Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Monday, January 30, 2023

Biskut Samperit susu..!

 Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Posting tika menunggu azan Isyak berkumandang..hihi nak cite terlebih rajin bila tubuh badan ni rase ok dan stabil mulalah mereka cipta membuat biskut ni dengan mempelbagaikan  resepi biskut samperit ni..kalau goggle macam2 resepi yang dipamerkan walaupun nama sama tetapi pembuat biskut mempunyai citarasa dan cuba mengolah sendiri resepi mengikut kesedapan si pembuat biskut dan pengemarnya..tidak terkecuali i yang saban tika cuba mencari resepi yang cair dimulut bila makan...ada yang kata 3 bahan sudah cukup untuk merasai kesedapan biskut ni tak kurang juga yang mengadun dengan menambah bahan yang ada supaya menajdi lebih sedap pada yang asal...maknanya derhaka pada resepilah hihi...

So percubaan pertama menggunakan 3 bahan iaitu mentega..tepung jagung dan susu pekat tetapi rasenya tidak menyelah sangat dan kurang cair di mulut..so percubaan yang kedua kita tambah tepung kastad dalam 2 sudu besar baru rase melting dan cair dimulut bila di makan..ada juga yang tambah tepung gandum untuk menjadikan bunga samperit ni tidak jatuh bila dibakar..tetapi kita yang tolerenc pada tepung gandum ni cuba untuk berpantang tepung gandum dan gula...maka terjadilah biskut ni..terlupa pula nak snap pic untuk biskut ini kali ke dua sebab rasenya mengancam skit angkat je dari oven ada je peminat yang datang serbu...hehehe..buat untuk dimakan bukan untuk dipamer dan ditenung je..

Nantilah dekat raya puasa kita cuba pelbagai biskut yang lain pulak sebab mengisi masa lapang yang ada sebagai YB ..so tunggu yer posting yang akan datang...


amatur yang ambik pic ni gitulah...bukan macam blog mat gebu..sentiasa menarik dan cantik pic yang diambil...so berlapang dada..

Friday, January 20, 2023

Kerajaan Perpaduan...Dato Seri Anwar Ibrahim!

 Assalamualikum dan Salam  Sejahtera..

Berposting lagi lewat senja masih menuggu azan isyak..kita coret skit tentang politik Malaysia tercinta ini..Kerajaan perpaduan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku PMX gelaran yang diberi baru ku tahu bahawa PMX tu bermakna Perdana Menteri Malaysia ke 10 buruf roman gitu..macam2 lah netizen  cuba gambarkan pada perdana Menteri Malaysia yang dirasakan ramai di luar sana menanti ketokohan beliau untuk memimpin Malaysia supaya Malaysia kembali menjadi negara yang disegani..dikagumi di dunia dan kembali kepada sebuah negara yang berintergriti dan maju ke depan..moving foward dalam erti kata yang sebenarnya..

Setiap hari sebelum tercetus piliharaya ke 15 terdetik di hati ini untuk melihat beliau menerajui Malaysia dan cuba membawa Malaysia setanding dengan negara lain dalam aspek ekonomi dan cuba melonjakkan pasaran saham serta menaikkan mata wang Malayasia ke paras yang yang tertinggi..Alhamdulliah tidak sampai 3 bulan memimpin Malaysia sudah nampak pengaruh dan kecaknaan tahap gaban terhadap rakyat dan ekonomi Malaysia disuakan dengan begitu rupa tanpa mementingkan cuti dan sentiasa bergerak cergas serta mempunyai misi dan visi beliau tersendiri dalam membawa perubahan serta memacu proses pentadbiran yang cekap  berlandaskan tatakelola yang sebenarnya berprinsipkan perlembagaan Malaysia..

Tidak rentan dengan kritikan dan cemuhan dari pihak yang cuba menggugat kerajaannya, beliau kelihatan tenang dan senang menjawab segala persoalan yang ditimbulkan dan dibibirnya sentiasa terucap rakyat maheran yang perlu diutamakan tanpa melibatkan pembangunan bersekala besar..Justeru sikap dan prinsip menegakkan keadilan dalam apa jua keadaan dengan menekankan keupayaan negara meningkatkan sumber pendapatan diberi keutamaan . Budaya rasuah yang menjadi duri dalam daging serta memburuk dalam negara cuba dipulihkan sebaik mungkin agar Malaysia berada di landasan yang betul dalam indeks rasuah..tidak mencampuri urusan mahkamah dan menentukan sistem kehakiman berjalan tanpa gangguan dari pihak kerajaan dan menjadikan mahkamah bebas daripada unsur politik dan diadili secara saksama..

Apa pun kerajaan perpaduan ini cetusan daripada Yang Diperuan Agong dilihat mampu mengstabilkan politik Malaysia walaupun ketidakpuasaan hati dari dari pihak pembangkang sentiasa mencari idea untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada demi kepentingan politik masing2..

So..sebagai rakyat cintakan keharmonian berbilang kaum merasakan bahawa sudah sampai masanya ketepikan politik sombong serta sama2 cuba memberi idea yang bernas dan membantu kerajaan perpaduan ini sehingga habis penggal...salute to you Dato Seri Anwar Ibrahim idola saya dari dulu hingga sekarang...salam refomasi..




Tuesday, January 03, 2023

Selamat Tahun Baharu 2023

 Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa..

Bersua kembali dalam tahun baharu ni..2023 setelah hampir 6 bulan dalam dunia persaraan sebagai orang awam tidak lagi penjawat awam...semua nampak macam biase rutin yang tidak memaksa dan tiada stress berpanjangan..still gitu2 je...reka aktiviti sendiri...namun kesihatan tidak mengizinkan masih dalam penyakit gerd n anxiety yang belum reda....on off lagi..faktor utama jika tersalah makan gasterik senang2 je bertandang...so semua jadi keruan...lemah segala-galanya..so berlapang dada..sakit penghapus dosa...

Entry pagi ni sebenarnya nak ucap Selamat menyambut tahun baharu 2023 yang azamnya sama sahaja spt thn2 yang lepas..selagi masih bernyawa di alam fana ini...mana yang tidak terlaksana kita cuba penuhi dengan tekad dan azam yang baru cuma perbaharui sahaja..