Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, March 24, 2022

Pusat Sumber SKeKA...ubah suai..

 Assalamulaikum wbt

Bersua kembali di alam maya ni..semoga diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dimudahkan segala urusan..Aaminnn...posting tenghari...Pusat Sumber SKeKA  yang banyak mengalami perubahan secara drastik supaya cantik n tertarik dan menarik serta menjadi sumber inspirasi kepada bilik2 lain..kata orang sedap mata memandang berbanding pusat sumber sebelum ni yang entah apa2 dan tidak terjaga dan diuruskan dengan baik...Siapa yang perlu disalahkan cikgu2 atau pihak pengurusan yang zon selesa atau tiada ilmu untuk menghidupkan suasana perpustakaan sebagai gedung ilmu ...kita tahu kerja buat ni cg2 yang laksanakan gb cuma keluarkan idea beri pandangan serta tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi sebuah gedung ilmu yang bila kita menjejakkan kaki rasa tenang dan damai...

Proses pengubahsuaian memerlukan masa dan tenaga yang paling penting duit yang banyak bagi mewujudkan kehendak dan hasrat agar segala yang kita rancang dan impikan akhirnya menjadi dengan jayanya...Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...tepat perumpamaan ni..Peranan GB amat penting dalam situasi ini kerana sebagai penggerak kita lah yang akan bawa hala tuju serta misi dan visinya sekali agar cg2 tidak hanyut dalam zon selesa serta menganggap ianya tidak penting sebagai indikator dalam sesebuah organisasi...

Bukan senang untuk kita pimpin guru2 dalam melaksanakan sebarang kerja dan projek yang ingin dilaksanakan di sekolah. Sokongan serta bimbingan jua komunikasi yang berkesan adalah penentuk segala2 boleh dicapai..Alhamdulliah setelah mesyuarat dan perbentangan kertas kerja meliputi kos dan blue print maka dapat disiapkan dalam waktu yang telah ditetapkan.. Syabas dan tahniah pada semua guru SKeKA kerana berupaya melaksanakannya dengan sebaik mungkin walaupun banyak kekangan terpaksa dihadapi..tetapi kita harungi bersama kerja buat kita bersama-sama.."Pisang sesikat susu sebelanga tanda Maufakat bersama-sama"..













No comments: