Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, June 17, 2020

Orange Devil Cake..sedapp!

Assalamulikum wbt dan Salam Sejatera..

Bersiaran lagi di sekolah yang baru dalam aura PKPP sehingga 31 Ogos..lama tu pemulihan daripada Covid 19 ...semoga pulih sepenuhnya kerana pendidikan tidak boleh beroperasi lagi sepenuhnya sehingga diberitahu bahawa 24 Jun ini hanya Tingkatan 5 dan 6 sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke sekolah tetapi semua guru wajib hadir tanpa murid membuat persiapan buka sekolah..begitu lah info yang diberitahu oleh PPD....

Yang nak ceritanya  Orange Devil Cake yang sempat dipelajari secara online melalui mimicakes pengasasnya Ticer Diana Sam..nak tolong promote Facebook Mimicakes ni tetapi tidak boleh lebih2 kerana kita terikat dengan SOPnya supaya yang join saje yang boleh akses FB diorg..gitu..kek ni memnag sedap...dan mengancam rasanya.. setakat ni kita dah buat dua cake daripada kursus ni ada 3 kek lagi yang belum dicuba..apa yang pasti toturial yang diajar memang terbaik dan kita mampu membuatnya tanpa rasa bimbang..orang kata memang menjadi kalu ikut semua bahan-bahan dan cara yang ditunjukkan..tinggal lagi malas dan rajin sahaja..so terciptanya kek ini kita bawa sempena majlis pertukaran ari itu untuk dijamu pada semua guru di SK Padang Pulut...ada yang nak order..buat masa ni tak ada masa lagi nk buat sebab terlalu terikat dengan sekolah baru yang banyak benda kene settle..ya lah sekolah baru banyak yang tidak berkenan di hatinya...

Resepi???  takat ni maaf deh... resepi dak leh bagi ..macam diberitahu di atas kene minta permission dengan ampunya resepi ni kerana mereka berbisnes..jadi kita kene akur dengan syarat yang telah dipersetujui bersama...so kita tengok ajelah pic dia dlu deh..sebagai kenangan untuki disimpan di sini..

kek yang cantik dengan hiasan orange dan whipping yang sedap menggunakan putih telur serta lemon curd yang sedap..apa2 pun kek ini memang sedap..

Tuesday, June 16, 2020

Akhirnya Bertukar juga...!!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Berposting lagi di sekolah baharu...SK Kuala Abang nama baru sekolah yang sempat menjejakkan kaki baru 5 hari. Pertukaran yang tidak dirancang dan tidak diketahui walaupun sedikit pun atas kapasiti kita dah lama berada di SKPP selama hampir 3 tahun mengurus sekolah yang ada asrama dan bilangan guru seramai 38 orang dan murid serami 386 sebagai pengurus sekolah dalam sekolah bergred A..ditukarkan ke sekolah gred B dengan kapisiti guru seramai 19 oang dan bilangan murid seramai 180 orang sahaja..Alhamdulliah ada hikmah dan rahmatnya pertukaran ini kerana perancangan Allah SWT adalah sebaik2 perancangan so berlapang dada..walaupun jarak perjalanan lebih kurang sahaja tetapi redha sahaja..rasanya ingin pencen di sekolah ini sahaja setelah 30 tahun dalam perkhidmatan perguruan..

Majlis pertukaran kita dibuat dalam suasana PKP dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan berjalan dengan santai dan sendu serta wajah2 yang yang hairan bercampur sedih...sebab tanpa angin puting beliung kita ditukarkan huhu...banyak perancangan dan program keceriaan terpaksa ditangguhkan dan kita serahkan pada pengurusan baru untuk melaksanakannya...sapelah kta untuk menindakkan ketentuan itu...kita bina kekuatan di sekolah baru dengan harapan baru semangat pun mestilah baru kerana jiwa pendidik ini selama2 tertanam sejak azali lagi..

So majlis perpisahan yang dibuat secara grand dan terkejut serta terkedu kita kerana diraikan sebegitu rupa kerana sepanjang perkhdimatan ini belum pernah diraikan sebegini walaupun banyak sekolah yang telah ditugaskan..Terima kasih banyak2 warga SKPP kerana begitu memahami dan begitu menyayangi kita selaku pengurus sekolah yang banyak memberi segala kemudahan dan keselesaan kepada anak buah dalam segala aspek dan sentiasa memandang mereka sebagai rakan sejawat untuk sama2 berganding bahu dalam memajukan sekolah...Pisang sesikat susu sebelanga tanda maufakat bersama-sama...








Tuesday, June 02, 2020

Victoria Sandwich Cake.. Sedap!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Berposting lagi...hari ini ada di pejabat di sekolah..work from school..walaupun tiada murid just AKP aje yang menemani tetapi demi tugas kita on je..hari ini dah 9 hari kita berhari raya..kita stat mula berpuasa sunat syawal ...harap2 cukup 6 hari  hihi

Entry pagi ni mestilah cake yang memang menjadi kegemaran kita untuk dipostkan di sini..Victoria Sandwish Cake ni kita belajar secara online je dengan tunjuk ajar ticer Diana Sam ..harganya RM70 untuk 5 resepi secara online dan panduan yang diberi cukup jelas dan terperinci..memang berbaloi dan resepi yang diberi dengan video sekali serta tunjuk ajar cukup2 membantu ..hasilnya memang mengkagumkan dan rasenya memang sedap ...tetapi yang agak terkilan..untuk makeup patutnya diletakkan buah strawberry di atas whipping cream tu disebabkan out of stok ..pendek kata abis supermarket kita redah mmg tak ada gara2 PKPB..reda aje lah..alternatif lain kita letak buah anggur yang berlawanan warna satu warna hitam satu lagi warna merah gitu..nampak sangat macam permata cincin...hihi

Resepi...kene daftar bersama dengan grup mimicake tu dan bersama ticer Diana Sam bimbang kut menyalah SOP mimicake tu.. percubaan pertama memang awesome dan menjadi..puji skit..akan kita cuba resepi yang lain yang bila kita tegok resepi dia memang menarik dan sedap hasil daripada posting rakan2 dalam grup..

Cantik kan macam permata pulak hihi..yang penting rasenya sedap dan memang taraf hotel lah..open order dah ni hihi