Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, May 19, 2021

Salam Aidilfitri...

 Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa


Posting pagi ini dalam redup cuaca yang sejak dua menjak ni panas ceng2 selepas berakhirnya Ramadan AlMubarak selama sebulan..hujan turun mencurah-curah membasahi bumi ini..sejuk dan nyaman sekali nikmat apa yang kau dustai..semuanya dalam limpah rahmah Allah SWT.. 

Rasenya tidak lewat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali..sahabat2 yang jauh di mata dekat di hati..Aidilfitri kali kita kita sambut dalam pendemik Covid 19 yang tidak reda2 tetapi masih merebak dengan cepatnya sehingga diistiharkan PKP 3.0 dan  kunjung mengunjungi tidak dibenarkan sama sekali bagi mengekang pendemik terus meliar dalam masyarakat kita ...sesiapa yang melanggar SOP ini dikenakan denda sebanyak 25K ..banyak tu dan memang dak mampu kita rakyat maheran ni nak bayar..so beringat2 sehingga 6 Jun sehingga kerajaan istihar PKPP semula..bertabahlah hati kerana tidak terjangkau difikiran kita ketika ini sambutan hari raya disambut di rumah sahaja. Bermakna hampir 2 tahun suasana suram ni kita jalani bersama.