Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Wednesday, April 03, 2019

Bengkel Biskut..berbaloi!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu kembali dalam redup suasana tengah hari yang sebelum ini cuaca cukup panas dengan udara dipersekitaran yang menusuk hidung...huhu...hujan dari semalam mendamaikan alam dan tumbuhan di sekitarnya...perancangan Allah Taala adalah yang terbaik...

Posting kali ini walaupun agak tertunda dengan sibuknya jadual waktu diri sendiri memaksa banyak perkara yang terlintas tidak sempat diluahkan di sini...utamakan yang penting dulu..Tajuk di atas cukup sinonim dengan diri ini apa tidaknya bukan senang nak berbengkel dalam keadaan sekarang kalu nk ikutkan dengan personal kelas yang agak mahal tetapi dengan anjuran Yayasan Penbangunan Ummah(YPU) yuran dah dikurangkan sehingga RM80 daripada harga asal RM180..berbaloi kan dengan 6 jenis biskut yang dikendlikan Zbi Biskut atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton semuanya nampak senang dan menarik kelas yang dikendalikannya...jauh di Hulu Terengganu untuk dapatkan ilmu..terpaksa ajak hubby..tu pun dah belanya lebih kurang seminggu tanpa banyak cakap apa yang dia kata semuanya betul..kalau banyak cakap memang tadak orang yang menemani ke bengkel tersebut. hihi..TQVM my hubby sebab cukup memahami minta dan hobi kita ni...

So...membaking lah kita dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan 6 jenis biskut yang cantik dan sedap bila dimakan. yang paling kita nak belajar Tat Taiwan dan Biskut Seroja sebab menggunakan acuan yang terpaksa ditempah ..Biskut Banana Cruncy dan Biskut kelapa serta Mama caries senang nak buat kerana acuan boleh dipelbagaikan...Kami seramai 26 orang ini memang dilatih sehingga berjaya mencorakkan biskut macam chef Ton buat hasilnya lagi tak cantik lagi tu kami kene praktik huhu....Harapan semoga bengkel seperti ini dapat dianjurkan kepada mereka yang berminat kerana ramai dikalangan kami peserta adalah pembuat biskut tegar yang memperolehi pendapatan ribuan ringgit dah...kata orang menambahkan ilmu dan koleksi biskut yang ada...Terima kasih kepada YPU dan Zbi kerana mendedahkan kami tentang pembuatan dan teknik yang betul untuk memasarkan pelbagai jenis biskut kepada pengemar biskut menjelang Hari Raya..


Tat Taiwan yang sedap intinya nanas..acuannya yang mahal payah nak dapatkan acuan terpaksa ditempah..

Biskut yang cantik dan menarik..

Kudup bunga seroja tu sepatutnya warna hijau tetapi Zbi terlupa pulak warna hijau ..kita warnakan kudup tu warna merah..huhu

Sesi tunjuk cara kepada peserta bengkel supaya semuanya menjadi