Monday, November 30, 2009
UPSR...Tahniah pada yang berjaya
Lama tidak berposting.......Walaupun agak lewat untuk mengucapkan tahniah pd yg berjaya mendapat 5A dalam UPSR.....anda semua kebanggaan kami di sekolah....pada yg tidak mendapat 5A usah gusar kerana perjalanan itu masih jauh lagi.....tidak semestinya anda tidak memperolehi 5A bermakna anda tidak cemelang...tetapi nasib tidak bersama kita kali ini....tanamkan tekad...naik tingkatan 1 study betul2 untuk PMR..bukannya lama 3 tahun aje berbanding UPSR anda terpaksa belajar selama 6 tahun.
Pada yg berjaya...teruskan usaha....ini baru tangga pertama anda berjaya....mane2 yg dpt masuk SBP tu andalah seorang yg hebat pd keluarga dan sekolah.....tapi jangan lupa jasa guru di sekolah rendah kerana bila di sek. menengah nanti byk ilmu terpaksa dicari sendiri.....kita malas kita akan ketinggalan.....
Pada guru dan rakan-rakan tahniah juga kerana kita mampu mengubah keadaan jika kita bersatu, berbaik sangka dan tidak dengki mendengki antara satu sama lain...Kita melakar sejarah kerana menambah bilangan 5A 100% dari keputusan tahun lepas....banyak perkara yang tersurat dan tersirat setelah mendapat kepimpinan baru yg mempunyai byk idea dan tidak mengongkong segala tindak tanduk kita....
Friday, November 06, 2009
Sahabat sejati
Melewati facebook ramainya sahabat2 yg ingin berkenalan dan berchat sambil bersapa-sapaan..sesuatu yg positf rasanya....ada baik dan buruknya...terkadang kita terlalu byk membuang masa bersiber di alam maya tanpa tujuan just sekadar melepas boring yg menerjah dlm sanubari dan kita lepaskan kebosanan itu di facebook....memberi pendapat dan semangat untuk menyukai sekeping hati.....tak gitu atau sekadar suka-suka supaya org menyatakan bahawa kita tidak ketinggalan dlm mengiklankan diri sendiri...yalah akulah org yg serba tahu dalam alam siber ini...
Anyway kalau sekadar melengkapkan situasi semasa yang meruntun ke arah itu apa salahnya.....pada kita bercakap sesuatu yg memualkan......sesuatu yg menyakiti diri orang lain.....dan setidak-tidaknya kita mengasah minda ke arah perkara yg positif kerana aura positif yg ada dalam jiwa kita patut diketengahkan supaya diri kita sentiasa segar.berfikiran jauh,kuat semangat,peka pada perubahan dan sekali sekala membuang aura negatif yg menjadikan kita nampak tua dari usia,muka sentiasa berkerut, cepat marah,serba tidak kena.....dan yg paling ditakuti tidak boleh nampak orang lebih dari kita.....mulalah bercakap lebih kurang.....tidak bertegur sapa.....yg paling menyakitkan hati bila ditanya mulalah memberi jawapan secara sindir-sindiran.......kalu begini sikap seorang sahabat baik kita menjauhkan diri dari cuba mengambil hatinya supaya menerima kita seada-adanya.....org begini biarlah dia dgn alamnya dan kaum spesisnya saja....
Payah untuk kita mencari sahabat yg betul2 sehati sejiwa dengan kita....pandai bergaul,pandai mengambil hati....faham perasaan kita...cuba berbaik sangka....menerima kita seada-adanya dalam apa jua situasi....cukup disenangi dan yg paling penting tidak menjaja cerita kita pada org ketiga.......apa salahnya kita menerimanya jika dia byk kelebihan dari kita.....belajar apa yg baik...berkongsi idea, pendapat, serta mencungkil kehebatannya supaya kita setanding dgnnya dalam apa jua keadaan....sikap merendah diri tidak merugikan sesiapa....kerna kita inginkan ilmu darinya supaya kita sehebat dia dalam erti kata sebenar.....buang jauh2 sifat berdengki, iri hati kerna sifat2 inilah yg menjadikan kita tewas dalam segala hal....malas bertanya sesat jalan....
Pada aku.....berkawan biar seribu berkasih pada yg satu.....semoga apa yg didam-idamkan menjadi kenyataan......aku berharap sangat2 jujurlah dlm bersahabat kerana sahabat sejati akan bersama kita dalam situasi susah dan senang dan sama2 menokah arus jika ke situ pilihan kita...

More BESTFRIEND graphics
Thursday, October 29, 2009
Program sekolah
Lama jari jemari ini tidak mencoretkan sesuatu di laman ni.....no idea...buntu seketika...bertapa tuhan membekukan inspirasiku untuk meluahkan sesuatu dipersada waktu ini.....yalah dengan sibuknya program sekolah yang bertali arus.....perkhemahan baru melabuhkan tirainya.....rasa penat masih terasanya.....dgn pipi kemerah-merahan menahan sang mentari.....pengorbanan yg tiada hentinya sehingga akhir hayat dan selagi dipanggil guru...maaf ya gambar tak dapat dipostkan di sini......bukannya apa kamera tak dibawa handset tak secanggih mane....tulah semua kerja rasanya tak menjadi....nanti...ada rezeki murah sikit dapatlah h/set yang 3D tu....
Alahai.....pada 18 Nov ni nak diadakan program sukaneka melibatkan PIBG dgn ibu bapa sekali....siap diadakan pameran dan gerai jualan lagi.....kerja yang nampak senang di atas kertas tapi susah untuk dilaksanakan jika kurang perancangan yang baik.....yang runsingnya aku kena bahagian gerai dan jualan....ni kena buka tender awal-awal.....lot2 kedai ni kena promot pada sesiapa yang berminat dengan kadar bayaran yang belum difikirkan lagi.....yg kurang enak didengar unit beruniform juga kena menjual sesuatu pada hari tersebut.....apa aku nok jual ni.......bila diajukan pada sesorang yg paling rapat disuggestnya kita menjual baju terpakai...ok ke tidak ni...bila difikir2kan bagus juga....bolehlah lepas ni cari baju lama2 dan jual tak gitu
Dan.....pada 1 hingga 5 Nov periksa akhir tahun pada murid2 tahun 1 hingga 5...tahun 6 tunggu result UPSR yg dijangka pada 18 Nov.....harap2 betul tekaan aku ni..... Pahtu barulah cikgu2 dok kenal orang sbb dok tanda kertas jawapan sbb pada 19 Nov akan berlangsuung majlis anugerah kecemerlangan ...kata org majlis klimaklah dlm sekolah utk tahun ni......nilah masa cikgu paling sibuk dalam kerjaya mereka........anyway udah rutin hidup tiap2 tahun.....acara yg sama di mana jua anda berada......
Seketika.....muridku bertanya.....bila kelas kita nok buat jamuan akhir tahun.....eh...eh budak2 ni macam tahu2 aje acara tahunan mereka....kita tengah pening lalat dgn program sekolah...dia org sibuk acara kelas pulok....ok...aku sebenarnya paling suka waktu jamuan dgn murid kelasku sendiri.....masa melihat mereka paling seronok kerana setiap permintaan mereka dituruti.....bila ku hitung cuma ada 11 Nov aje yg free....ok kita adakan jamuan pada tarikh tu......oh lupa pada 12 Nov jamuan akhir guru-guru di uitm Dungun...selepas berhempas pulas mencari tarikh keramat....itu aje tarikh yang ada.....Selamat menjamu selera...gambarnya akanku postkan kemudian....insyaallah.
Ada lagi program sekolah yg tertinggal ni......pada 15 Nov majlis peristiharan nama sekolah baru menggantikan nama asal....Sk Rasau Kerteh bandar B1 akan ditukar nama SK Felda Seri Rasau nama yg paling sedap didengar.....pada aku.....Thanks guru besar yg peka pasal nama ni...apa tidaknya duk di felda tapi nama sekolah bandar b1...mane ambik nama ni sampai skrg jawapan tepat dok tahu.....
Tulah.....program yg dirancang dan terancang oleh guru besar.....sama-sama kita berdoa semoga segala perancangan itu berjalan seperti yg dijadualkan.....apa tidaknya prestasi kali ini dinilai berdasarkan berjaya ke tidak setiap program yg dirancang olehnya....pendek kata cikgu dok masuk kelas tak apa janji apa yang tersurat itu menepati sasaran dan objektifnya.......kerana di situlah keupayaan seseorang guru itu akan diadili.....give n take.....katanya.....betulke....kalu gitu cikgu2 kena perihatin selera guru besar.....bagi aku....aku akan buat ikut kata hatiku...kalu perkara itu terang2 menyalahi prinsip aku.....aku anggap segala-galanya bagai angin lalu aje......


Thursday, October 15, 2009
Pengorbanan Isteri....

More RELIGIOUS & ADVICE graphics
Wednesday, October 14, 2009
Sayang Tapi Benci.....
Monday, October 12, 2009
Rupa-rupanya inilah prestasiku....

More RELIGIOUS & ADVICE graphics
Sunday, September 27, 2009
Renungan dan Ingatan....
Ahad 27 september 2009
R E N U N G A N:
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong
..... T E T A P I....
KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN....'ON LOAN'...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'
Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100..00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . ..
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ........
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...
......infiniti. ........
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah..'
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassalam.