Followers

nuffnang

Thursday, October 29, 2009

Program sekolah

Khamis 29 Oktober 2009

Lama jari jemari ini tidak mencoretkan sesuatu di laman ni.....no idea...buntu seketika...bertapa tuhan membekukan inspirasiku untuk meluahkan sesuatu dipersada waktu ini.....yalah dengan sibuknya program sekolah yang bertali arus.....perkhemahan baru melabuhkan tirainya.....rasa penat masih terasanya.....dgn pipi kemerah-merahan menahan sang mentari.....pengorbanan yg tiada hentinya sehingga akhir hayat dan selagi dipanggil guru...maaf ya gambar tak dapat dipostkan di sini......bukannya apa kamera tak dibawa handset tak secanggih mane....tulah semua kerja rasanya tak menjadi....nanti...ada rezeki murah sikit dapatlah h/set yang 3D tu....

Alahai.....pada 18 Nov ni nak diadakan program sukaneka melibatkan PIBG dgn ibu bapa sekali....siap diadakan pameran dan gerai jualan lagi.....kerja yang nampak senang di atas kertas tapi susah untuk dilaksanakan jika kurang perancangan yang baik.....yang runsingnya aku kena bahagian gerai dan jualan....ni kena buka tender awal-awal.....lot2 kedai ni kena promot pada sesiapa yang berminat dengan kadar bayaran yang belum difikirkan lagi.....yg kurang enak didengar unit beruniform juga kena menjual sesuatu pada hari tersebut.....apa aku nok jual ni.......bila diajukan pada sesorang yg paling rapat disuggestnya kita menjual baju terpakai...ok ke tidak ni...bila difikir2kan bagus juga....bolehlah lepas ni cari baju lama2 dan jual tak gitu

Dan.....pada 1 hingga 5 Nov periksa akhir tahun pada murid2 tahun 1 hingga 5...tahun 6 tunggu result UPSR yg dijangka pada 18 Nov.....harap2 betul tekaan aku ni..... Pahtu barulah cikgu2 dok kenal orang sbb dok tanda kertas jawapan sbb pada 19 Nov akan berlangsuung majlis anugerah kecemerlangan ...kata org majlis klimaklah dlm sekolah utk tahun ni......nilah masa cikgu paling sibuk dalam kerjaya mereka........anyway udah rutin hidup tiap2 tahun.....acara yg sama di mana jua anda berada......

Seketika.....muridku bertanya.....bila kelas kita nok buat jamuan akhir tahun.....eh...eh budak2 ni macam tahu2 aje acara tahunan mereka....kita tengah pening lalat dgn program sekolah...dia org sibuk acara kelas pulok....ok...aku sebenarnya paling suka waktu jamuan dgn murid kelasku sendiri.....masa melihat mereka paling seronok kerana setiap permintaan mereka dituruti.....bila ku hitung cuma ada 11 Nov aje yg free....ok kita adakan jamuan pada tarikh tu......oh lupa pada 12 Nov jamuan akhir guru-guru di uitm Dungun...selepas berhempas pulas mencari tarikh keramat....itu aje tarikh yang ada.....Selamat menjamu selera...gambarnya akanku postkan kemudian....insyaallah.

Ada lagi program sekolah yg tertinggal ni......pada 15 Nov majlis peristiharan nama sekolah baru menggantikan nama asal....Sk Rasau Kerteh bandar B1 akan ditukar nama SK Felda Seri Rasau nama yg paling sedap didengar.....pada aku.....Thanks guru besar yg peka pasal nama ni...apa tidaknya duk di felda tapi nama sekolah bandar b1...mane ambik nama ni sampai skrg jawapan tepat dok tahu.....

Tulah.....program yg dirancang dan terancang oleh guru besar.....sama-sama kita berdoa semoga segala perancangan itu berjalan seperti yg dijadualkan.....apa tidaknya prestasi kali ini dinilai berdasarkan berjaya ke tidak setiap program yg dirancang olehnya....pendek kata cikgu dok masuk kelas tak apa janji apa yang tersurat itu menepati sasaran dan objektifnya.......kerana di situlah keupayaan seseorang guru itu akan diadili.....give n take.....katanya.....betulke....kalu gitu cikgu2 kena perihatin selera guru besar.....bagi aku....aku akan buat ikut kata hatiku...kalu perkara itu terang2 menyalahi prinsip aku.....aku anggap segala-galanya bagai angin lalu aje......

More GOODLUCK graphics

Dapatkan Testi GoodDay Di Sini

Thursday, October 15, 2009

Pengorbanan Isteri....

Khamis 15 Oktober 2009

Seketika menghirup secangkir kopi di kantin sekolah...kedengaran suara guru besar meminta pekerja kantin yg cun melecun mencedok makanan untuknya dengan alasan ingin bermanja kerana di rumah terpaksa melakukan sendiri....tanpa dilayan....aduh.....tersentak aku...respond ke tidak ini semacam ingin meminta aku respond aje....ya ke cikgu.....malang sungguh nasib kalu gitu....kataku dalam nada suka-suka....memanglah....nak dipanjangkan atau aku diamkan saje.....guru besar semacam ingin berdebat dgn aku.....dan memang sifat aku suka meluahkan idea dan pendapat jika kena pada gayanya....dan aku akan menegak pendapatku dan dia akan mempertahankan ideanya begitulah selalu jika kami berdebat....

Kata Pk ko kita suami ni kena bayar segala susu yg dihisap oleh si anak dari ibunya.....dan. janganlah ambil hati sangat jika isteri melakukan kesalahan kecil kerana ingatlah segala kebaikan yang isteri kita lakukan pada kita.....segalanya dibuat dengan rela hati..tanpa diberi gaji yang setimpal dengan usahanya.....waduh seorang suami yang mempertahankan pengorbanan isterinya.....kalaulah dapat seorang suami yg macam ni tentu aman dunia....aku tabik pada pk ko aku jika apa diluahkan dipraktiknya.....atau sekadar melengkapkan keegoaannya semata-mata...

Berbicara pula seorang ibu, guru....perempuan ni seribu satu macam dia kena buat dari sekecil-kecilnya sampai sebesar2nya nok kena laksana kalau boleh sehari tu biar ada 36 jam bukan 24 jam banyaknya kerja yang terpaksa dibuatnya......mane nak layan karenah suami, anak-anak lagi semuanya kena settle dalam saat itu juga....kata orang penat ni tidak lekat di tubuh aje...jadi tak nampak betapa letihnya seorang perempuan melayari kehidupannya demi seorang suami yang tercinta... apa salahlah sekali sekala kita mencedok nasi ke pinggan isteri kita...begitu panjang lebar dia meluahkan isi hatinya....

Dan aku.....masih terdiam mencari kepastian dalam perbincangan di atas....malas nak ungkit2 tugas2 wanita dah menjadi rutin dari dulu hingga sekarang....masalah serupa yg tiada titik noktahnya.....bila diungkit2 dikatakan membelebe tak habis2....di katakan syurga itu terletak di telapak kaki suami...noktah...Cuma harapan dan impian aku...jadilah seorang suami yang komited pada keluarga..tahu tanggungjawab, ketua keluarga yang disegani dan disenangi oleh ahli keluarganya...buang jauh2 sifat ego yang melambak2 tu...takan jatuh maruah kita jika ringan tulang membantu isteri....apa yg isteri redha ialah seorang suami yg prihatin, pandai mengambil hatinya...kerana pendapatan keluarga kita sama2 kongsi...jauhi sifat marah yang berpanjangan...apa salahnya minta maaf sekali sekala jika terlebih egonya....isteri yang baik hasil didikan suami yang sempurna akhlaknya...bawa bahtera kita ke haluan yg beriman....kerna di sana sudah disediakan ganjaran pahala yang berlipat ganda kerana kita mampu memimpin keluarga kita ke arah yang diredhai....Insyaallah

More RELIGIOUS & ADVICE graphics

Wednesday, October 14, 2009

Sayang Tapi Benci.....

Rabu 14 Oktober 2009

Posting kali ini berkisar pada ungkapan sayang tapi benci.....terdetik perkataan ni bila terbaca posting dari seorang teman yang membicarakan isu di atas....sempat memberikan komen apa itu sayang dan benci....sebenarnya perkataan sayang ni terlalu subjektif untuk ditafsirkan secara ilmiah dan terperinci.....kerana sayang lahir dari hati nurani yg betul2 ikhlas,suci. bersih dan terlalu indah bagi orang yg menuturnya.....tidak semua orang mampu menungkapkan perkataaan ini melalui tutur kata walaupun suami sendiri....

Dan....ada di antara kita mempamerkan sayangnya hanya melalui perbuatan tidak kata-kata...payah ke untuk mengucapkan sayang kepada orang yang sememangnya kita sayang....atau perkataan sayang itu terlalu peribadi dan abadi dan tidak boleh sewenang-wenangnya diucapkan......sayanglah kepada orang yang memberi sepenuh kasih sayang kepada kita tanpa berbelah bagi....tak gitu....atau melalui lirikkan mata kita tahu kita disayangi ......

Benci......perkataan yang paling ditakuti dan sepatutnya dihindari dari hati nurani kita....tapi bila udah benci...tiada kata-kata yang mampu mencairkan perkataan tersebut dari bersarang di hati.....tanya pada sesiapa pun jika perkataan itu udah sebati payah untuk dibersihkan tetapi terpulanglah pada ampunya diri dalam konteks apa perkataan itu tersemat di jiwanya.....bagi aku wajar kita membenci seseorang jika itu yang terbaik untuknya.....kerana perkataan itu lahir setelah jiwa kita disakiti..melalui tutur kata dan perbuatan....bermakna sudah tiada sayang di hatinya....janganlah berpura-pura menyayangi dirinya andaikata berlawanan dengan hati kita....
ikutlah kata hati sendiri kerna kita tahu apa yang terbaik pada diri kita sendiri......
More I-Love-You graphics

Monday, October 12, 2009

Rupa-rupanya inilah prestasiku....

Isnin 12 Oktober 2009

Terkedu, terharu,sedu, ragu-ragu bila melihat markah prestasi kerjaku tiga tahun kebelakangan ini. Itupun diketahui bila mengisi borang kenaikan pangkat ke DG34....kalau beginilah prestasi kerjaku bagaimana aku ingin menjawat jawatan yang paling tinggi dalam kareirku....Paling memeranjatkan bila aku berkhidmat di SJKC Kwang Hwa aku hanya mendapat 71.0 .......Aduhai macam aku tak mengajar, tak buat lesson plan, dok masuk kelas, tidur dalam kelas.....inilah bangsa cina bila dengan orang melayu....tapi bila bangsanya ada di sekolah melayu kita tatangnya bagai minyak yang penuh....kita julang dia kerana kesanggupan dia mengajar di sekolah melayu dan kita beri prestasi tinggi2.....sebab memang budaya dan pemikiran kita terlalu mengagungkan orang luar dari bangsa sendiri.....aku bukannya ingin mencetuskan sifat perkauman tetapi itulah realiti dalam kehidupan kita pada hari ini......

Mana mungkin aku ingin memasulkan pretasi ini dalam mengisi borang.......tidak sama sekali...berpijaklah di bumi nyata wahai fatimahwati bahawa rezeki kita bukan terletak pada prestasi...tetapi Allah swt yang akan menentukan nasib kita......berserahlah kerana janji Allah kurniakan kepada orang menjalankan amanah dengan jujur,itu semua daki dunia semata-mata...kerana kita tahu kemampuan kita dalam mengendalikan perjalanan hidup kita.....tanya pada kata hati kita...dan kita tahu itulah yang terbaik untuk kita....ni sekadar kata-kata mengharmonikan perasaan......supaya aku tidak mengesali apa yang berlaku....kerana di situ terletak kekuatan kita....belajar mengenali perasaan dan jiwa sendiri....bermuasabah diri, cuba berbaik sangka, anggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya kerana kita yang merancang tetapi Allah yang menentukan.......

Ingin sekali aku berpesan pada diriku jadilah pemimpin yang disegani, lembut tapi tegas, tahu hala tuju, mempunyai visi dan misi, ada objektif yang jitu, berbincang dengan rakan sekerja. sentiasa komited pada tugas, jadilah seorang pendengar yang setia, sebaiknya cuba menyelesaikan perkara berbangkit dengan bijaksana, sentiasa peka dengan perubahan di sekeliling, belajar menghormati orang lain, sentiasa merendah diri, jauhi sifat dendam dan amarah, jadikan orang bawahan sebagai rakan sekerja...tanpa mereka siapalah kita....inilah ciri-ciri yang sentiasa aku segarkan dalam diriku dan paling aku sukai jadilah bos yang paling disayangi dan disegani oleh anak buah kita...bekerjalah bersama mereka..kerana di situ ada kekuatannya.....InsyaAllah akan menjadi pegangan dan amalanku....kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di hati kita......

More RELIGIOUS & ADVICE graphics

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...