Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Friday, March 03, 2023

Alhamdulliah...Majlis Nikah selesai!

 Assalamulaikum dan Salam Madani...

Jumpa lagi dalam ruang terbatas ini..entry lewat seminggu..akhirnya selesai juga majlis nikah n sanding adik...Mahani dan Abdul Rahman yang berlangsung pada 24 February lepas dengan jayanya...Alhamdulliah dan syukur pada Allah semuanya selamat dan sudah diijadkabul dalam suasana yang simple tetapi meriah..walaupun majlis ni kecil saje tetapi rombongan pengantin lelaki yang ramai memeriahkan lagi suasana di samping jemputan jiran2 dan kaum kerabat sahaja..kata orang selesai majlis wajib dulu..

Berdebar juga dengan kehadiran tetamu yang datang serentak walaupun majlis bermula pukul 12.00 thari agaknya sebab hari Jumaat masing2 terkejar untuk solat Jumaat pula..apa2 pun tahniah dan semuanya berjalan lancar dan sempurna..hidangan nasi minyak lauk gulai kawah menjadi jamuan tetamu kerana pertama kali gulai kawah dihidangkan...

Terima kasih tidak terhingga kepada anak2 serta kaum kerabat yang sudi membantu menguruskan majlis dengan sempurna serta buah tangan untuk pengantin tidak ketinggalan...namun tujuan untuk jamuan kesyukuran tidak capat matlamat kerana tetamu yang hadir mahu juga bersalam dengan memberi sumbangan kepada tuan rumah...lain kali pada kad kita tulis walimaturus saja...hehe..






Selamat Pengantin Baru pada Mahani dan Abd. Rahman semoga kekal hingga Jannah..Aaminnn


Monday, February 06, 2023

Akhirnya..Kahwin jugak!

 Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa..

Berposting lagi dalam bulan februari kejap je masa dah masuk bulan 2 tahun 2023..rasenya baru lagi bulan january..tup2 dah February...bila ingat bulan February teringat lagu Allaycats "Setahun sudah berlalu" february muncul kembali dengan kehangatan semalam...hihi lagu ni memang mengusik jiwa walaupun dah lama tetapi senikata dan melodinya mengasyikan...lagu lama sentiasa evergreen ..gitu..

Berbalik pada tajuk posting...tema dia kahwin yang akan berlangsung pada 24 February ni..setelah menjangkau 55 tahun hidup baru bertemu jodoh dengan orang sekampung je...jodoh pertemuan ajal maut semua Allah punya kuasa...kita merancang Allah tentukan begitulah resam hidup tika ni banyak misteri yang tidak terukai oleh manusia...Adik perempuan dalam jagaan kita setelah bonda mangkat 2021 hilang tempat bergantung..kitalah satu2nya kakak yang berada bersama2 di sini..tiap2 hari berulang datang ke rumah semata2 untuk tidur malam...nak tidur di rumah tinggalan arwah rasenya takut tinggal seorang2 memandangkan rumah tu terlalu besar untuk dia bermalam seorang diri...

Rase lega tidak terkata bila ada duda seorang bilal yang kematian isteri masuk meminang bermakna tanggungjawab itu sudah boleh beralih tangan...bukan tiada yang berkenang padanya tetapi jodoh tidak panjang ...pernah bertunang dulu tetapi putus di tengah jalan masa itu seingat ayah masih lagi ada...tiada jodoh kata orang...itu pun setelah kita bertemu perawat yang sudi untuk merawat dan cuba melihat kenapalah berat jodoh sangat sedangkan rupa ada...kita ikhtiar yang menemunkan Allah jua...Maka kita yang menjadi orang perantaraan untuk menyiapkan segala-galanya sehinggakan dalam soal kewangan.. hantaran..jemputan...semualah kita yang uruskan..huhu..Ni pun duk sibuk menyiapakan hantaran homemade nak upah mahal sangat..buatlah apa yang patut tidaklah kata sekadar ala kadar sahaja ...sebab adik tidak berpelajaran tinggi hanya bekerja sendiri sahaja...jadi langkahnya kurang panjang seperti kita yang telah melaluinya..gitu..

Apa2 pun orang yang cuba  memudahkan mendirikan masjid pahalanya besar...rezeki Allah ni luas ..kita mudahkan urusan orang InsyaAllah suatu hari nanti lagi Allah mudahkan urusan kita...Nilah hasil tangan sendiri...tema kelaut sebab di Dungun ni kedai peralatan pengantin ada sebuah aje apa yang ada di situ tu barang yang ada...so berlapang dada..






Banyak yang belum lengkap lagi dalam proses menyiapkan hantaran..masih menunggu barangan untuk diletakan dalam tray tu..cuba jaya..i sebenarnya suka sangat menghias ni bakat ada tetapi kurang kemahiran..cuba jaya je ..hihi

Monday, January 30, 2023

Biskut Samperit susu..!

 Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Posting tika menunggu azan Isyak berkumandang..hihi nak cite terlebih rajin bila tubuh badan ni rase ok dan stabil mulalah mereka cipta membuat biskut ni dengan mempelbagaikan  resepi biskut samperit ni..kalau goggle macam2 resepi yang dipamerkan walaupun nama sama tetapi pembuat biskut mempunyai citarasa dan cuba mengolah sendiri resepi mengikut kesedapan si pembuat biskut dan pengemarnya..tidak terkecuali i yang saban tika cuba mencari resepi yang cair dimulut bila makan...ada yang kata 3 bahan sudah cukup untuk merasai kesedapan biskut ni tak kurang juga yang mengadun dengan menambah bahan yang ada supaya menajdi lebih sedap pada yang asal...maknanya derhaka pada resepilah hihi...

So percubaan pertama menggunakan 3 bahan iaitu mentega..tepung jagung dan susu pekat tetapi rasenya tidak menyelah sangat dan kurang cair di mulut..so percubaan yang kedua kita tambah tepung kastad dalam 2 sudu besar baru rase melting dan cair dimulut bila di makan..ada juga yang tambah tepung gandum untuk menjadikan bunga samperit ni tidak jatuh bila dibakar..tetapi kita yang tolerenc pada tepung gandum ni cuba untuk berpantang tepung gandum dan gula...maka terjadilah biskut ni..terlupa pula nak snap pic untuk biskut ini kali ke dua sebab rasenya mengancam skit angkat je dari oven ada je peminat yang datang serbu...hehehe..buat untuk dimakan bukan untuk dipamer dan ditenung je..

Nantilah dekat raya puasa kita cuba pelbagai biskut yang lain pulak sebab mengisi masa lapang yang ada sebagai YB ..so tunggu yer posting yang akan datang...


amatur yang ambik pic ni gitulah...bukan macam blog mat gebu..sentiasa menarik dan cantik pic yang diambil...so berlapang dada..

Friday, January 20, 2023

Kerajaan Perpaduan...Dato Seri Anwar Ibrahim!

 Assalamualikum dan Salam  Sejahtera..

Berposting lagi lewat senja masih menuggu azan isyak..kita coret skit tentang politik Malaysia tercinta ini..Kerajaan perpaduan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku PMX gelaran yang diberi baru ku tahu bahawa PMX tu bermakna Perdana Menteri Malaysia ke 10 buruf roman gitu..macam2 lah netizen  cuba gambarkan pada perdana Menteri Malaysia yang dirasakan ramai di luar sana menanti ketokohan beliau untuk memimpin Malaysia supaya Malaysia kembali menjadi negara yang disegani..dikagumi di dunia dan kembali kepada sebuah negara yang berintergriti dan maju ke depan..moving foward dalam erti kata yang sebenarnya..

Setiap hari sebelum tercetus piliharaya ke 15 terdetik di hati ini untuk melihat beliau menerajui Malaysia dan cuba membawa Malaysia setanding dengan negara lain dalam aspek ekonomi dan cuba melonjakkan pasaran saham serta menaikkan mata wang Malayasia ke paras yang yang tertinggi..Alhamdulliah tidak sampai 3 bulan memimpin Malaysia sudah nampak pengaruh dan kecaknaan tahap gaban terhadap rakyat dan ekonomi Malaysia disuakan dengan begitu rupa tanpa mementingkan cuti dan sentiasa bergerak cergas serta mempunyai misi dan visi beliau tersendiri dalam membawa perubahan serta memacu proses pentadbiran yang cekap  berlandaskan tatakelola yang sebenarnya berprinsipkan perlembagaan Malaysia..

Tidak rentan dengan kritikan dan cemuhan dari pihak yang cuba menggugat kerajaannya, beliau kelihatan tenang dan senang menjawab segala persoalan yang ditimbulkan dan dibibirnya sentiasa terucap rakyat maheran yang perlu diutamakan tanpa melibatkan pembangunan bersekala besar..Justeru sikap dan prinsip menegakkan keadilan dalam apa jua keadaan dengan menekankan keupayaan negara meningkatkan sumber pendapatan diberi keutamaan . Budaya rasuah yang menjadi duri dalam daging serta memburuk dalam negara cuba dipulihkan sebaik mungkin agar Malaysia berada di landasan yang betul dalam indeks rasuah..tidak mencampuri urusan mahkamah dan menentukan sistem kehakiman berjalan tanpa gangguan dari pihak kerajaan dan menjadikan mahkamah bebas daripada unsur politik dan diadili secara saksama..

Apa pun kerajaan perpaduan ini cetusan daripada Yang Diperuan Agong dilihat mampu mengstabilkan politik Malaysia walaupun ketidakpuasaan hati dari dari pihak pembangkang sentiasa mencari idea untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada demi kepentingan politik masing2..

So..sebagai rakyat cintakan keharmonian berbilang kaum merasakan bahawa sudah sampai masanya ketepikan politik sombong serta sama2 cuba memberi idea yang bernas dan membantu kerajaan perpaduan ini sehingga habis penggal...salute to you Dato Seri Anwar Ibrahim idola saya dari dulu hingga sekarang...salam refomasi..




Tuesday, January 03, 2023

Selamat Tahun Baharu 2023

 Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Bersua kembali dalam tahun baharu ni..2023 setelah hampir 6 bulan dalam dunia persaraan sebagai orang awam tidak lagi penjawat awam...semua nampak macam biase rutin yang tidak memaksa dan tiada stress berpanjangan..still gitu2 je...reka aktiviti sendiri...namun kesihatan tidak mengizinkan masih dalam penyakit gerd n anxiety yang belum reda....on off lagi..faktor utama jika tersalah makan gasterik senang2 je bertandang...so semua jadi keruan...lemah segala-galanya..so berlapang dada..sakit penghapus dosa...

Entry pagi ni sebenarnya nak ucap Selamat menyambut tahun baharu 2023 yang azamnya sama sahaja spt thn2 yang lepas..selagi masih bernyawa di alam fana ini...mana yang tidak terlaksana kita cuba penuhi dengan tekad dan azam yang baru cuma perbaharui sahaja..




Tuesday, August 16, 2022

Renovation Rumah...terkedu!

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Bertemu kembali di alam siber...lama dak posting dalam ruangan ini...ni pun setelah ada laptop baru jenama Huawei hihi...masih panas lagi..laptop lama tu kita simpan sebab lambat dan dah tua..laptop masa study dlu lebih kurang 10 tahun dulu...banyak jasanya...

Nak cerita pasal reno rumah ni..yalah bila tinjau jiran2 sebelah menyebelah semua rumah mereka berwajah baru ada je yang nak dibaiki..ditambah tapi kita masih rumah yang kalu dulu design macam zaman British..putih biru design masih lama...lama dak lamanya rumah ni dah menjangkau 32 tahun...projek ini dua tahun terbengkalai akibat covid 19..bila keadaan reda dari pendemik baru boleh berjalan semula ..tu pun banyak barang2 pembinaan yang tiada stok ...yalah ekonomi baru nak pulih..semua terpaksa menunggu kerana permintaan barangan pembinaan ini melebihi penawaraan..gituuu..paling ketara sekali nak dapatkan kayu nak dijadikan rangka atap cukup payah ...pendekkata hampir semua stor kayu dan kilang kayu tiada kayu untuk dijual terpaksa menunggu stok baru masuk hampir sebulan..belum lagi dengan simen..atap dan barang2 lain..memang terkesan sungguh...harga???? jangan cakap semua naik secara mendadak..memang lari bajet..huhu disebabkan dah berjanji dengan tukang rumah terpaksa harungi juga walaupun dalam seribu kepayahan...

Sekarang dah 60% siap alhamdulliah..proses seterusnya melepa dan memasang tiles untuk dua buah bilik yang ditambah..Bila anak2 dah dewasa semua nak bilik satu seorang..kongsi masa kecik aje..bila besar semua nak privacy..bila ada orang tanya kenapa nak tambah bilik bila anak2 dah kawin semua akan duduk rumah sendiri..kita tinggal berdua..anak2 tak nak rumah yang patten lama mesti nak rumah yang moden...terkedu jap kita..tapi bila kita melawat negara Eropah..rumah mak ayah walaupun di luar nampak usang tetapi dalaman rumah diupdate oleh anak2..maintain je..sebab mereka menghargai barang2 lama2 ni...biarlah apa depa nak kata apa2 pun..yang pasti kita rasa selesa dengan rumah kita sendiri kecik atau besar..Rumahku syurgaku...abaikan cakap2 orang yang tidak pernah kena di mata mereka..so be cool..hihi





Sunday, July 03, 2022

Aktiviti Selepas Pencen...sama je!

 Assalamulaikum dan Salam sehati sejiwa

Posting sambil menunggu waktu Isyak..hari ini dah sebulan melayari hidup di alam persaraan...semuanya nampak ok je...hati setenang air di tasik madu..tiada lagi gurau senda cikgu2 serta mesyuarat sana sini..kita masih mengikuti perjalanan sekolah kerana sampai sekarang SKeKA belum ada GB baru lagi...huhu kata stok ramai sampai ari ini masih kosong lagi..cakap memang tidak kalah depan timbalan pengarah lagi..sekarang dah jadi pengarah pun..nak left grup takut barisan pentadbiran tiada tempat untuk mengadu..so kita akan left grup rasmi sekolah setelah ada pengganti dulu...

Minggu lepas dikunjungi pegawai pembimbing TS25 Puan Fatiah dari IPG..walaupun sebelum ini mengenali beliau melalui wassap dan telefon sahaja..sayang kedatangan beliau dalam masa kita dah quit dalam perkhidmatan..tersedak dia bila diberitahu kita dah bersara..hihi lambat sangat ambik masa untuk hadir ke sekolah..sebagai GB sebelum bersara semua perkara penting kita siapkan dahulu supaya GB baru yang akan datang tidak rasa pening n kalut maklumlah sekolah baru..suasana baru..nak sesuaikan diri mungkin ambik masa yang panjang...memang dia berpuas hati melihat perjalanan TS25 sekolah yang complete serta fail yang diminta dapat disiapkan sehabis baik...Tahniah dan Syabas team SKeKA memang terbaik...

Habis cerita bab sekolah....balik pada aktiviti selepas pencen..rupa2nya banyak kerja yang terpaksa dibuat..jadi suri rumah tangga sepenuhnya..memasak memang confirm dah..dengan kain bajunya..dengan kucingnya..dengan pokok orkid yang baru nampak seri setelah terbiar gitu je..semua dalam perhatian tuan rumah hihi...belum ada lagi aktivti khusus yang dibuat still aktiviti gitu2 je menghabiskan masa sehari2..

so..nanti kita cite aktiviti lain pula yer..nak solat jap..