Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, February 09, 2011

Kempunan ke Cikgu???

Rabu 9 Feb.2011

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin memberi maklum balas kepada Laporan Akhbar KOSMO bertarikh 16 Januari 2011 – 600 guru kanan kempunan naik pangkat.

Jawatan Guru Besar merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 (Hakiki). Buat masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar, PPPS Gred DG41 (Hakiki).
Pengisian bagi jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah berdasarkan kepada urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat PPPLD yang diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Pengisian jawatan-jawatan tersebut adalah perlu merujuk kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) iaitu jawatan yang khusus untuk PPPLD.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian telah bersetuju untuk memberi kelulusan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan (SK) yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bagi Ijazah Pertama dan dilantik sebagai PPPS Gred DG41 untuk dikekalkan di SK atas jawatan yang sama secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Pengekalan di atas jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan secara KUP adalah kerana jawatan-jawatan tersebut merupakan jawatan-jawatan PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34.

Berdasarkan semakan, didapati 600 orang Guru Penolong Kanan tersebut telah dilantik sebagai PPPS DG41 dan berada dalam skim perkhidmatan yang berbeza.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tuesday, February 08, 2011

Pengurusan dan kepimpinan Cemerlang

Selasa 8 Feb.2011


Salam...bersua kembali di alam siber...moga2 dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki atas kerja buat yang dilakukan setiap hari....kualiti kerja yang komited n bertanggungjawab menghasilkan rezeki yang berkat...

Berbalik pada tajuk posting kali ini....Pengurusan dan kepimpinan Cemerlang menjamin kualiti dan standard sesebuah sekolah...sebagai seorang yang dilantik sebagai pengurus di sekolah sewajarnya kualiti kepimpinan itu bisa menyerlah dalam semua aspek.....terlebih lagi dalam menilai kerja buat guru sebagai indikator dalam ko bisnes kita....setiap perlakuan, tatacara, pengucapan dan kewajaran memimpin menjadi perhatian dan bualan dalam menentukan visi dan misi sekolah itu berjalan di landasan yang betul....

Prinsip serta pegangan kita menjurus ke arah melahirkan guru-guru yang komited pada tugas.tahu hala tuju serta mampu bersaing dalam arus global yang meruntun ke arah kecemerlangan dalam berbagai bidang tugas....Justeru sikap tidak ambil cakna,kurang pemantauan serta tiada tindak balas semerta menjumudkan proses mewujudkan kecemerlangan di sekolah...wahal segala item-item ke arah mencapai target dan KPI setiap sekolah dilandaskan pada prinsip yang betul dan saksama....Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan....

oleh itu sebagai pengurus sekolah yang cekap dan cemerlang, proses ke arah memartabatkan kejayaan memerlukan pengorbanan, idea yang bernas,kesungguhan, lali pada ancaman seterusnya membangunkan sebuah organisasi bertunjangkan lompatan saujana mencipta zaman maka segala kehendak dan keperluan itu bakal terlaksana dengan jayanya jika kedua pihak saling bertolak ansur dan sikap menghargai kepercayaan itu menjadi intipati dalam menggerakkan sesebuah organisasi itu....

Akhirkata....kecemerlangan itu tidak akan hadir tanpa pengurusan yang cekap dan cemerlang...seorang pengurus sekolah sebagai usahawan yang mampu menjana segala-galanya dalam melestarikan pendidikan terbilang...Insyaallah....wassalam....

Thursday, February 03, 2011

Rahsia Bulan kelahiran...

Khamis 3 Februari 2011

Salam...bertemu kembali menggarap sesuatu yang tercetus pada hati serta minda...lahirlah nukilan rasa....terkadang catatan sebegini wajar di nukilkan...terkadang melalui kata-kata org akan faham apa yg ingin di sampaikan secara total...apa yang pasti setiap garapan kata-kata jika dicatat...tersimpan lebih lama dan menyakinkan...tidak pada pengucapan...kita mudah lupa apa yg sering diperkatakan....

Ya lah...lama tidak menulis sajak n nukilan rasa...terasa bakat ni patut diteruskan seperti dulu...kerap disiarkan dlm akhbar serta diperdengarkan dalam radio...semacam perasaan ingin berkarya berbuak-buak di dada....idea ada...tapi bila????????

Berbalik pada posting kali ni....Rahsia Bulan Kelahiran...ini dr prespektif Dr.HJ Fadilah Kamsah...tentang golongan yg. dilahirkan pada bulan Jun....sama ada benar atau secara kebetulan anggaplah satu andaian....apa yg positif itulah kita....jika unsur negetif tu lebih banyak perbaikilah...moga kita menjadi org yg hebat dalam segala hal....selebihnya org yg paling hampir dgn kita rasanya boleh menilai kita dari segala aspek...samada melalui pergaulan,percakapan, cara berjalan, cara makan...semua menjurus kearah keperibadian kita....

So...di bawah ni...dipamerkan ciri-ciri perwatakanku yang lahir dalam Jun dan berbintang gemini mengikut kalendar barat....
JUN
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan
.




Sunday, January 30, 2011

Rahsia Tahi Lalat...

Ahad 30 Jan 2011

Salam Ahad untuk semua....kita rilek minda n tarik nafas dalam-dalam...tenangkan fikiran...ingatkan perkara-perkara positif.....jauhi unsur2 yang merosakkan hati dan ketenangan jiwa....

posting kali ni.....Rahsia Tahi Lalat...saje cuba alihkan perhatian pada soal2 di sekolah yg tidak pernah habis dan menyesakkan dada....ni copy n paste dr blog sesorang yang hanya membicarakan tentang cinta....tapi artikel ni kira oklah....baca sekadar hiburan tidak mempercayai seratus peratus...anggap sebagai halwa mata je....wassalam..

Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana



Wednesday, January 26, 2011

Busuknya hati ....



Rabu 26 Jan. 2011

Salam ceria untuk semua....lama tidak berposting di sini....awal2 tahun ni mmg banyak kerja yang mesti dibuat dan disiapkan....abis mesyuarat media kene.. buat minitnya pula....last2 sakli gb pulok suruh siapkan mini perpustakaan ....bertambah satu kerja lagi...yg peliknya kalau kita tidak bergerak...tidak ada org pun yg nok mula dulu kerja tu walaupun AJK sudah ada....terkadang terfikir juga nilah sikap manusia bila dah dapat ganjaran...kita lupa dan terlupa...

Bila banyak sgt kita tonjolkan diri....ada pulok yg busuk hati mengata di belakang...begitu begini...macam2 ayat yg dok patut didengar....kalu rasa nok tolong...tolonglah...kalau kita tidak mampu buat kita jangan masuk campur urusan org lain kalau bukan bidang kita.....

Sebab mata yg memandang tu banyak....yang mendengar tu lagilah ramai....yang memberitahu tu...lagilah... semuanya nok mencerita perilaku kita yang mulut lembik tu....kalau kita hebat sangat duduk di PPDlah jadi pegawai di sana....komen semua sekolah yang tidak betul....komen cikgu2 yg tidak pandai buat kerja...baru org respect....kalau takat duk di sekolah....mengajarlah sampai bebudak tu pandai....

Akhir kalam...malas nok layan cakap2 yg tidak berpijak di bumi nyata....kalau dilayan kita yg naik darah....stress dan menyalahkan diri sendiri....Hingga jumpa lagi wassalam....

Saturday, January 15, 2011

Keajiaban Kalimah Allah

Sabtu 15 Jan.2011


Melihat Keajaiban Kalimat Allah

ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Tepat... sungguh indah sekali...

Thursday, January 13, 2011

Bertukarkah aku...???

Khamis 13 Jan.2011

Salam Khamis untuk semua pembaca blog ni....moga dilimpahi kesihatan dan kesejahteraan yang baik dalam mengharungi liku-liku kehidupan....meski ranjau n halangan sentiasa ada...tapi kita komited pada tugas n jawatan kita....harap2 semangat tahun baru still gitu sampai ke penghujungnya....dan kita rasa bangga dilahirkan sebagai seorang guru n mencintai jawatan kita tanpa mempersoalkan imbuhan yg diterima....keberkatan itu penting dalam segala hal jika kerja buat kita ikhlas,tulus,mulus n so on....

Berbalik pada posting kali ni....bertukarkah aku...???? satu soalan cepu emas yg sentiasa terawan-awangan....terkapai2... naik pening n sebak bila kerap soalan ni ditanya oleh rakan sekerja....sapelah kita untuk memberi satu kemestian dan kejituan dalam situasi sekarang.....apa yg diketahui berlaku lebihan guru n lambakan guru di sekolah...maka akan berlaku peralihan itu...sape yang terkene tempias itu????masih samar2 dan jawapan GB itulah hakikatnya....tengok dekat mane kekosongan itu...maka yg berdekatan diambilkira.....katanya...boleh diterima ke tidak kenyataan ni....

Apa yg pasti.....situasi itu akan berlaku...bila n di mana???jangan dipersoal..tunggu n tunggu...
Aduhai....jika kemungkinan itu berlaku alhamdulilah.....jika sebaliknya juga alhamdulilah....sbb di mana saja kita ditempatkan itulah yg terbaik dan ada hikmah disebalik tu...kerana yg terbaik itu tersirat pada pandangan mata kasar kita...Ok....hingga jumpa lagi di lain catatan...wassalam..