Followers

Assalamualaikum photo Resizeofassalamualaikum2.gif

Thursday, May 28, 2020

Non Bake..Manggo cheese Cake...

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Berposting lagi..hari ini dah masuk hari ke lima kita berhari raya..still di rumah lagi sambung cuti rehat..patutnya WFH (Work From Home) musim2 covid ni sehingga 9 Jun seperti yang diberitahu disebabkan banyak sangat kekangan dengan pelbagai borang yang terpaksa diisi untuk bekerja di rumah..kita abaikan lah..senang2 ambik cuti rehat je walaupun sekarang ini cuti pertengahan semester sekolah...takat ni hampir 2 bulan bebudak ni dah cuti..hihi

So..pagi ni nak cite sikit pasal non bake manggo cheese cake ...ni rasanya pertama kali yang buatnya...sempena musim mempelam yang cukup menjadi dan banyak di pasaran..kita apa lagi try asah kemahiran dalam bulan pose..dah tahu memang dak mampu untuk merasanya waktu siang..tapi try n erro je..almaklum untuk basenya kene mampatkan biskut marrie dengan cairan mentega...cari habis kedai biskut marrie..tetapi hampa memang tadak stok..hairan jugok belum ni bersepah biskut marie ni time kita nak buat dh out stock lah pulak...so nak selamat keadaan try guna biskut oreo untuk basenya...warnanya bertukar hitam nampak sangat dak lawa kejadiannya...terpaksa dalam rela..

Bila siap..memang cantik n mengiurkan kerana warna mangga itu yang mengancam..nampak sedap dan menyelerakan..tetapi bila nak makan kurang menyengat kerana agak pahit dan keras skit basenya..mungkin pada pengemar biskut oreo ianya tidak menjadi masalah..tetapi pada kita ..better biskut merrie  kerana warna dan rasa lemak2 manis gitu...percubaan pertama memang cantik dan sedap dimakan macam kita makan ais krim gitu dengan rasa mempelam yang manis2 masam dengan whipping cream yang sedap...memang menepati citarasa...resepi??? goggle je or tegok youtube cara buat dan bahannya sekali..banyak resepi bila digoggle ..malas vs rajin je yang nak buat..

Nilah hasilnya..cantik kan dan menyelerakan...sejuk tekak bila kita makan kerana kek ni mesti difrezerkan kalau dak ia cepat mencair gitu..




Tuesday, May 26, 2020

Kuih raya musim PKPB...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa


Posting petang hari ini..terlebih rajin skit ari ni..benarnya nak cerita kuih raya yang sempat dibuat seorang2..bila time gini mmg kita nak anak perempuan yang ramai...bukan kata si lelaki tak boleh tolong..boleh je ttapi diorang cepat fedup bab2 buat kuih ni..kata orang bukan chef lah..tolong kejap2 je..selebih2nya kita yang duk mengadapnya hingga siap...bila dah minat semua nampak senang dan boleh dibuat seorang2..nak beli rega mahal sangat dengan kuantiti yang sikit..

So...mane yang senang kita buat sambil kita praktik resepi lama kita olah balik supaya nampak elegan dan sedap di makan...bila tiba usia senja gini..nampak sangat tenaga dah berkurangan dan mood utk mengadun biskut pun lari timing jugok huhu..apa2 pun raya tetap raya dan biskut raya mesti ada walaupun makan sefamily je akibat PKPB ni..terkedu kerana raya tahun ni tiada tetamu yang bertandang...

Ni resepi biskut jagung..rupanya mmg macam jagung ttp disebabkan malas maka jadilah biskut bunga..rasenya lebih kurang dengan biskut jagung...

Biskut lajen...memang disukai ramai rasenya umppp cair dalam mulut..feberet anak2..


Adunan tat nanas..memang tiap tahun buat...dak semestinya hari raya baru ada..kalu rasa nk makan mmg kene buat..sebab my hubby paling suka hehe..


Kek lajen tiap2 tahun buat ni..diagihkan pada jiran tetangga dan sanak sedara yang rapat je..


Selamat Hari Raya Adilfitri...

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Bersiaran lagi kita pagi masih dalam aura pkpb fasa ke 5 yang kabarnya berakhir 9 Jun bersamaan buka  sekolah cuti singkat selama 2 minggu ikut takwim sekolah lah..tapi cikgu2 dan budak2 ni dah dicutikan selam 2 bulan gara2 Covid 19 yang menyerang seluruh dunia....

So.. dikesempatan ini diucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dalam norma Baharu Maaf Zahir n Batin kepada semua umat Islam di Malaysia serta di seluruh dunia..kita sambut di kalangan kita2 aje selama sehari sahaja dibenarkan kunjung mengunjungi keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah..huhu..begitulah ceritanya..pemantauan yang rapi daripada PDRM dan tentera untuk memastikan semua masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan..so berlapang dada lah...Sebenarnya banyak gambar2 yang sempat dirakamkan..nanti diupdate semula kerana telefon kita sedang dicas hihi...



Payahlah nak ajak bergambar..ni rasa pic yang ok skit kalau tidak reaksi muka bagai...huhu

Keluarga kecik kami yang dapat beraya bersama..pakaian memang tidak sedondon..bila dah besar gini payah nak mengatur ikut cara kita..masing2 ada feel msg2..



Wednesday, May 13, 2020

Program Jelajah PPD Dungun...stress!

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa

Bersiaran lagi selepas bersahur bersama anak2..ari ni kita bersahur dengan roti canai n kari lebihan berbuka puasa..bersahur ala kadar sahaja mengambil fadilat sunat bersahur..kita tak lah makan nasi kerana waktu berbuka memang diorang akan pulun nasi habis-habisan hihi...

Kejap je masa berlalu hari ni dah masuk hari ke 20 kita berpuasa bermakna hanya tinggal 10 hari Ramadan akan berlalu pergi dan kita akan merayakan hari kemenangan sepanjang kita berpuasa..masih lagi dalam aura PKPB fasa ke 5 diberitakan tarikhnya masih dilanjutkan hingga 9 Jun untuk memutusakan rantaian covid 19..banyak sektor ekonomi telah dibuka dan selebihnya pergerakan kita telah dilonggarkan dengan 4 orang penumpang dalam kereta dalam satu masa..tetapi untuk beraya di kampung tidak dibenarkan sama sekali masih stay at home cuma diberi kelonggaran kepada mereka yang terkandas di kampung untuk pulang ke daerah masing2 baegitulah info yang sempat diketahui..

Masih menunggu jam 9.00 pagi ini untuk bersiaran bersama Tuan Pendidikan Daerah Dungun bersama warga SK Padang Pulut dalam sesi perbincangan dan Bimbingan daripada beliau menggunakan aplikasi Goggle Meet yang tetiba menjadi terkenal aplikasi ini disebabkan Covid 19..bersiaran secara maya ..mesyuaratlah katakan..Jelajah PPD ni telah berlangsung hari2 dengan melibatkan 72 sekolah di Daerah Dungun ..Program yang dirancangkan oleh PPD dengan aturan jadual kepada semua sekolah seakan-akan memberi stress kepada pentadbir sekolah dalam suasana terpenjara ini..yalah seolah menanti untuk ditemuduga..dengan debaran dan berkecamuknya hati.. betul ungkapan itu Penentian itu satu penyeksaan ..memang seksa sungguh menunggu ni..walaupun kita sudah biasa perkara2 begini tetapi perasaan gemuruh itu tetap ada...huhu Gb sebagai pengacara majlis dalam program ni ...Rasenya ini bukan program yang disukai oleh GB2 daerah Dungun rase kecut perut juga bila berdepan dengan orang kayangan ni..so berlapang dada lalui dengan hati yang tenang..tidak panik n gopoh gapah buat sekadar yang termampu..kita mentimun saje..hihi..