala kebaikan yang isteri kita lakukan pada kita.....segalanya dibuat dengan rela hati..tanpa diberi gaji yang setimpal dengan usahanya.....waduh seorang suami yang mempertahankan pengorbanan isterinya.....kalaulah dapat seorang suami yg macam ni tentu aman dunia....aku tabik pada pk ko aku jika apa diluahkan dipraktiknya.....atau sekadar melengkapkan keegoaannya semata-mata...

Berbicara pula seorang ibu, guru....perempuan ni seribu satu macam dia kena buat dari sekecil-kecilnya sampai sebesar2nya nok kena laksana kalau boleh sehari tu biar ada 36 jam bukan 24 jam banyaknya kerja yang terpaksa dibuatnya......mane nak layan karenah suami, anak-anak lagi semuanya kena settle dalam saat itu juga....kata orang penat ni tidak lekat di tubuh aje...jadi tak nampak betapa letihnya seorang perempuan melayari kehidupannya demi seorang suami yang tercinta... apa salahlah sekali sekala kita mencedok nasi ke pinggan isteri kita...begitu panjang lebar dia meluahkan isi hatinya....

Dan aku.....masih terdiam mencari kepastian dalam perbincangan di atas....malas nak ungkit2 tugas2 wanita dah menjadi rutin dari dulu hingga sekarang....masalah serupa yg tiada titik noktahnya.....bila diungkit2 dikatakan membelebe tak habis2....di katakan syurga itu terletak di telapak kaki suami...noktah...Cuma harapan dan impian aku...jadilah seorang suami yang komited pada keluarga..tahu tanggungjawab, ketua keluarga yang disegani dan disenangi oleh ahli keluarganya...buang jauh2 sifat ego yang melambak2 tu...takan jatuh maruah kita jika ringan tulang membantu isteri....apa yg isteri redha ialah seorang suami yg prihatin, pandai mengambil hatinya...kerana pendapatan keluarga kita sama2 kongsi...jauhi sifat marah yang berpanjangan...apa salahnya minta maaf sekali sekala jika terlebih egonya....isteri yang baik hasil didikan suami yang sempurna akhlaknya...bawa bahtera kita ke haluan yg beriman....kerna di sana sudah disediakan ganjaran pahala yang berlipat ganda kerana kita mampu memimpin keluarga kita ke arah yang diredhai....Insyaallah

More RELIGIOUS & ADVICE graphics

2 comments:

sha filan said...

abah plak gane mami? hahahaha

fatmasha said...

abah awak cool, santai, n still like that sampai bila2 egonya melebihi dr segala-galanya.....