Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Tuesday, August 25, 2020

Alhamdulliah..cucu pertama!

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Bersiaran lagi pagi ni ..selepas bercuti selama 5 hari sempena cuti pertengahan tahun untuk murid2 dan cikgu..kita tumpang sekaki jugok bercuti padahal kita waktu pejabat seperti biasa..Minggu lepas kami sekeluarga berpeluang melawat cucu baru kami yang pertama hasil perkhawinan Khairul Azwan dengan Fairuz Syahida maka lahir lah Raees Mateen satu2nya cucu pertama kami..Alhamdulliah kedua2nya sihat dan berpeluang berpantang di rumah ibu bapa Fairuz di Cinta Sayang Resort Sungai Petani..

Perjalanan yang amat jauh ..kebetulan kami konvoi bersama dengan si Azyan yang terpaksa balik semula ke UK setelah sebulan bercuti di Malaysia..2 minggu untuk kurantin  di rumah saje..hantar Azyan ke Kuala Lumpur untuk urusan imigresen dan pemeriksaan Covid 19 yang terpaksa diambil semula ujian untuk balik semula ke UK. Kami terus ke kedah dengan perjalanan hampir 9 jam dalam takut kerana pada masa yang sama negeri Kedah dilanda covid 19 yang dicetuskan oleh seorang je yang langgar kuarantin di rumah satu negeri di landa ketakutan..kuatkan semangat untuk ke sana..

Kami menginap di Resort Cinta Sayang yang cantik dan kehadiran kami dialu-alukan oleh keluarga di sana..maka dapatlah menatap wajah Raees Mateen anak surga yang sentiasa tidur yalah baru masuk 2 minggu lahir kecik lagi..baby boy memang kuat menyusu dan kuat suara bila menangis..tanpa disedari kami dah bertukar title tok ..tokmi dan tokki walaupun kami terasa muda lagi hahahaha..perasaan dok abis2..baru sedar bahawa kami sudah semakin tua ..anak2 bakal mewarisi segala-galanya..rase terkilan sebab SI Azyan dak sempat lihat anak sedara sendiri hanya kiriman hadiah sebagai pengubat rindu dan gambar-gambar yang sentiasa di postkan dalam grup family kami untuk tatapan kami sekeluarga.

InsyaAllah katanya minggu ni mereka akan balik ke Kuala Lumpur ..bolehlah lepas ni kami berkunjung ke sana untuk menatap wajah Raees Mateen lagi..


s
Suka tegok pic ni..comel je Mateen tika ni..



Terasa kami semakin tua pada usia tidak pada fizikal hahah...cover skit..tokki steady je lagi..

Thursday, August 06, 2020

Diam!

Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Posting pepagi ni..tetiba rasa nak luahkan sesuatu pada wall kita..setelah berakhirnya Hari Raya Aidil Adha yang disambut secara sederhana memandangkan pendemik Covid 19 masih lagi menguasai dunia hingga ramai di kalangan jemaah haji kita tidak berpeluang menunaikan haji pada tahun ini...Banyak hikmah dan rahsia Allah Taala kepada kita tahun ni saje..Muasabah diri serta cari apa kesalahan yang kita lakukan hingga murkanya Allah pada umatnya..

Diam..dalam situasi sekarang bermakna kita tidak bercakap dan beramah mesra serta bercakap pada patah yang penting sahaja ...payah juga yer untuk memaksa hati menerima segala-galanya bila hati terusik seketika...Rasenya kata2 dibawah adalah yang terbaik untuk menyatakan segala-galanya tentang DIAM...