Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Sunday, May 08, 2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

 Assalamulaikum wbt

Salam Sejahtera..semoga dilimpahi dengan rahmat dan hidayahNYA kita dapat berjumpa lagi dalam alam maya ni dengan aura sambutan hari raya masih terasa walaupun tahun ini kita sambut raya dalam keadaan panic tetapi raya tetap raya..😂 Semua perkara jadi celaru keliru terharu dan layu..banyak perkara tidak dapat disettlekan bila raya disambut secara mengejut gini...

So.. tidak lambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya ..Maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung kerana sudah 2 tahun kita tidak dapat beraya bersama disebabkan pendemik ..tahun ni memang raya sakan dan SOP entah ke mana hihi..moga semuanya baik2 saje..InsyaAllah..yang sedihnya ingatkan hari Isnin tu nak buatkan tat nanas  nak buat jugak biskut feraro rosyle tetapi semua itu dah jadi kenangan..huhu semua terbantut..sempat siapkan cukis mane yang sempat saje.. sampaikan langsir pun dak sempat digantung pegangan raya mengejut jadi kenangan tahun ni ..InsyaAllah kita sambung cukis masa raya haji nanti..sebab ari ni dan  stat keje..sebelum pencen harap2 Allah bagi kesihatan yang berpanjangan..

Sempat rakam foto  hari raya untuk tatapan dan kita simpan di sini sebagai kenangan...









Friday, April 22, 2022

Salam Ramadhan Al Mubarak

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera


Salam Ramadhan buat semua pengunjung setia blog ini..walaupun Ramadhan dah hampir ke penghujungnya tetapi masih sempat lagi mengucapkan salam dan kita menjiwai sepenuh hati kehadiran Ramadan tahun ini dengan rasa syukur kerana diberi umur yang panjang serta dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan atas rahmahNYA yang sentiasa mengalir dan mengalir..

Hari ini dah 20 Ramadan..10 hari terakhir Ramadan saat yang dinantikan kerana dalam sepuluh hari ini ada satu malam yang Allah Taala janji kan kebaikan mengerjakan ibadah seumpama seribu bulan dengan penuh rahmah dan keberkatan yang tiada di bulan lain dan hanya pada malam Lailatul Qada. 7 keistemawaan sempat dicari..semoga kita beroleh kejayaan dan kita antara insan yang terpilih pada malam tersebut. InsyaAllah..

 

1.Waktu Diturunkan Al-Quran

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

3. Malam Penuh Keberkatan

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

5. Malam Kesejahteraan

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

7. Dosa Diampunkan




 

Thursday, March 24, 2022

Pusat Sumber SKeKA...ubah suai..

 Assalamulaikum wbt

Bersua kembali di alam maya ni..semoga diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dimudahkan segala urusan..Aaminnn...posting tenghari...Pusat Sumber SKeKA  yang banyak mengalami perubahan secara drastik supaya cantik n tertarik dan menarik serta menjadi sumber inspirasi kepada bilik2 lain..kata orang sedap mata memandang berbanding pusat sumber sebelum ni yang entah apa2 dan tidak terjaga dan diuruskan dengan baik...Siapa yang perlu disalahkan cikgu2 atau pihak pengurusan yang zon selesa atau tiada ilmu untuk menghidupkan suasana perpustakaan sebagai gedung ilmu ...kita tahu kerja buat ni cg2 yang laksanakan gb cuma keluarkan idea beri pandangan serta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi sebuah gedung ilmu yang bila kita menjejakkan kaki rasa tenang dan damai...

Proses pengubahsuaian memerlukan masa dan tenaga yang paling penting duit yang banyak bagi mewujudkan kehendak dan hasrat agar segala yang kita rancang dan impikan akhirnya menjadi dengan jayanya...Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...tepat perumpamaan ni..Peranan GB amat penting dalam situasi ini kerana sebagai penggerak kita lah yang akan bawa hala tuju serta misi dan visinya sekali agar cg2 tidak hanyut dalam zon selesa serta menganggap ianya tidak penting sebagai indikator dalam sesebuah organisasi...

Bukan senang untuk kita pimpin guru2 dalam melaksanakan sebarang kerja dan projek yang ingin dilaksanakan di sekolah. Sokongan serta bimbingan jua komunikasi yang berkesan adalah penentuk segala2 boleh dicapai..Alhamdulliah setelah mesyuarat dan perbentangan kertas kerja meliputi kos dan blue print maka dapat disiapkan dalam waktu yang telah ditetapkan.. Syabas dan tahniah pada semua guru SKeKA kerana berupaya melaksanakannya dengan sebaik mungkin walaupun banyak kekangan terpaksa dihadapi..tetapi kita harungi bersama kerja buat kita bersama-sama.."Pisang sesikat susu sebelanga tanda Maufakat bersama-sama"..













Monday, March 21, 2022

Permulaan sesi Persekolahan 2022/2023..

 Assalamulaikum wbt


Bersua kembali dalam dunia maya yang saban hari rencam dengan pelbagai dugaan dan malapertaka yang memperlihatkan bahawa dunia ini semakin tua dan kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang tidak pernah terfikir selama ini...

Posting pagi ini...permulaan sekolah baharu dalam norma baharu serta permulaan persekolahan baharu bagi murid sekolah rendah tanpa melibatkan murid sekolah menengah..gitu proses yang terpaksa dihadapi serta mesti diikuti... So selaku penjawat awam kita terpaksa akur dengan situasi begini dan menjadi sebahagain rutin untuk menjalankan amanah yang diberikan sebelum menghabiskan sisa2 perkhidmatan yang masih berbaki selama 2 bulan..wakaka..dak sabar menunggu suasana persaraan yang sebenarnya..

Pagi ni intai murid2 tahun 1 semua bersemangat ..datang awal dengan wajah ceria (Heh tapi kan semua bertopeng mane mungkin melihat wajah2 ceria gitu) hihihih...andaian yang tidak pernah salah dalam pendidikan kerana cikgu2 lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat...naluri cikgu  ni macam nunjum Pak Belalang boleh ramal apa jual keadaan dan situasi semasa...tak gitu..

Selamat menempuh alam persekolahan yang baharu sebelum kita menyambut Ramadhan Al Mubarak semoga kehadiran kita ke sekolah memberi sinar baru serta azam baru setelah bercuti selama 3 minggu..Back To School...



Tuesday, February 22, 2022

Aktiviti Hujung Tahun..Jamuan Murid-murid..meriah!

 Assalamulaikum wbt


Bersua kembali di alam maya dengan posting yang ke dua hihi untuk tahun 2022..sebab tarikh ari ini cukup cantik 220222 gitu maka kita abadikan patah2 bicara kita pasal aktiviti hujung tahun murid2 tentulah jamuan akhir tahun bersekali dengan hari jadi murid-murid tahun 2...orang ganu cakap beradong dan bersungguh2 cg2 buat preparation dengan murid2 ni...sebab dah 2 tahun mereka tidak berkesempatan untuk menjayakan program sekolah yang saban tahun cukup meriah dengan pelbagai sambutan dan jamuan akibat pendemik ni yang membatas segala-galanya...cukup terkesan dan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah..

So..bila SOP dilonggarkan tetapi masih menjaga penjarakkan.. kita sambutlah hari lahir dan jamuan perpisahan gitu untuk semua murid2 mengikut tahun...yang trujanya ibu bapa bersungguh2 menyediakan juadah dengan pelbagai kuih muih serta pelbagai nasi hinggakan seluruh warga sekolah dapat menikmatinya..terima kasih tidak terhingga oleh pihak sekolah atas keperhatinan ibu dan guru2 semua...cg2 ini wang ringgit tidak berkira demi anak didik mereka.

Disebabkan kepelikkan dikira hujung bulan februari ini hujung tahun 2021..maka bercelaru sekali proses pdp disebabkan pertukaran penggal persekolahan..bermakna murid2 tidak naik kelas lagi sehingga hujung bulan Mac ini baru dikira tahun baru..hihi kelakar pun ada konon nak abiskan sukatan pelajaran yang tertinggal akibat Covid 19 yang dikira mengganggu proses pembelajaran murid...so kita sebagai guru ni ikut ajelah alasan KPM walaupun tersasul tahun dan program sekali...aduh..belum pernah terjadi gini dalam hayat sebagai pendidik ni...

Dibawah ini pic yang sempat disanpkan..GB pun sibuk manjang dan terpaksa memenuhi setiap jemputan kelas...hihi orang kata minggu ni diet ke laut lah kita...berat badan semakin bertambah nak turun memang kelat n pahit wakaka...huhu...







Sunday, February 20, 2022

Selamat Tahu Baharu 2022

 

Assalamulaikum wbt

Posting pagi ini setelah agak lama menyepi dalam dunia blogger sehingganya posting terakhir pada bulan Mei 2021 hihi...lama menyepi dengan kesibukan yang tidak pernah surut dan teralpa seketika dalam dunia kita yang terkadang kita lupa siapa diri kita sebenarnya..

Posting pagi ini..Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022 dengan sinar dan azam baru walaupun kita dah menjenguk ke bulan Februari rasanya tidak salah lagi mengucapkannya sebab kita yang laksanakan dan kita yang kendalikan kerja buat kita.. so azam masih sama seperti tahun2 lepas cuma pada tahun ni tahun terakhir dalam perkhidamatan awam sebagai pendidik dan sebagai Guru Besar Alaf baru..semuanya tinggal kenangan yang kukuh terpahat dalam ingatan dan kita tinggalkan semua itu dalam lipatan kenangan dan kehidupan sebagai orang awam yang tidak terikat kepada apa2 peraturan...so berlapang dada..keep calm..




Wednesday, May 19, 2021

Salam Aidilfitri...

 Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa


Posting pagi ini dalam redup cuaca yang sejak dua menjak ni panas ceng2 selepas berakhirnya Ramadan AlMubarak selama sebulan..hujan turun mencurah-curah membasahi bumi ini..sejuk dan nyaman sekali nikmat apa yang kau dustai..semuanya dalam limpah rahmah Allah SWT.. 

Rasenya tidak lewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali..sahabat2 yang jauh di mata dekat di hati..Aidilfitri kali kita kita sambut dalam pendemik Covid 19 yang tidak reda2 tetapi masih merebak dengan cepatnya sehingga diistiharkan PKP 3.0 dan  kunjung mengunjungi tidak dibenarkan sama sekali bagi mengekang pendemik terus meliar dalam masyarakat kita ...sesiapa yang melanggar SOP ini dikenakan denda sebanyak 25K ..banyak tu dan memang dak mampu kita rakyat maheran ni nak bayar..so beringat2 sehingga 6 Jun sehingga kerajaan istihar PKPP semula..bertabahlah hati kerana tidak terjangkau difikiran kita ketika ini sambutan hari raya disambut di rumah sahaja. Bermakna hampir 2 tahun suasana suram ni kita jalani bersama.