Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, September 13, 2009

Ibu...ibu kaulah ratu hatiku...

Ahad 13 september 2009


Pagi ini…, marilah kita berkongsi kisah antara diri kita dengan insan yang bergelar Ibu.

Orang kata aku lahir dari perut ibu. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu,
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu, Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu, Kata ibu perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari ibu, Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu, Bila nak bermanja… aku dekati ibu.

Bila nak bergesel aku duduk sebelah ibu, Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu, Bila nakal, yang memarahi aku… ibu, Bila merajuk… yang memujukku cuma.. ibu, Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah.. ibu, Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu, Bila nak peluk… yang aku suka peluk.. ibu.

Aku selalu teringatkan.. Ibu, Bila sedih, aku mesti telefon… Ibu, Bila seronok orang pertama aku nak beritahu Ibu, Bila bengang aku suka luah pada Ibu, Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuu!” Bila sakit, orang paling risau adalah Ibu, Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu, Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu…

Bila ada masalah, yang paling risau Ibu, Yang masih peluk cium aku sampai hari ni Ibu, Yang selalu masak makanan kegemaranku Ibu, Yang selalu simpan kemaskan barang-barang aku, Ibu, Yang selalu berleter kat aku Ibu, Yang selalu puji aku Ibu, Yang selalu nasihat aku Ibu, Bila nak kahwin.., Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri,
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu, Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu, Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku, Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu.

Bila sambut birthday, Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku, Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila.. bila.. aku akan talipon pasanganku, Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku,
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata ini,tak terungkap dek kata-kata,sebak dan pilu menguasai jiwa dan betapa selama ini terlalu banyak kata-kataku yang mencuit sanubarinya.Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh berikan asalkan ibu menyenangi diriku dan menganggap aku pemata hatinya.......

Tapi.... bila Ibu sudah tiada…. ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.Sesungguhnya betapa besar pengorbanannya mendidik dan membesarkan kita menjadi seorang insan yang cukup sempurna.Hargai usia senjanya kerana kita akan berdepan dengan kemelut yang sama suatu hari nanti....

Masih ada seminggu lagi bagi sesiapa di luar sana yang pernah melukai hati Ibu anda, masih ada lagi kesempatan bagi anda menunasabah diri sendiri,menghayati erti pengorbanannya membuat persiapan dan memikirkan perkara yang paling terbaik bagi diri anda dan Ibu anda sempena Syawal yang bakal menjelma.

“Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu"

More I-Love-You graphics





No comments: