Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, May 13, 2020

Program Jelajah PPD Dungun...stress!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa

Bersiaran lagi selepas bersahur bersama anak2..ari ni kita bersahur dengan roti canai n kari lebihan berbuka puasa..bersahur ala kadar sahaja mengambil fadilat sunat bersahur..kita tak lah makan nasi kerana waktu berbuka memang diorang akan pulun nasi habis-habisan hihi...

Kejap je masa berlalu hari ni dah masuk hari ke 20 kita berpuasa bermakna hanya tinggal 10 hari Ramadan akan berlalu pergi dan kita akan merayakan hari kemenangan sepanjang kita berpuasa..masih lagi dalam aura PKPB fasa ke 5 diberitakan tarikhnya masih dilanjutkan hingga 9 Jun untuk memutusakan rantaian covid 19..banyak sektor ekonomi telah dibuka dan selebihnya pergerakan kita telah dilonggarkan dengan 4 orang penumpang dalam kereta dalam satu masa..tetapi untuk beraya di kampung tidak dibenarkan sama sekali masih stay at home cuma diberi kelonggaran kepada mereka yang terkandas di kampung untuk pulang ke daerah masing2 baegitulah info yang sempat diketahui..

Masih menunggu jam 9.00 pagi ini untuk bersiaran bersama Tuan Pendidikan Daerah Dungun bersama warga SK Padang Pulut dalam sesi perbincangan dan Bimbingan daripada beliau menggunakan aplikasi Goggle Meet yang tetiba menjadi terkenal aplikasi ini disebabkan Covid 19..bersiaran secara maya ..mesyuaratlah katakan..Jelajah PPD ni telah berlangsung hari2 dengan melibatkan 72 sekolah di Daerah Dungun ..Program yang dirancangkan oleh PPD dengan aturan jadual kepada semua sekolah seakan-akan memberi stress kepada pentadbir sekolah dalam suasana terpenjara ini..yalah seolah menanti untuk ditemuduga..dengan debaran dan berkecamuknya hati.. betul ungkapan itu Penentian itu satu penyeksaan ..memang seksa sungguh menunggu ni..walaupun kita sudah biasa perkara2 begini tetapi perasaan gemuruh itu tetap ada...huhu Gb sebagai pengacara majlis dalam program ni ...Rasenya ini bukan program yang disukai oleh GB2 daerah Dungun rase kecut perut juga bila berdepan dengan orang kayangan ni..so berlapang dada lalui dengan hati yang tenang..tidak panik n gopoh gapah buat sekadar yang termampu..kita mentimun saje..hihi..







Saturday, April 25, 2020

Orkid oh orkid..berbunga juga akhirnya..

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Alhamdulliah bertemua kembali dalam bulan puasa ni..ari ni terlebih rajin pasal nak post dua entry yang rasanya berlainan skit tajuk hehehe...pasal orkid lah..disebabkan masih dalam aura PKP banyak masa kita abiskan membelek pokok orkid yang selama ini terbiar je..sekali sekala je jeling mata pasal orkid ni... salah satu  sebab kekangan kerja yang kedua naik feed up pasal orkid ni asyik mati n tumbang je..manalah silapnya..nak kata tak bubuh baja bubuh juga walaupun terkadang malas nk layan orkid ni..rasenya banyak sangat duit diabiskan semata2 nak hidupkan pokok hutan yang manja gitu..kurang penjagaan dan kurang perhatian skit memang matilah jawabnya..dah lah tangan kita bukan jenis yang suburkan pokok kalu suh masak dak apa hehehe..

Sehinggalah pada suatu hari hehehe terjumpa satu produk yang teriklan dalam FB..baja Vitamin siam..order diret dengan owner dia..6 botol dalam RM100..tegok mula2 macam air sirap je..tapi bila dah siram pada orkid tu..ia jadi segar...akar tumbuh dengan cepat dan nampaklah orkid itu bernyawa dan ada rupa...apa yang pasti kudup2 bunga tu cepat keluar hinggakan di batang orkid yang dah nak mati pun boleh kuar kudup bunga tu. hahaha..memang menjadi lah baja vitamin siam ni..pokok cukup subur dan segar gitulah...

So..rasenya pah ni boleh order lagi untuk menentukan kesedarannya berpanjangan...tolong promote bisnes orang Melayu kita..kalau tidak kita siapa lagi..yang hairannya sudah setahun beli tak pernah berbunga tetapi bila terkena baja ni merimbun bunga yang keluar...kepalangnya suka hati memang berbaloi beli..

Yang ni hidup segan mati tak mahu tapi kudup bunga tu keluar dua batang..nak suka pun ada gara2 vitamin siam ni..


Ni pun sama hampir2 nak buang dah nak ganti dengan yang baru bila dah terkena siraman vitamin siam ni tup2 kuar kudup bunga ni..suka sangat kita heheheh

Yang ini dah setahun beli masa beli memang tak ada bunga pun disebabkan nesery tu jual murah kita beli je..baru tahu rupa bunganya memang yang kita suka..puple gitu..


Nilah vitamin siam tu..rasenya kat shopee ada je kalu nk beli..lohni ramai dah penjualnya jadi senang nak dapatkan vitamin ni siapa daripada rakan2 pengemar bunga jugak yang suggest produk ni..

Salam Ramadan Al Mubarak..

Assalamulaikum dan Salam sehati Sejiwa

Posting awal pagi...Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2020) mulai pada tarikh 24 April 2020 (Masihi) Bersamaan 1 Ramadhan 1441 (Hijrah)...alhamdulliah hari ini kita dah masuk hari ke dua kita berpuasa dalam terpenjaranya kita di rumah sendiri kesan daripada penularan wabak Covid 19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia..Dah hampir sebulan lebih kita berperang dengan halimunan ni dan dah masuk fasa ke 4 sekarang. So..kali ini kita berpuasa dalam suasana yang cukup mengetarkan jiwa dan sanubari kerana aura puasa di rumah sendiri tanpa ada solat terawih di masjid..tanpa ada bazar Ramadan..tiada lagi baju raya untuk dipilih dan seangkatan dengannya akibat PKP yang dilaksanakan..so berlapang dada lah kerana banyak hikmah di sebalik Allah turunkan bala ini..sentiasa bermuasabah diri sendiri...

Di kesempatan ini diucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua Muslim dan Muslimat di mana sahaja berada kerana ibadah puasa kita wajib jalani dalam apa jua keadaan kerana inilah adalah perintah Allah yang wajib ditunaikan...

Solat Terawih juga diadakan di rumah kerana ketua keluarga itu secara tidak langsung menjadi iman kita dan anak2 kita sekali..bersyukur lah kerana walaupun bacaannya tidak panjang dan hafaz tetapi sekurang2nya ianya dilaksanakan dengan takwa dan menghidupkan malam2nya dengan zikir dan bacaan Alquran.






Sunday, April 19, 2020

Bahana Covid 19..terpenjara di rumah sendiri!

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Posting petang ni...terpenjara di rumah sendiri gara2 ancaman Covid 19 yang melanda seluruh dunia..termasuklah Malaysia..Virus yang bagai halimunan ni merebak..menguasai seluruh dunia dengan peningkatan kematian yang mendadak tanpa mengenal agama..usia ..keturunan serta pangkat seseorang...Dasyat Allah Taala turunkan bala kepada umatnya sebagai peringatan kerana pelbagai kedurjanaan serta murkanya Allah kepada umatnya yang tidak mengenal siapa penciptaNYA..sudahnya kita terasing dan dipenjara di rumah sendiri semata2 untuk mengekang rantaian virus ini dari terus merebak dan menyebabkan lebih banyak kematian di negara ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan oleh kerajaan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020,  adalah salah usaha bagi mengelak berlakukan kesesakan dan perhimpunan besaran yang memungkinkan virus ini mudah berjangkit terutamanya golongan tua dan mereka yang ada penyakit kronik disebabkan imun atau ketahanan badan mereka kurang berbanding dengan mereka yang berusia muda...Semua sekolah..institusi..pejabat kerajaan serta kedai2 yang tidak memberi acess yang betul ditutup..cuma diberi kelonggaran kedai runcit dan supermarket yang menjual barangan keperluan dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini dilangsungkan..

Sehingga kini 2 fasa sudah dilalui dan sekarang kita diberada di fasa 3 bagi membendung penularan wabak yang tidak nampak di mata kasar ini. Tidak terlintas dan tidak terjangkau dek akal ni bahawa kita diserang oleh virus ini yang membantutkan ekonomi negara dan semua perkhidmatan kerajaan ditutup dan sesiapa yang ingkar PKP ini dihukum penjara dan didenda tanpa mengira bangsa dan pangkat seseorang...Itulah amaran daripada Allah SWT bahawa segala apa yang dikehendaki akan dilaksanakan sebagai pengajaran..pengingatan serta sebagai panduan hidup kita.. muasabah diri sendiri serta banyak2 mengingati diriNYA dalam apa jua keadaan...

Ini bermakana minggu depan seluruh umat Islam berpuasa dan menjalani ibadah puasa seadanya tanpa adanya solat Terawih yang akan dijalankan di masjid2...sehingga kini semua masjid juga ditutup sebagai langkah membendung penularannya..Jarak selamat antara kita ialah 1Meter dan sentiasa memakai penutup hidung untuk keluar membeli barang keperluan dan hanya seorang sahaja yang dibenarkan berada di dalam kenderaan..huhu terkedu dan terharu dalam lingkup umur yang tersisa ini bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya dan menjadi catatan sejarah bahawa pendemik ini adalah wabak dan telah berlaku di negara kita sendiri dan seluruh negara.

Sehingga kini tidak diketahui bila PKP ini akan berakhir..dan bila sekolah akan beroperasi semual memandangkan setakat ini UPSR dan PT 3 telah dibatalkan peperiksaan gara2 Covid 19 ini..Harapan kita semoga tempoh PKP ini akan berakhir menjelang Ramadan ini dan kita dapat menyambut sinar Ramadan dengan rasa syukur dan tawaduk..

#stayathome
#kitajagakita
#kitamesti menang




Sunday, March 15, 2020

Mandat Rakyat dikhianati..terkedu!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Bersua kembali dalam kemelut politik negara yang tidak kesudahan dan rasa terganggu dengan tumbangnya kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat oleh segelintir manusia yang khianat pada amanah dan mandat yang telah diberikan menerusi PRU 14..terasa macam dipermainkan oleh golongan pengkhianat ini yang mementingkan kuasa..pangkat dan jawatan tanpa memikirkan bahawa Malaysia memerlukan para pentadbir yang mampu menolak rasuah dan mewujudkan kerajaan yang bersih tanpa ada unsur-unsur jahat yang menidakkan harapan Malaysia untuk melihat sebuah kerajaan yang berintegriti dan  beramanah..

 Selayak-layaknya mereka ini patut dihumbang  jauh-jauh dan disisihkan dalam masyarakat kerana mereka inilah rakyat hilang keyakinan kepada ahli politik yang bernafsu besar tanpa memikirkan masalah rakyat dan ekonomi yang cukup tenat sekarang ini. Beri peluang kepada mereka yang dilantik secara sah untuk memerintah selama 5 tahun..jika tidak sesuai dan mengkhianati negara dan tidak jujur buang mereka dalam PRU 15 bukan menukar kerajaan di pintu belakang kerana perbuatan ini amat jahat dan tidak bermoral serta tiada kemaafan yang patut diberikan..

Bayangkanlah jika perkara ini berlaku di sekolah ..tentu yang menjadi mangsa murid-murid yang tidak berdosa ditadbir oleh mereka yang semata-mata mementingkan pangkat dan jawatan..menyalahkan orang lain mencari salah orang tanpa bukti yang kukuh sekadar membuat tomahan dan  dendam kesumat yang tidak pernah padam..takutlah pada Allah kerana jawatan yang disandang tanpa berkat tidak ke mana kerana imbuhan yang kita terima dari sumber yang tidak halal untuk dimakan oleh anak bini di rumah..porak perada jadinya..selamanya Malaysia tidak akan aman dariapda mereka yang khianat ini..Jangan jadikan bangsa lain sebagai bahan untuk menjatuhkan negara kerana kita telah berada dalam lingkungan berbilang kaum sejak 60 tahun dahulu dan sama-sama membesar di bumi Malaysia yang bertuah ini..So..pada mereka dan parti yang dikhianati ini mungkin ada hikmah disebalik perancangan ini..mungkin ada sinar di sebalik itu yang totalnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat akan diangkat kerajaan terbaik untuk PRU15 nanti InsyaAllah..Aaaminn..


Wednesday, February 05, 2020

Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah 2020..

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Posting hari ini penyampian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah 2020 berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan program tahunan dan diadakan setiap tahun meliabtkankan pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, pengawas SPBT dan Pengawas rakan Muda. Jadi kita simpulkan kepada pemimpin muda di dalamnya tersenarai semua sekali gus..

Watikah ini disampaikan oleh ASP Abd. Aziz dari IPD Dungun yang kita jemput khas untuk menarik minat murid serta memberi sumber inspirasi kepada murid-murid untuk lebih komited kepada tugas yang diberikan.


Bersama barisan pengawas sekolah yang dilantik..

Bersama dengan ASP Abdul Aziz orang yang cukup disipin dan hormat kepada tetamu  serta bercakap pun lemah lembut tersasar sebagai seorang anggota polis yang selama ini dimomok tegas dan berwatak garang hihi..yang keliru GB tu macam kurus je bila berpakaian gitu..pic yang paling suka lihat kerana suasananya yang cantik dengan simple deko.

Barisan guru-guru..ramai lagi yang tidak ada dalam pic in mane pergi cikgu2 ni..udah diberitahu ada sesi fotografi selepas program boleh pulok menghilangkan diri hishis..Bertudung biru dan bertie biru sempena warna tema PPD Dungun..kita follow je mane yang baik dan menarik..

Thursday, January 02, 2020

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020..

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Berposting lagi pagi ni..masih lagi di SKPP sebagai pengurus sekolah..rezeki tidak ada lagi untuk balik ke bandar..kurang2 dekat lah jugak dengan rumah..hujung2 usia gini malas memandu tu memang ada tetapi apa kan daya kita just mentimun je..golek2 sini jugak yang sampainya..so berlapang dada ada hikmah disebalik apa yang ada pada kita...kita cuma merancang yang menentukan arah hala tuju perjalanan kita Allah Taala juga...huhu

Walaupun semalam kita menyambut tahun baharu..tetapi hari ni sempat untuk menulis sesuatu untuk menterjemahkan hasrat dan misi untuk 2020 yalah wawasan 2020 yang cuba dijelmakan oleh PM ke 4 tetapi jauh tersasar daripada 9 cabaran yang terkandung di dalamnya...so pada kita azam dan hala tuju tetap sama seperti tahun2 sudah..usia je yang bertambah... Tips2 di bawah ini sebagai penawar hati dan jiwa supaya tenang dan sentiasa rase tawaduk.


  • Sentiasa muasabah diri dalam apa jua keadaan
  • Sentiasa buat yang terbaik
  • cuba memahami dan menjadi pendengar yang baik.
  • Sentiasa berlapang dada apa yang ada pada kita itulah yang terbaik.
  • Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain..walaupun terkadang hati terusik..huhu.
  • Menjadi pengurus sekolah yang disegani dan disayangi.
  • Sentiasa merenung dalam diri cari kelemahan dan perbaiki diri sendiri.
  • Menerima cadangan dan kelpelbagai pendapat dengan hati yang terbuka.
  • Bersangka baik dengan semua orang.
  • Tiada hasad dengki dan menjadi mereka yang berjaya sebagai inspirasi dalam hidup.
  • Sentiasa berdoa dengan Allah mohon keampunan dan diberi hidyah serta kesihatan yang baik.
Semoga segala impian dan misi di atas dapat dituruti dengan baik dan Allah memberikan kekuatan dan semangat untuk terus merasai nikmat hidup di muka bumi ini sebagai hambaNYA serta diberi kekuatan dan beranggapan apa yang berlaku ada rahmat di sebalikNYA..INSYAALLAH..Aaminn.